Indonesia

Tour Code: PTR01

Terokai warisan Palembang, susuri keindahan Sungai Musi, dan hayati kisah legenda serta budaya tempatan — sebuah pengembaraan sarat sejarah dan pesona klasik Sumatera.

Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II, Palembang, para peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Lawatan dimulakan dengan makan tengah hari di restoran tempatan sebelum meneruskan Palembang City Tour.

Peserta akan melawat Muzium Balaputera Dewa, yang mempamerkan sejarah dan warisan budaya Sumatera Selatan, diikuti kunjungan ke Rumah Tradisional Palembang (Rumah Limas) yang melambangkan seni bina dan kehidupan masyarakat Palembang pada zaman dahulu. Lawatan diteruskan ke Galeri Malaka sebelum singgah melihat Al-Quran gergasi yang diukir daripada kayu dengan ukiran tradisional Palembang. Peserta juga berpeluang menyaksikan hasil tenunan Songket Palembang, antara warisan tekstil paling bernilai di Indonesia.

Pada sebelah petang, peserta akan menikmati makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel dan berehat bagi persediaan aktiviti hari berikutnya.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan memulakan lawatan dengan mengunjungi Masjid Agung Palembang, salah satu mercu tanda keagamaan dan sejarah utama bandar ini, sebelum singgah bergambar di Jambatan Ampera, ikon terkenal Palembang yang merentasi Sungai Musi.

Seterusnya, peserta akan menikmati pengalaman Musi River Cruise menaiki jukung, bot tradisional Palembang, menyusuri Sungai Musi menuju ke Pulau Kemaro. Pulau ini terkenal dengan legenda cinta antara putera dari China dan puteri Palembang, Siti Fatimah, yang menjadi kisah rakyat yang diwarisi turun-temurun.

Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum lawatan diteruskan ke Masjid Lawang Kidul, Benteng Kuto Besak, serta Bukit Siguntang, sebuah tapak bersejarah yang dikaitkan dengan legenda Wan Afuk dan Wan Malini.

Pada sebelah petang, peserta akan menikmati aktiviti membeli-belah di Pasar Borong 16 Ilir Baru (Pasar Wong Kito) serta singgah membeli ole-ole Palembang seperti pempek, keropok, dan t-shirt Palembang di Pempek Candy.

Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan meneruskan Palembang City Tour dengan lawatan ke Benteng Kuto Besak, kubu bersejarah yang menjadi simbol pertahanan dan warisan Palembang. Lawatan diteruskan ke Jakabaring Sport City, kompleks sukan bertaraf antarabangsa yang pernah menjadi venue Sukan Asia, sebelum singgah ke Masjid Cheng Ho, masjid unik yang mempamerkan gabungan seni bina Cina dan Islam. Seterusnya, peserta dibawa melawat Rumah Lama Oeng Boentjit, sebuah rumah warisan masyarakat Cina yang menyimpan kisah sejarah komuniti Tionghoa di Palembang.

Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum lawatan diteruskan ke Kampung Arab Al-Munawar, perkampungan Arab tertua di Palembang yang masih mengekalkan seni bina tradisional dan budaya komuniti Arab-Muslim, serta kunjungan ke Masjid Lawang Kidul yang bersejarah.

Pada sebelah petang, peserta akan menikmati aktiviti membeli-belah di Pasar Wong Kito, Pasar Batik Palembang, serta kedai tenunan Songket Palembang, t-shirt dan pelbagai cenderamata tempatan. Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan memulakan lawatan dengan singgah ke pasar tradisional tempatan untuk membeli keropok melinjo serta kopi Semendo Palembang, antara produk tempatan yang popular sebagai ole-ole. Lawatan diteruskan ke Masjid Kiayi Merogan, sebuah masjid bersejarah yang terletak di tebing Sungai Musi dan menjadi saksi perkembangan Islam di Palembang.

Seterusnya, peserta akan mengunjungi Taman Purbakala Sriwijaya, tapak arkeologi penting yang berkait rapat dengan kegemilangan Kerajaan Sriwijaya pada suatu ketika dahulu. Lawatan diteruskan ke Makam Sultan Mahmud Badaruddin II (Kawah Tengkurap), lokasi bersejarah yang menyimpan kisah perjuangan tokoh penting Palembang.

Pada sebelah petang, peserta akan menikmati masa membeli-belah di Palembang Square Mall sebelum makan malam disediakan di restoran tempatan. Selepas makan malam, peserta akan kembali ke hotel untuk berehat dan menikmati masa lapang.

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan daftar keluar dan seterusnya dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

PENGINAPAN HARGA SEORANG (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BERDUA/BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Ground Only: Kusuma Front One Hotel3 / Cordela Hotel3 / Similar 1,600 430 1,440 960 2-3
1,350 430 1,220 810 4-6
1,230 430 1,110 740 7-10
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-SUB-KUL (kos RM800/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih.

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN