CHIANG MAI - CHIANG RAI

A Complete Northern Thailand Journey with Culture, Nature & Unique Experiences

Tour Code: ST001

Perjalanan ini membawa anda meneroka keindahan Chiang Mai dan Chiang Rai melalui gabungan budaya tempatan, pengalaman unik seperti Elephant Camp dan Golden Triangle, serta pemandangan alam yang memukau dalam satu itinerari yang lengkap dan seimbang.

TYPE OF PACKAGE PRICE PER PERSON (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BASED ON TWIN / TRIPLE SHARING ROOM
TWIN/ TRIPLE SINGLE SUPP CHILD WITH BED CHILD NO BED
Ground only:
CNX - Casamorroc/ Arch Hotel / De Charme or similar
CEI - Teak Garden / M Boutique or similar
2,380 450 1,790 1,190 2 - 3
1,840 450 1,380 920 4 - 5
1,520 450 1,140 760 6 - 9
Penerbangan pergi balik KUL-CNX-KUL (kos RM800/seorang)* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih

Berkumpul di lapangan terbang untuk penerbangan ke Chiang Mai. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai, peserta akan disambut oleh wakil tempatan sebelum memulakan lawatan pengenalan bandar.

Lawatan dimulakan dengan City Orientation Tour meliputi mercu tanda utama seperti Three Kings Monument, Thapae Gate, dan City Moat yang menjadi simbol sejarah bandar Chiang Mai. Seterusnya, peserta akan dibawa melawat masjid pertama di Chiang Mai serta kawasan komuniti Muslim tempatan, memberi gambaran kehidupan masyarakat Islam di bandar ini.

Pada waktu petang, peserta berpeluang menikmati suasana Night Market yang meriah sebelum makan malam Kantoke Dinner bersama persembahan kebudayaan (Halal). Bermalam di Chiang Mai.

Sarapan pagi di hotel dan memulakan perjalanan ke Chiang Rai. Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Dantewada – Land of Angels, sebuah taman landskap yang indah, sambil menikmati minuman ringan.

Seterusnya, peserta akan dibawa ke Elephant Safari Camp untuk menyaksikan persembahan gajah serta merasai pengalaman menaiki gajah selama kira-kira 30 minit. Lawatan diteruskan ke Long Neck Hill Tribe Village, bagi melihat kehidupan masyarakat etnik tempatan yang masih mengekalkan tradisi unik mereka.

Dalam perjalanan ke Chiang Rai, peserta akan singgah sebentar di Mae Kajan Hot Spring sebelum meneruskan lawatan ke Wat Rong Khun (White Temple), sebuah kuil terkenal dengan seni bina moden yang unik dan memukau. Makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel. Bermalam di Chiang Rai.

Sarapan pagi di hotel dan urusan daftar keluar. Lawatan hari ini dimulakan dengan kunjungan ke Golden Triangle, kawasan pertemuan tiga negara iaitu Thailand, Laos dan Myanmar.

Peserta akan menikmati pengalaman menaiki bot di Sungai Mekong, diikuti lawatan ke Opium House untuk memahami sejarah kawasan ini serta menikmati pemandangan dari Skywalk Bridge. Seterusnya, lawatan santai ke Abonzo Café & Sheep Farm, sebuah lokasi baharu yang menawarkan suasana tenang serta pemandangan menarik. Peserta kemudian akan kembali ke Chiang Mai. Makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel. Bermalam di Chiang Mai.

Pilihan lawatan tambahan: Mae Sai Town (sempadan Thailand–Myanmar) atau lawatan ke Laos Island (tertakluk kepada bayaran tambahan).

Sarapan pagi di hotel dan urusan daftar keluar. Peserta kemudiannya akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN