PHUKET, THAILAND

Tour Code : GMTOO1

Nikmati percutian ringkas ke Phuket melalui pakej SIC dengan minimum 2 orang. Pakej 3 hari 2 malam ini merangkumi lawatan ke Phi Phi Island yang terkenal dengan air laut jernih dan pemandangan tropika yang memukau. Perjalanan disusun secara santai dan sesuai untuk percutian pantai yang singkat tetapi bermakna.

HOTEL HARGA SEORANG (MYR) SINGLE SUPP
MIN 2 PAX
Best Western Patong 3* atau setara 1,100 300
Deevana Plaza Patong/ Royal Paradise/ Ramada by Wyndham/ Andaman Embrace Patong (4*) 1,250 450

Tiba di Lapangan Terbang Phuket dan disambut oleh pemandu kami (Meet & Greet).

Lawatan bandar Phuket termasuk sesi bergambar di bangunan bersejarah Sino-Portugis yang berusia ratusan tahun, seterusnya melawat Wat Chalong iaitu kuil paling dihormati di Phuket, kedai makanan kering dan kedai T-shirt.

Bertolak ke hotel untuk bermalam.

06:30 pagi – Sarapan pagi di hotel.
07:00 pagi – Pengambilan dari hotel ke Jeti Rassada.
08:00 pagi – Daftar masuk di kaunter “Phi Phi Cruisers” (Pintu 2).
08:30 pagi – Bertolak dari Jeti Rassada ke Pulau Phi Phi.
10:30 pagi – Lawatan sekitar Phi Phi Leh, Maya Bay, Lohsamah Bay dan Viking Cave.
11:00 pagi – Tiba di Tonsai Bay.

Pilihan tambahan dengan bayaran tambahan Taman Marin Negara THB 400 seorang untuk pertukaran bot snorkeling di Jeti Tonsai dan menikmati aktiviti snorkeling di Coral Bay.

12:30 tengah hari – Makan tengah hari dan masa bebas untuk meneroka sekitar Pulau Phi Phi.
14:00 petang – Daftar masuk feri di Jeti Tonsai.
14:30 petang – Bertolak dari Jeti Tonsai ke Phuket.
16:30 petang – Tiba di Jeti Rassada dan pemindahan kembali ke hotel.

07:00 pagi – Sarapan pagi di hotel.
Daftar keluar hotel dan pemindahan ke Lapangan Terbang Phuket untuk penerbangan pulang.

… Tamat Perkhidmatan …

Atur cara lawatan tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal bergantung kepada keadaan cuaca dan jalan.

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!