Ordos - Yulin Wave Valley - Jungar - Ulan Hada Volcano Geopark - Hohhot - Dalad
Tour Code: W002
Menghayati Legasi Genghis Khan, Kehidupan Nomad di Xilamuren Grassland dan Pengembaraan Gurun di Resonant Sand Bay
Pakej ini menawarkan pengalaman perjalanan Inner Mongolia yang unik di China Barat dengan aktiviti seperti Yellow River Cruise, lawatan ke Ulan Hada Volcano dengan pengalaman memakai sut angkasawan, serta kunjungan ke keluarga tempatan Mongolia sambil mencuba pakaian tradisional. Nikmati juga Desert Cableway Ride dan Camel Riding untuk melihat keindahan landskap gurun Inner Mongolia dengan lebih dekat sepanjang perjalanan.
- SENARAI HARGA:
| TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/ BERTIGA | SINGLE | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | |||||
| 2026 | |||||||||
| 28/5 - 5/6 | Spring (OD) | 5,190 | 900 | 5,190 | 5,190 | 4,890 | 16 - 24 pax | ||
| 4/6 - 12/6 | Summer (OD) | 4,990 | 900 | 4,990 | 4,990 | 4,690 | |||
| 3/9 - 11/9 | Autumn (OD) | 4,990 | 900 | 4,990 | 4,990 | 4,690 | |||
| 17/9 - 25/9 | Autumn (OD) | 4,990 | 900 | 4,990 | 4,990 | 4,690 | |||
| 1/10 - 9/10 | Autumn (OD) | 4,890 | 900 | 4,890 | 4,890 | 4,590 | |||
| 8/10 - 16/10 | Autumn (OD) | 4,890 | 900 | 4,890 | 4,890 | 4,590 | |||
| DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / DISKAUN LOYALTY - RM50/PAX | |||||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi Batik Air (termasuk 20kg bagasi)
- Penginapan hotel 7 malam bertaraf 3/4* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Tiket masuk ke tempat lawatan seperti yang dinyatakan.
- 1X Bermalam di Mongolian Yurt
- Yellow River Cruise Experience (Tertakluk pada paras air)
- Astronaut Suit Experience & Walk Across Ulan Hada Volcano
- Visit to Local Mongolian Family with Traditional Costume Photo Experience
- Desert Cableway Ride & Camel Riding Experience
- Makanan seperti dalam jadual perjalanan
- Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang profesional.
- Tip untuk pemandu pelancong dan pemandu bas
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Insurans perjalanan RM89/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Optional Program:-
- - Legend of Southern Desert Show : RMB 280 per person
- - Horse Riding : RMB 280 per person
- - Off-road 4x4 Vehicle Package : RMB 280 per person
- - Yuesha Island : RMB 280 per person
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya bilangan pax dikurangkan dan disebabkan oleh turun naik mata wang.
- ATUCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR - ORDOS
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Ordos. Setibanya di Ordos, peserta akan disambut oleh wakil tempatan dan dibawa untuk daftar masuk hotel.
Bermalam di Ordos.
- HARI 2: ORDOS - YULIN (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Kemudian, bertolak ke Yulin untuk memulakan lawatan dengan singgah menunaikan solat di Jingbian Mosque dan makan tengahari di restoran tempatan.
Seterusnya, peserta akan dibawa melawat Wave Valley yang terkenal dengan formasi batuan beralun semula jadi yang unik dan sesuai untuk fotografi landskap.
Lawatan diteruskan dengan pengalaman berjalan di Glass Bridge sambil menikmati pemandangan sekitar sebelum bersiar-siar di Yulin Old Street yang menampilkan seni bina tradisional tempatan.Makan malam di restoran tempata. Check-in hotel di Yulin dan berehat.
Bermalam di Yulin.
- HARI 3: YULIN - ORDOS (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, bertolak kembali ke Ordos. Makan tengahari di restoran tempatan dan singgah menunaikan solat di Dongsheng Mosque.
Lawatan diteruskan ke Mausoleum of Genghis Khan, sebuah kompleks memorial yang didedikasikan kepada tokoh bersejarah Mongolia.
Seterusnya, peserta akan dibawa melawat Reconstructed Capital of Dadu sebelum mengunjungi Genghis Khan Silver Museum untuk melihat koleksi seni perak tradisional. Makan malam di restoran tempatan. Check-in hotel di Ordos dan berehat.
Bermalam di Ordos.
- HARI 4: ORDOS - JUNGAR - YELLOW RIVER CRUISE (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Kemudian, bertolak ke Jungar untuk menikmati pemandangan Sungai Kuning di Yellow River serta singgah di Old Ox Bay dan Sacred Ox Square yang menjadi simbol penting dalam budaya tempatan.
Peserta juga berpeluang menaiki Yellow River Cruise bergantung kepada paras air semasa.
Bermalam di Jungar.
* Sila ambil maklum bahawa lawatan bot di Yellow River adalah tertakluk kepada paras air; sekiranya keadaan tidak mengizinkan, aktiviti ini mungkin dibatalkan atas faktor keselamatan atau operasi.
- HARI 5: JUNGAR – ULAN HADA VOLCANO GEOPARK (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Perjalanan diteruskan ke Ulan Hada untuk melawat Ulan Hada Volcano Geopark dan melihat formasi gunung berapi purba yang unik.
Peserta juga berpeluang memakai Astronaut Suit serta berjalan di kawasan gunung berapi untuk pengalaman berbeza. Check-in hotel di Ulan Hada dan berehat.
Bermalam di Ulan Hada.
- HARI 6: XILAMUREN GRASSLAND (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Kemudian, mulakan lawatan ke Xilamuren Grassland di mana peserta akan melawat keluarga Mongolian tempatan serta berpeluang bergambar dengan pakaian tradisional Mongolia.
Peserta juga boleh berinteraksi dengan haiwan ternakan dan mencuba aktiviti memanah tradisional sebelum menikmati Bonfire Party dan Fireworks pada waktu malam.
Bermalam di Mongolian Yurt.
- HARI 7: HOHHOT – DALAD (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Kemudian bertolak ke Hohhot untuk melawat Mengliang Ethnic Culture Park sebelum singgah menunaikan solat di Great Mosque.
Peserta kemudian akan dibawa bersiar-siar di Kuanxiangzi Muslim Food Street yang terkenal dengan pelbagai makanan halal tempatan.
Bermalam di Dalad.
- HARI 8: GOBI DESERT ORDOS – KUALA LUMPUR (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Kemudian, melawat kawasan di Resonant Sand Bay untuk menikmati pengalaman Desert Cableway dan Camel Riding di kawasan gurun.
Seterusnya, peserta akan dibawa melawat Living Buddha Palace sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
- HARI 9:TIBA DI KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis. Alhamdulillah.
PENGINAPAN:
| BANDAR | HOTEL or similar* | BILANGAN MALAM |
|---|---|---|
| Ordos | Ordos Jinxia International Hotel | 2 |
| Yulin | Mehood Lestie Hotel | 1 |
| Jungar | Hongxin Lanting Hotel | 1 |
| Hohhot | Xiangtai Hotel | 1 |
| Grassland | Mongolian Yurt with aircond | 1 |
| Dalad | Shanghing Hotel | 1 |
Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERTAKLUK TERMA & SYARAT!
BUTIRAN PENERBANGAN: BATIK AIR (OD)
OD 626 KUL DSN 1500 2050
OD 627 DSN KUL 2250 0505 +1