Scenic Sumatra
Menyusuri keindahan Tasik Toba, budaya Batak dan suasana nyaman pergunungan Sumatera Utara.
Tour Code: S011
Menyusuri keindahan Tasik Toba, budaya Batak dan suasana nyaman pergunungan Sumatera Utara dalam satu perjalanan yang penuh pengalaman menarik.
- MAKLUMAT HARGA
| TARIKH | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN | |||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | |||
| 2026 | |||||||
| 1/11 - 4/11 | 2,190 | 350 | 2,190 | 2,090 | 1,890 | 15 - 20 pax | |
| DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / LOYALTY - RM50/PAX | DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX | ||||||
- PAKEJ TERMASUK
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan hotel bertaraf 3 * sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- Sarapan pagi di hotel sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
- PAKEJ TAK TERMASUK
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Parkara lain selain dari yang dianyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
*Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya berlaku pengurangan bilangan peserta, turun naik mata wang serta sebarang surcaj bahan api yang dikenakan oleh syarikat penerbangan.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR – MEDAN – BERASTAGI (MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Medan. Setibanya di Sumatera Utara, perjalanan diteruskan menuju ke Berastagi, sebuah bandar tanah tinggi yang terkenal dengan udara nyaman, ladang pertanian serta panorama gunung berapi yang memukau.
Dalam perjalanan, peserta akan singgah di Kedai Oleh-Oleh untuk membeli pelbagai produk tempatan seperti dodol, wajik, makanan tradisional dan cenderamata khas Sumatera Utara.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat. Bermalam di Berastagi.
- HARI 2: BERASTAGI – PARAPAT – PULAU SAMOSIR (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, peserta akan memulakan penerokaan sekitar Berastagi, sebuah bandar peranginan yang terkenal dengan kebun buah-buahan tropika dan pemandangan pergunungan yang menyegarkan.
Lawatan dimulakan di Pasar Buah Berastagi, pasar tradisional yang menawarkan pelbagai buah-buahan segar, sayur-sayuran, bunga dan hasil tani tempatan. Perjalanan kemudian diteruskan menuju ke Parapat, pintu masuk utama ke Tasik Toba.
Sepanjang perjalanan, peserta akan singgah di Bukit Simarjarunjung, lokasi yang terkenal dengan panorama indah Tasik Toba dari kawasan tanah tinggi sebelum meneruskan lawatan ke Air Terjun Sipiso-Piso, salah satu air terjun tertinggi di Indonesia dengan ketinggian lebih 120 meter yang mengalir deras dari tebing curam menghadap Tasik Toba.
Perjalanan diteruskan ke Bukit Tanjung Unta, lokasi yang terkenal dengan bentuk tanjungnya yang menyerupai bonggol seekor unta serta menawarkan panorama tasik yang cukup mempesonakan. Peserta turut singgah di Batu Lihi (Panorama Selfie Batu Lihi), salah satu lokasi fotografi popular yang menawarkan pemandangan Tasik Toba dari sudut yang lebih tinggi.
Menjelang petang, peserta menaiki feri menuju ke Pulau Samosir, pulau yang terletak di tengah Tasik Toba dan terkenal sebagai pusat warisan masyarakat Batak.
Daftar masuk hotel dan berehat. Bermalam di Pulau Samosir.
- HARI 3: PULAU SAMOSIR – PARAPAT – MEDAN (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, peserta akan meneroka Pulau Samosir, sebuah pulau yang kaya dengan budaya dan sejarah masyarakat Batak Toba.
Lawatan dimulakan di Kampung Ambarita, sebuah perkampungan tradisional yang masih mengekalkan rumah-rumah adat Batak serta warisan budaya masyarakat tempatan. Peserta turut mengunjungi Batu Persidangan Raja Siallagan, lokasi bersejarah yang pernah digunakan oleh raja Batak untuk mengadakan perbicaraan dan menjatuhkan hukuman mengikut adat pada suatu ketika dahulu.
Selepas itu, peserta menaiki bot kembali ke Parapat sebelum meneruskan perjalanan ke Medan. Dalam perjalanan, masa diberikan untuk membeli-belah di Kedai Batik Sulam, yang terkenal dengan hasil sulaman dan kraftangan tempatan.
Setibanya di Medan, peserta berpeluang menziarahi Masjid Agung Medan, sebuah masjid moden yang menjadi mercu tanda bandar dengan gabungan seni bina Timur Tengah dan Melayu serta kubah yang cukup mengagumkan.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat. Bermalam di Medan.
- HARI 4: MEDAN - KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, peserta akan meneroka beberapa mercu tanda bersejarah yang menjadi identiti bandar Medan.
Lawatan dimulakan di Istana Maimun, istana diraja Kesultanan Deli yang terkenal dengan seni bina unik hasil gabungan pengaruh Melayu, Islam, Sepanyol, India dan Itali. Perjalanan diteruskan ke Masjid Raya Medan, salah sebuah masjid bersejarah yang dibina pada awal abad ke-20 dan sehingga hari ini kekal menjadi simbol kebanggaan masyarakat Medan.
Sebelum bertolak ke lapangan terbang, peserta diberi masa bebas untuk membeli-belah di Sun Plaza Medan, pusat beli-belah moden yang menawarkan pelbagai pilihan cenderamata, pakaian dan produk tempatan.
Selepas makan tengah hari, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
PENGINAPAN:
| BANDAR | BILANGAN MALAM |
|---|---|
| Berastagi | 1 |
| Samosir | 1 |
| Medan | 1 |
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERTAKLUK TERMA & SYARAT
JADUAL PENERBANGAN MALAYSIA AIRLINES (MH):
MH860 KUL KNO 1455 1500
MH865 KNO KUL 1545 1750