Explore Uzbekistan: Silk Road Cities
Silk Road Heritage • Islamic Legacy • Cultural Journey
Tour Code:
Sebuah perjalanan menyeluruh merentasi Uzbekistan yang menghubungkan Tashkent, Samarkand dan Bukhara. Program ini menggabungkan warisan Islam, seni bina bersejarah dan budaya tempatan dengan susunan perjalanan yang selesa dan teratur, sesuai untuk pengembara yang menghargai pengalaman bermakna dan tidak tergesa-gesa.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR – TASHKENT (MM)
Setibanya di Tashkent, ibu negara Uzbekistan, peserta akan disambut oleh tour guide sebelum bergerak ke hotel. Daftar masuk hotel dan bermalam di Tashkent.
Khush Kelibsiz” yang bermaksud selamat datang dalam bahasa Uzbek.
- HARI 2: TASHKENT – SAMARKAND (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, lawatan dimulakan di Khasti Imam Complex, pusat keilmuan Islam terpenting di Tashkent yang menyimpan Al-Quran Othman abad ke-7 yang ditulis di atas kulit rusa — antara manuskrip Al-Quran tertua di dunia.
Seterusnya, peserta dibawa ke Chorsu Bazaar, pasar tradisional ikonik untuk merasai kehidupan tempatan serta membeli hasil bumi dan cenderamata. Lawatan bergambar diteruskan di Minor Mosque dan Rakat Mosque, dengan kubah biru turquoise yang menyerlah indah di bawah langit cerah Tashkent.
Makan tengah hari disediakan di Plov Centre, terkenal dengan hidangan nasi plov tradisional Uzbekistan. Lawatan diteruskan ke Museum of Victims of Political Repression, muzium yang memperingati sejarah gelap penindasan politik di era Soviet.
Pengalaman diteruskan dengan eksplorasi sistem Metro Tashkent, yang terkenal dengan stesen berhias seni bina mewah dan klasik, setanding metro Moscow. Pada lewat petang, perjalanan diteruskan menaiki tren ke Samarkand.
Setibanya di Samarkand, daftar masuk hotel dan makan malam. Bermalam di Samarkand.
- HARI 3: SAMARKAND FULL DAY TOUR (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, Kemudian hari ini didedikasikan sepenuhnya untuk menerokai Samarkand, permata agung Laluan Sutera. Lawatan dimulakan ke Gur-e-Amir Mausoleum, makam agung Amir Timur yang menjadi antara karya seni bina Islam terpenting abad ke-15.
Seterusnya, peserta dibawa ke Registan Square, ikon Samarkand yang menampilkan tiga madrasah megah dan sering dianggap antara dataran tercantik di dunia Islam. Lawatan diteruskan ke Shakhi Zinda Complex, kompleks makam berjubin biru yang sarat dengan nilai spiritual dan sejarah, sebelum singgah di Khazrati Khizr Mosque yang menawarkan panorama bandar Samarkand dari kedudukan tinggi.
Makan malam disediakan di restoran tempatan. Bermalam di Samarkand.
- HARI 4: SAMARKAND – BUKHARA (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan ke luar bandar Samarkand untuk ziarah ke Imam Al-Bukhari Complex, makam ulama hadis tersohor dan penulis Sahih Al-Bukhari. Lawatan ini memberi ruang refleksi dan penghargaan terhadap warisan keilmuan Islam.
Kembali ke bandar, peserta singgah di Khuja Daniyar Mausoleum, sebelum masa lapang membeli-belah cenderamata. Lawatan diteruskan ke Konigil Paper Mill, kilang kertas tradisional yang masih menggunakan teknik warisan berasaskan kulit pokok mulberi.
Seterusnya, lawatan ke kilang permaidani tempatan, di mana peserta dapat melihat proses pembuatan permaidani buatan tangan menggunakan pewarna semula jadi. Makan malam disediakan di restoran tempatan. Bermalam di Samarkand.
- HARI 5: BUKHARA FULL DAY TOUR (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan ke Bukhara sama ada dengan tren atau kenderaan persendirian. Setibanya di Bukhara, lawatan dimulakan ke Poi Kalon Complex, yang merangkumi masjid, madrasah dan menara setinggi 46 meter — simbol keagungan seni bina Islam di Asia Tengah.
Lawatan diteruskan ke Lyabi Khauz, sebuah kompleks seni bina klasik yang mengelilingi kolam takungan air, menjadi pusat sosial dan budaya sejak berabad lamanya. Masa lapang disediakan untuk membeli-belah di Trade Domes, pasar berkubah bersejarah yang menjual tekstil, rempah dan kraftangan.
Makan malam disediakan di restoran tempatan. Bermalam di Bukhara.
- HARI 6: BUKHARA – TASHKENT (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, lawatan diteruskan ke Naqshbandi Memorial Complex, makam pengasas Tariqat Naqshbandiyyah yang terkenal dengan seni bina berwarna cerah dan ukiran dalaman yang indah.
Seterusnya, peserta dibawa ke Sitorai Mokhi Khossa, istana musim panas Emir Bukhara yang menggabungkan seni bina Timur dan Barat. Selepas makan tengah hari, perjalanan kembali ke Tashkent diteruskan menaiki tren laju.
Setibanya di Tashkent, daftar masuk hotel dan berehat. Bermalam di Tashkent.
- HARI 7: TASHKENT – CHIMGAN MOUNTAINS – TASHKENT (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, peserta menikmati masa lapang sebelum bertolak ke Chimgan Mountains, kawasan pergunungan indah kira-kira 100 km dari Tashkent. Perjalanan merentasi desa tempatan, kebun buah-buahan dan aliran sungai kecil menawarkan suasana yang tenang dan menyegarkan.
Sekiranya beroperasi, peserta berpeluang menaiki kereta kabel Beldersay Gorge menuju ke Kumbel Peak pada ketinggian sekitar 2,400 meter. Aktiviti berjalan santai di kawasan pergunungan disediakan sebelum kembali ke Tashkent. Bermalam di Tashkent.
- HARI 8: TASHKENT – KUALA LUMPUR (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, masa lapang disediakan sebelum daftar keluar hotel. Lawatan diteruskan ke Applied Art Museum yang mempamerkan seni kraftangan Uzbekistan. Peserta turut menikmati lawatan berjalan kaki sekitar Broadway, Independence Square, Romanov Palace, taman bandar Tashkent, pusat membeli-belah, Friendship Square dan Magic City Park.
Makan malam terakhir disediakan sebelum pemindahan ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
“Khayir Sogh Buliniz” — ucapan perpisahan tradisional Uzbekistan, menandakan berakhirnya sebuah perjalanan penuh sejarah, budaya dan makna.
- MAKLUMAT HARGA:
| HOTEL | HARGA SEORANG (MYR) - BERASASKAN BILIK BERKONGSI BERDUA / BERTIGA | SINGLE SUPP | GROUP SIZE |
|---|---|---|---|
| Ground Only | 5,500 | 1,800 | 2-3 |
| 5,300 | 1,800 | 4-7 | |
| 5,150 | 1,800 | 8-9 | |
| Penerbangan pergi balik Uzbekistan Airways KUL-TAS-KUL (kos RM2,500/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | |||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan hotel berdasarkan double / twin
- Pengangkutan sepanjang tour
- Tiket masuk seperti dalam itinerary
- Makanan seperti dalam itinerary
- Perkhidmatan Pemandu Pelancong atau berbahasa Inggeris
- Tiket bullet train kelas ekonomi
- Air Mineral setiap hari
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan dan Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa *
- Insurans perjalanan RM88.50/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Tip untuk pemandu dan tour guide
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
PENGINAPAN:
| BANDAR | HOTEL OR SIMILAR* | BILANGAN MALAM |
|---|---|---|
| Tashkent | Central Palace / Inspira S | 3 |
| Bukhara | Paradise Plaza / Sahid Zarafshon | 1 |
| Samarkand | Orient Star / Golden Samarkand | 3 |
- NOTA & SURCAJ
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Cuti Sekolah.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN