Xinjiang China Tour

Menjelajah keindahan Kanas Lake di wilayah Xinjiang, perkampungan tradisional Hemu di Altay serta oasis purba Turpan di laluan Silk Road.
Tour Code: W002

Terletak di barat laut China, Xinjiang merupakan wilayah yang luas dengan landskap alam yang sangat berbeza daripada China yang biasa dikenali. Program Northern Xinjiang Discovery membawa anda menerokai bahagian utara Xinjiang yang terkenal dengan tasik alpine yang memukau, perkampungan tradisional di wilayah Altay serta oasis purba yang pernah menjadi persinggahan penting pedagang Silk Road.

Perjalanan ini bermula di Urumqi, sebelum menuju ke kawasan Altay untuk menikmati keindahan Hemu Village dan Kanas Lake, dua destinasi alam semula jadi paling terkenal di Xinjiang. Peserta juga akan meneroka landskap padang pasir yang unik di Wucaitan Five Colour Beach dan Urho Ghost City sebelum meneruskan perjalanan ke Turpan, sebuah oasis purba di laluan Silk Road yang kaya dengan sejarah dan budaya masyarakat Uyghur.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN
BERDUA/ BERTIGA SINGLE KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2026
10/6 - 18/6 Summer (CZ) 7,490 1,300 7,490 7,490 7,190 15 - 24 pax
20/6 - 28/6 Summer (CZ) 7,490 1,300 7,490 7,490 7,190
28/8 - 5/9 Summer (OD) 8,690 1,200 8,690 8,690 8,390
4/9 - 12/9 Autumn (OD) 8,690 1,200 8,690 8,690 8,390
10/9 - 18/9 Autumn (CZ) 7,490 1,300 7,490 7,490 7,190
11/9 - 19/9 Autumn (OD) 8,690 1,200 8,690 8,690 8,390
20/9 - 28/9 Autumn (CZ) 7,490 1,300 7,490 7,490 7,190
17/10 - 25/10 Autumn (CZ) 7,490 1,300 7,490 7,490 7,190
24/10 - 1/11 Autumn (CZ) 7,490 1,300 7,490 7,490 7,190
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / DISKAUN LOYALTY
RM50/PAX

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan terus menuju ke Urumqi, ibu kota wilayah Xinjiang yang terletak di barat laut China. Selepas urusan daftar masuk dan pelepasan imigresen, penerbangan akan berlepas pada waktu petang.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Urumqi pada waktu malam, peserta akan disambut oleh wakil tempatan sebelum dibawa ke hotel untuk daftar masuk.

Malam bebas untuk berehat selepas perjalanan. Bermalam di Urumqi.

Sarapan pagi di hotel dan check out hotel, perjalanan diteruskan merentasi Kurban Tonggut Desert melalui lebuh raya padang pasir baharu di Xinjiang. Laluan unik ini membelah kawasan Junggar Basin, lembangan kedua terbesar di Xinjiang, yang menawarkan pemandangan landskap padang pasir yang luas dan dramatik sepanjang perjalanan.

Dalam perjalanan, peserta akan singgah di Wulungu Lake, sebuah tasik yang tenang di tengah kawasan separa gurun. Peserta berpeluang menikmati pemandangan kontras antara air tasik yang luas dengan landskap kering di sekitarnya, menjadikannya lokasi fotografi yang menarik.

Perjalanan diteruskan menuju ke Burqin, sebuah bandar kecil yang terkenal sebagai pintu masuk ke kawasan semula jadi di utara Xinjiang. Setibanya di sana, peserta akan melawat Rainbow Beach (Wucaitan) yang terkenal dengan formasi batu berwarna-warni hasil hakisan semula jadi selama jutaan tahun, menghasilkan pemandangan unik terutama ketika cahaya matahari senja.

Pada waktu malam, peserta diberi masa untuk meneroka suasana tempatan di Halal Burqin Fish BBQ Night Market (makan malam atas perbelanjaan sendiri). Kawasan ini terkenal dengan hidangan ikan segar bakar serta suasana malam yang meriah, mencerminkan kehidupan tempatan di bandar sempadan ini sebelum check-in hotel di Burqin untuk bermalam.

Selepas sarapan pagi dan check out  hotel, perjalanan diteruskan menuju ke Hemu Village, sebuah perkampungan tradisional yang menjadi salah satu daripada tiga penempatan utama komuniti Tuva Mongols yang masih kekal di China.

Perkampungan ini sering digelar sebagai antara kampung paling indah di China, terutama pada musim luruh apabila hutan di sekeliling bertukar warna keemasan dan merah, menjadikan seluruh lembah seolah-olah sebuah pemandangan dari lukisan alam semula jadi.

Peserta akan berpeluang berjalan santai menyusuri lorong-lorong kecil kampung yang dipenuhi rumah kayu tradisional sambil menikmati suasana desa yang tenang dan autentik. Bagi yang ingin melihat panorama lebih luas, peserta boleh mendaki bukit kecil berhampiran untuk menikmati pemandangan menyeluruh kampung Hemu yang dikelilingi gunung serta hutan.

Di kawasan pertemuan Kanas River dan Hemu River, terletaknya Hemu Grassland, sebuah padang rumput luas yang dibelah oleh aliran Sungai Hemu dari arah timur laut ke barat daya. Di sini, peserta juga berpeluang mencuba aktiviti menunggang kuda (optional), satu pengalaman klasik untuk menikmati keindahan alam semula jadi kawasan ini dengan lebih dekat. Makan malam di restoran tempatan dan check-in hotel di Jiadengyu untuk bermalam.

Sarapan pagi di hotel dan check out hotel, perjalanan diteruskan menuju ke Kanas Lake, sebuah tasik alpine yang terkenal dengan air berwarna turkois yang berubah tona mengikut cahaya matahari. Keindahan semula jadinya menjadikan tasik ini antara yang paling indah di China. Kawasan sekitar tasik dikelilingi oleh hutan tebal, padang rumput luas serta gunung bersalji di kejauhan, mewujudkan landskap yang tenang dan memukau.

Peserta akan menaiki shuttle bus selama kira-kira 30 minit menuju ke Fish Pavilion, sebuah platform pemandangan yang menawarkan panorama luas Tasik Kanas yang terbentang di tengah alam semula jadi yang masih terpelihara.

Seterusnya, perjalanan diteruskan dengan shuttle bus menuju ke tiga teluk ikonik di kawasan Tasik Kanas iaitu Fairy Bay, Moon Bay dan Crouching Dragon Bay. Setiap teluk mempunyai keunikan tersendiri dengan bentuk aliran sungai yang elegan, air jernih berwarna zamrud serta pantulan pemandangan sekeliling yang menjadikannya lokasi fotografi yang sangat menarik.

Selepas lawatan, perjalanan diteruskan selama kira-kira 2.5 jam (±140 km) menuju kembali ke Burqin sebelum daftar masuk hotel dan berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, perjalanan darat diteruskan dari Burqin menuju ke Karamay. Sepanjang perjalanan, peserta dapat melihat perubahan landskap dari kawasan lembah sungai kepada pemandangan gurun yang luas dan dramatik di wilayah utara Xinjiang.

Dalam perjalanan, peserta akan singgah di Urho Ghost City, sebuah kawasan formasi batu unik yang terbentuk hasil hakisan angin selama berabad-abad. Struktur batu yang menjulang tinggi di kawasan gurun ini kelihatan seperti runtuhan kota purba, menjadikan tempat ini sering digelar sebagai “Wind City” atau “Devil’s City.” Landskap yang luar biasa ini juga sering dijadikan lokasi penggambaran filem kerana suasananya yang dramatik dan seolah-olah berada di dunia lain.

Selepas lawatan, perjalanan diteruskan menuju ke Karamay. Setibanya di kawasan ini, peserta dapat melihat pemandangan unik Karamay Oil Field, salah satu kawasan pengeluaran minyak utama di China. Di sini, deretan mesin pam minyak yang dikenali sebagai “nodding donkey” bergerak secara berirama di tengah padang gurun, mencipta pemandangan industri yang sangat berbeza daripada landskap semula jadi yang dilihat sebelumnya. Makan malam di restoran tempatan dan check-in di hotel di Karamay untuk bermalam.

Selepas sarapan pagi di hotel, perjalanan darat diteruskan dari Karamay menuju ke Urumqi, ibu negeri wilayah Xinjiang. Sepanjang perjalanan, peserta dapat menyaksikan perubahan landskap dari kawasan gurun berbatu yang luas kepada pemandangan dataran terbuka di utara Xinjiang.

Setibanya di Urumqi, peserta akan dibawa melawat Red Hill (Hongshan), sebuah bukit ikonik yang menjadi mercu tanda bandar ini. Dari puncaknya, peserta dapat menikmati pemandangan panorama bandar Urumqi dengan latar belakang gunung-ganang di kejauhan.

Lawatan diteruskan ke International Grand Bazaar, sebuah kompleks bazar yang terkenal dengan suasana budaya Uyghur yang meriah. Kawasan ini dipenuhi gerai-gerai berwarna-warni yang menjual pelbagai barangan seperti rempah tradisional, kraftangan tempatan, tekstil serta makanan khas Xinjiang.

Gabungan pemandangan semula jadi dan kekayaan budaya tempatan menjadikan lawatan di Urumqi sebagai penutup perjalanan yang menarik sebelum kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi di hotel, perjalanan darat dimulakan dari Urumqi menuju ke Turpan, sebuah oasis gurun yang terkenal dengan sejarah dan landskap semula jadi yang unik. Sepanjang perjalanan, peserta akan melalui kawasan ladang turbin angin terbesar di Asia, dengan deretan turbin angin yang memenuhi dataran luas sebelum landskap berubah secara beransur-ansur dari kawasan tanah tinggi kepada dataran gurun yang panas.

Setibanya di Turpan, lawatan dimulakan di Tuyoq Valley, sebuah lembah yang terkenal dengan perkampungan tradisional Uyghur yang dibina menggunakan bata tanah liat. Kampung ini terletak di antara tebing canyon yang curam, mewujudkan suasana yang tenang serta memperlihatkan kehidupan tradisional masyarakat tempatan.

Lawatan diteruskan ke Flaming Mountain, sebuah kawasan pergunungan yang terkenal dengan formasi batu berwarna merah menyala. Ketika cahaya matahari memancar di atas permukaan gunung, warna batu kelihatan seolah-olah berapi, menjadikannya salah satu pemandangan semula jadi paling ikonik di Xinjiang serta sering dikaitkan dengan kisah legenda dalam kesusasteraan klasik China. Peserta kemudian dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.

Sarapan pagi di hotel sebelum lawatan dimulakan ke Karez Well System, sistem pengairan bawah tanah purba yang membolehkan kehidupan berkembang di oasis Turpan sejak berabad lamanya.

Lawatan diteruskan ke Grape Valley, kawasan ladang anggur yang terkenal dengan suasana teduh dan kehijauan yang menyegarkan. Peserta juga berpeluang melawat rumah keluarga Uyghur tempatan untuk mengenali kehidupan serta budaya masyarakat setempat.

Seterusnya lawatan ke Emin Minaret, menara Islam tertinggi di Xinjiang yang terletak bersebelahan masjid bersejarah dan menjadi simbol penting warisan Islam di wilayah ini.

Pada waktu petang perjalanan kembali ke Urumqi sebelum peserta dibawa ke kawasan Halal Night Food Street sebelum menuju ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang.

Peserta menaiki penerbangan awal pagi menuju ke Kuala Lumpur.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, maka berakhirlah program lawatan ini dengan kenangan perjalanan yang indah.

PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL OR SIMILAR* BILANGAN MALAM
Urumqi Guotai Hotel 2
Burqin Nightlight Town Hotel 2
Jiadengyu Birch Forest Hotel 1
Karamay Jinjiang Hotel 1
Turpan Manxin Hotel 1

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT!

BUTIRAN PENERBANGAN: BATIK AIR (OD)
CHARTER FLIGHT

OD 8632 KUL URC  1600  2340

OD 8633 URC KUL  0140  0915 

BUTIRAN PENERBANGAN: CHINA SOUTHERN (CZ)

CZ 8072 KUL CAN 0220 0635
CZ 6886 CAN URC 0810 1330
CZ 6646 URC CGO 1325 1720
CZ 8025 CGO KUL 2000 0140+1

DEPOSIT NON-REFUNDABLE:

RM1,000 / SEORANG