KOREA

Tour Code: S003

Rasai pengalaman percutian Korea yang penuh keseronokan! Lawati bandar-bandar terkenal sambil menikmati keindahan budaya, membeli-belah, dan makanan tempatan.

Pakej ini termasuk tiket masuk ke Everland Theme Park, taman tema terbesar Korea, di mana anda boleh mencuba pelbagai permainan menarik, melihat pertunjukan, dan berjumpa maskot comel.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN (MIN)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2026
13/6 - 18/6 Summer (MH) 4,490 900 4,490 4,280 4,050 20 - 25 pax
3/9 - 8/9 Autumn (MH) 4,890 900 4,890 4,660 4,420
17/10 - 22/10 Autumn (MH) 4,990 900 4,990 4,750 4,500
DISKAUN SENIOR CITIZEN / LOYALTY - RM50/PAX DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Incheon.

• Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim.

Lawatan bulan Mac – November

• The Garden of the Morning Calm – taman ini mempamerkan keindahan semula jadi melalui susunan bunga yang menakjubkan dan taman-taman yang direka dengan indah. Sempurna untuk pencinta alam dan peminat drama Korea, latar belakang yang indah ini telah dipaparkan dalam siri TV popular seperti ‘Moonlight Drawn by
Clouds.

• INSPIRE Aurora LED Display, menampilkan skrin LED sepanjang 150m yang beresolusi tinggi di siling, dinding dan tiang, dengan ‘pertunjukan’ setiap 30 minit.

=========

Lawatan bulan Disember – Februari.

• Dibawa ke Ski Resort untuk merasai pengalaman bermain salji di ski resort.

Kos tambahan:
Sewa pakaian ski 15,000 won & sewa peralatan ski 35,000 won.

Bermalam di Incheon.

Lawatan di Seoul

• Gwanghwamun Gate: Pintu masuk utama ke istana. Melihat upacara pertukaran pengawal yag dilakukan sejak dari tahun 1469 sehingga ke harini.

• Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Korea.

• Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai jenis makanan jalanan, persembahan artis jalanan dan kafe-kafe.

• Mendirikan solat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul.

• Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market dan Nandaemun Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.

• Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan Cheonggye-Cheon Stream sambil menonton persembahan lampu dan air yang terdapat di sepanjang sungai ni.

Bermalam di Seoul.

• Hanok Village: Sebuah perkampungan tradisional Korea di Seoul dengan sejarah panjang yang terletak di puncak bukit antara Istana Gyeongbok, Istana Chang-deok dan Tokong Diraja Jongmyo.

• Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan merupakan lokasi terkenal untuk pelancong berfoto.

• Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di Gangnam, yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana kawasan ini dipenuhi dengan segala macam jenis butik pakaian berjenama dan berfoto dengan GangnamDols kumpulan K-Pop di K-Star Road.

• Membeli-belah di Cosmetic Shop.

• Hanuel Park: Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup Park ini merupakan lokasi terbaik untuk bergambar bagi foto Instagram dengan tumbuhan dan pokok-pokok di sekitarnya berubah ikut musim dan juga terdapat menara tinjau yang menawarkan pemandangan 360° kotaraya Seoul.

• Hongdae University Street: Bersiar-siar dan membeli cenderamata atau barangan kraftangan saat akhir di kawasan yang menjadi tumpuan para pelajar universiti.

Bermalam di Seoul.

• Masa bebas untuk berhibur dan bermain-main bersama keluarga di taman tema Everland Theme Park yang menawarkan pelbagai tarikan yang menarik dan menjadi lokasi tumpuan rakyat tempatan berhibur. Antara tarikan di situ ialah roller coaster, show parade, istana kanak-kanak, taman bunga dan lain-lain.

• Membeli-belah di kawasan terkenal tengah bandar iaitu Dongdaemun Design Plaza yang terkenal dengan rekabentuknya yang unik.

Bermalam di Seoul.

Bergerak ke Lapangan Terbang Incheon untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur

PENGINAPAN:

BANDAR BILANGAN MALAM
Incheon 1
Seoul 3

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERMA & SYARAT BERLAKU!

 

BUTIRAN PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES (MH)

MH 38    KUL ICN   1450  2230

MH 39  ICN KUL    0010 0545

NON- REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,000 / SEORANG