CHIANG MAI - CHIANG RAI

A Complete Northern Thailand Journey in One Trip

Tour Code: ST001

Perjalanan ini membawa anda meneroka keindahan Chiang Mai dan Chiang Rai melalui gabungan lawatan bandar, pengalaman budaya tempatan, aktiviti alam semula jadi seperti Elephant Camp dan Golden Triangle, serta masa santai untuk membeli-belah dan menikmati suasana unik utara Thailand dalam satu itinerari yang lengkap dan seimbang.

HOTEL SELECTION LIST PRICE PER PERSON (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BASED ON TWIN / TRIPLE SHARING ROOM
TWIN/ TRIPLE SINGLE SUP CHILD WITH BED CHILD NO BED
Ground only:
CNX - Casamorroc/ Arch Hotel / De Charme or similar
CEI - Teak Garden / M Boutique or similar
2,930 540 2,200 1,470 2 - 3
2,350 540 1,770 1,180 4 - 5
1,900 540 1,430 950 6 - 9
Penerbangan pergi balik KUL-CNX-KUL (kos RM800/seorang)* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai, para tetamu akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan sebelum memulakan lawatan orientasi sekitar bandar Chiang Mai, sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan budaya di utara Thailand.

Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Three Kings Monument, simbol penting sejarah Chiang Mai, diikuti Thapee Gate serta kawasan City Moat yang mengelilingi bandar lama. Seterusnya, peserta akan dibawa melawat masjid pertama di Chiang Mai serta kawasan komuniti Muslim tempatan yang memberikan gambaran kehidupan masyarakat Islam di sini. 

Perjalanan diteruskan ke Mae Kha Canal Walking Street yang terkenal dengan suasana unik ala Jepun, sesuai untuk berjalan santai dan bergambar. Pada sebelah malam, nikmati makan malam istimewa Kantoke Dinner lengkap dengan persembahan kebudayaan tempatan (Halal). Bermalam di Chiang Mai.

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Lawatan dimulakan ke Mae Taeng Elephant Camp untuk menyaksikan pertunjukan gajah serta merasai pengalaman menunggang gajah selama setengah jam. 

Seterusnya, lawatan diteruskan ke Long Neck Village untuk melihat sendiri keunikan budaya masyarakat tempatan yang terkenal dengan tradisi leher panjang. Perjalanan kemudian diteruskan ke Chiang Rai dengan singgah di Abonzo Cafe & Sheep Fram, lokasi santai dengan permandangan menarik.

Setibanya di Chiang Rai, makan malam disajikan di restoran hala tempatan sebelum daftar masuk hotel dan berehat. Bermalam di Chiang Rai.

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Lawatan dimulakan ke Golden Triangle, kawasan pertemuan tiga negara iaitu Thailand, Laos dan Myanmar, diikuti pengalaman menaiki bot menyusuri Sungai Mekong.

Seterusnya, peserta akan melawat Opium House serta menikmati permandangan dari Sky Walk Bridge sebelum meneruskan lawatan ke White Temple, sebuah kuil terkenal dengan seni bina unik berwarna putih yang menjadi ikon Chiang Rai.

Dalam perjalanan pulang ke Chiang Mai, singgah sebentar ke Mae Khajan Hot Spring untuk melihat aktiviti mata air panas semulajadi. Setibanya di Chiang Mai, makan malam di restoran halal sebelum daftar masuk hotel. Bermalam di Chiang Mai.

Optional Tour:
1) Mae Sai Town (Thailand / Myanmar Border) + Enter to Myanmar THB 1800/pax
2) Lawatan masuk ke Laos Island THB 500/pax

Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan ke Royal Flora Garden dengan menaiki tram untuk menikmati keindahan taman bunga yang luas dan tersusun rapi.

Seterusnya, peserta akan dibawa ke Valley Cafe untuk menimati minum petang dalam suasana santai dengan hidangan kopi dan pencuci mulut Thai. Lawatan diteruskan ke Bor Sang Handicraft Village yang terkenal dengan kraftangan tempatan sebelum ke Central Festival Mall, pusat beli-belah terbesar di Chiang Mai.

Pada waktu malam, nikmati suasana meriah di Night Market yang menawarkan pelbagai barangan dan makanan tempatan. Bermalam di Chiang Mai.

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Kemudian, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan membawa kenangan indah sepanjang perjalanan.

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERMA & SYARAT BERLAKU!