Discover Southern Japan – Kyushu Region
Tour Code: W005
Fukuoka • Kumamoto • Mount Aso • Beppu • Yufuin
Pakej ini membawa anda ke Kyushu, destinasi yang semakin popular bagi mereka yang mencari pengalaman Jepun yang lebih eksklusif. Nikmati Mount Aso, Beppu onsen, Yanagawa river cruise dan Fukuoka city dalam satu perjalanan lengkap yang seimbang antara nature, culture dan shopping.
- SENARAI HARGA:
| TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | |||||||||
| 2026 | |||||||||||||
| 9/9 - 15/9 | Autumn | 6,990 | 1,000 | 6,990 | 6,990 | 6,690 | 15 - 20 pax | ||||||
| 14/9 - 20/9 | Autumn | 6,990 | 1,000 | 6,990 | 6,990 | 6,690 | |||||||
| 5/10 - 11/10 | Autumn | 6,990 | 1,000 | 6,990 | 6,990 | 6,690 | |||||||
| 16/10 - 22/10 | Autumn | 6,990 | 1,000 | 6,990 | 6,990 | 6,690 | |||||||
| 15/11 - 21/11 | Autumn | 7,890 | 1,000 | 7,890 | 7,890 | 7,590 | |||||||
| 28/11 - 04/12 | Autumn | 7,890 | 1,000 | 7,890 | 7,890 | 7,590 | |||||||
| 04/12 - 10/12 | Winter | 7,890 | 1,000 | 7,890 | 7,890 | 7,590 | |||||||
| DISKAUN SENIOR CITIZEN / LOYALTY - RM50/PAX | DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX | ||||||||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan hotel 5 malam bertaraf 4* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Tiket masuk ke tempat lawatan seperti yang dinyatakan.
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
- Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Insurans perjalanan RM89/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket mask lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakei termasuk.
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya bilangan pax dikurangkan dan disebabkan oleh turun naik mata wang.
- ITINERARI PAKEJ
- HARI 1: KUALA LUMPUR - FUKUOKA
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Fukuoka.
- HARI 2: FUKUOKA - KUMAMOTO (SP/MM)
Tiba di lapangan terbang, peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Seterusnya, perjalanan diteruskan dengan lawatan ke Dazaifu Tenmangu Shrine, sebuah kuil yang didedikasikan kepada dewa pembelajaran, budaya dan seni.
Perjalanan diteruskan ke Kumamoto dengan menaiki kenderaan (coach). Setibanya di Kumamoto, lawatan akan merangkumi Kumamoto Castle, salah satu istana paling terkenal di Jepun.
Peserta juga akan dibawa melawat beberapa tarikan lain seperti Suizenji Japanese Garden, taman tradisional Jepun yang indah, serta Shimotori Shopping Arcade, kawasan membeli-belah yang popular. Daftar masuk hotel dan bermalam di Kumamoto.
- HARI 3: KUMAMOTO - MT ASO - BEPPU (SP/MM)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Perjalanan diteruskan menuju ke Mount Aso, simbol wilayah Kumamoto dan gunung berapi aktif terbesar di Jepun yang masih menunjukkan aktiviti sehingga hari ini.
Seterusnya, lawatan ke Kusasenri Grassland, kawasan padang rumput yang terkenal dengan keindahan semula jadi yang tenang dan pemandangan luas.
Lawatan diteruskan dengan aktiviti berjalan kaki (hiking) untuk melihat Mount Aso Crater, salah satu kawah gunung berapi terbesar di dunia dengan diameter sehingga 25km dan lilitan melebihi 100km.
Perjalanan kemudian diteruskan ke Beppu dengan menaiki kenderaan (coach). Daftar masuk penginapan dan bermalam di Beppu.
- HARI 4: BEPPU - YUFUIN - FUKUOKA (SP/MM)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Perjalanan diteruskan untuk melawat Chinoike Jigoku atau dikenali sebagai Blood Pond Hell, salah satu “hells” (jigoku) yang paling terkenal dengan kolam lumpur merah kaya zat besi yang telah aktif selama lebih 1,300 tahun.
Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Yufuin Town, sebuah bandar kecil yang terkenal dengan suasana tenang dan landskap yang indah. Lawatan termasuk Lake Kinrin serta Yufuin Floral Village, kawasan berkonsepkan perkampungan Eropah yang unik.
Makan malam disediakan sebelum meneruskan perjalanan ke Fukuoka. Tiba di Fukuoka City, daftar masuk hotel dan bermalam.
- HARI 5: FUKUOKA - YANAGAWA - FUKUOKA (SP/MM)
Sarapan pagi di hotel dan bersiap untuk bertolak ke Yanagawa dengan menaiki kenderaan (coach). Setibanya di Yanagawa, peserta akan menikmati pengalaman menaiki Yanagawa River Cruise selama 1 jam, sambil menyaksikan pemandangan pokok willow berjuntai dan bunga bermusim di kampung halaman Kitahara Hakushu ketika menyusuri sungai dengan bot.
Seterusnya, aktiviti membeli-belah di Tosu Premium Outlets yang menampilkan kira-kira 170 kedai jenama terkenal tempatan dan antarabangsa. Perjalanan diteruskan kembali ke Fukuoka. Lawatan termasuk Ohori Park, salah satu taman berkonsepkan air yang terkenal di Jepun. Peserta juga berpeluang melihat Fukuoka Tower, menara tepi laut tertinggi di Jepun.
Kemudian, masa membeli-belah di Tenjin, yang dikenali sebagai pusat fesyen Kyushu dan sering dianggap sebagai bandar gastronomi serta membeli-belah. Makan malam di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel. Bermalam di Fukuoka.
- HARI 6: FUKUOKA (SP)
Sarapan pagi di hotel.
Hari bebas untuk menerokai Canal City Hakata, sebuah kompleks pelbagai fungsi yang menempatkan pelbagai kemudahan seperti pusat membeli-belah, pawagam, teater dan arked hiburan.
Bermalam di hotel.
- HARI 7 : FUKUOKA - KUALA LUMPUR
Sarapan pagi di hotel.
Bersiap utuk ke lapangan terbang bagi menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
PENGINAPAN:
| BANDAR | BILANGAN MALAM |
|---|---|
| Kumamoto | 1 |
| Beppu | 1 |
| Fukuoka | 3 |
Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERMA & SYARAT BERLAKU!
BUTIRAN PENERBANGAN MALAYSIA AIRLINES (MH) :
MH0056 KUL FUK 2345 0705+1
MH0057 FUK KUL 1030 1615