PHUKET, THAILAND

Tour Code : GMTOO1

Nikmati percutian santai ke Phuket melalui pakej SIC dengan minimum 2 orang. Pakej 4 hari 3 malam ini merangkumi lawatan ke Phi Phi Island dan James Bond Island yang terkenal dengan pemandangan laut Andaman yang memukau. Perjalanan disusun secara seimbang dengan konsep half board, sesuai untuk percutian pantai yang selesa dan tidak rushing.

HOTEL HARGA SEORANG (MYR) SINGLE SUPP
MIN 2 PAX
Best Western Patong 3* atau setara 1,360 400
Deevana Plaza Patong/ Royal Paradise/ Ramada by Wyndham/ Andaman Embrace Patong (4*) 1,540 600

Tiba di Lapangan Terbang Phuket dan bertemu serta disambut oleh pemandu kami.

Lawatan bandar Phuket termasuk sesi bergambar di bangunan bersejarah Sino-Portugis, seterusnya melawat Wat Chalong, kedai makanan kering dan kedai T-shirt.

Daftar masuk hotel untuk bermalam.

06:30 pagi – Sarapan pagi di hotel.
07:00 pagi – Pengambilan dari hotel ke Jeti Rassada.
08:00 pagi – Daftar masuk di kaunter “Phi Phi Cruisers” (Pintu 2).
08:30 pagi – Bertolak dari Jeti Rassada ke Pulau Phi Phi.
10:30 pagi – Lawatan sekitar Phi Phi Leh, Maya Bay, Lohsamah Bay dan Viking Cave.
11:00 pagi – Tiba di Tonsai Bay.

Pilihan tambahan dengan bayaran tambahan Taman Marin Negara THB 400 seorang untuk pertukaran bot snorkeling di Jeti Tonsai dan menikmati aktiviti snorkeling di Coral Bay.

12:30 tengah hari – Makan tengah hari dan masa bebas untuk meneroka sekitar Pulau Phi Phi.
14:00 petang – Daftar masuk feri di Jeti Tonsai.
14:30 petang – Bertolak dari Jeti Tonsai ke Phuket.
16:30 petang – Tiba di Jeti Rassada dan pemindahan kembali ke hotel.

06:30 pagi – Sarapan pagi di hotel.
08:00 pagi – Pengambilan dari hotel ke Jeti Ao Por.
09:00 pagi – Tiba di Jeti Ao Por dan menikmati kopi percuma.
09:45 pagi – Bertolak ke Taman Negara Phang Nga dengan bot besar.
10:30 pagi – Aktiviti berkayak dan lawatan di Pulau Panak.
11:30 pagi – Aktiviti berkayak dan lawatan di Pulau Hong.
12:35 tengah hari – Makan tengah hari lazat di atas bot (disediakan segar).
13:30 petang – Bersiar-siar di Pulau James Bond.
14:30 petang – Masa bebas untuk berenang dan berjemur.
16:00 petang – Bertolak pulang ke Jeti Ao Por dan pemindahan kembali ke hotel.

07:00 pagi – Sarapan pagi di hotel.
Daftar keluar hotel dan pemindahan ke Lapangan Terbang Phuket untuk penerbangan pulang.

… Tamat Perkhidmatan …

Atur cara lawatan tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal bergantung kepada keadaan cuaca dan jalan.

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!