Bromo Sunrise

Experience Sunrise Gunung Bromo, Jeep 4WD Adventure & Surabaya City Tour

Tour Code: S011

Nikmati pengalaman 4 Hari 3 Malam Surabaya & Gunung Bromo dengan keindahan sunrise Gunung Bromo, pengalaman menaiki Jeep 4WD serta lawatan bandar Surabaya dan lokasi ikonik sekitar Jawa Timur, Indonesia.

Pakej ini sesuai untuk mereka yang ingin menikmati gabungan percutian alam semula jadi, budaya tempatan dan pengalaman melihat Gunung Bromo dalam suasana perjalanan yang santai dan selesa.

TARIKH HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2026
2/9 - 5/9 2,490 350 2,490 2,390 2,190 15 - 20 pax
16/9 - 19/9 2,490 350 2,490 2,390 2,190
22/10 - 25/10 2,490 350 2,490 2,390 2,190
8/11 - 11/11 2,490 350 2,490 2,390 2,190
6/12 - 9/12 2,490 350 2,490 2,390 2,190
18/12 - 21/12 2,590 350 2,590 2,490 2,290
2027
15/01 - 18/01 2,490 350 2,490 2,390 2,190 15 - 20 pax
29/01 - 01/02 2,490 350 2,490 2,390 2,190
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / LOYALTY - RM50/PAX DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX
*Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya berlaku pengurangan bilangan peserta, turun naik mata wang serta sebarang surcaj bahan api yang dikenakan oleh syarikat penerbangan.

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Surabaya. Setibanya di Lapangan Terbang Juanda, peserta akan disambut oleh wakil tempatan sebelum memulakan lawatan bandar Surabaya.

Lawatan dimulakan dengan singgahan di Monumen Kapal Selam (Monkasel) dan Tugu Pahlawan sebelum meneruskan perjalanan ke Masjid Cheng Ho yang terkenal dengan seni bina unik bercirikan budaya Cina.

Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan menuju ke kawasan Gunung Bromo dengan anggaran perjalanan sekitar 3.5 jam. Setibanya di kawasan Bromo, daftar masuk hotel dan berehat.

Bermalam di kawasan Bromo.

Panggilan awal pagi sekitar jam 3.00 pagi untuk menikmati pengalaman menyaksikan matahari terbit di Gunung Bromo. Peserta akan menaiki Jeep 4WD menuju ke Gunung Penanjakan (Point View 1) yang terkenal sebagai lokasi terbaik untuk menikmati panorama Gunung Bromo dan kawasan sekitarnya.

Selepas selesai menikmati sunrise, peserta akan kembali ke hotel untuk sarapan pagi dan membersihkan diri sebelum daftar keluar hotel.

Perjalanan diteruskan menuju ke Sidoarjo untuk membeli-belah di Tanggulangin yang terkenal dengan produk kulit seperti beg, dompet, kasut dan tali pinggang pada harga berpatutan. Peserta juga akan singgah di pusat Keropok Udang Sidoarjo untuk membeli pelbagai snek tradisional Indonesia.

Kembali ke Surabaya dan membeli-belah di Indah Embroidery Moslem Fashion serta Mirota Shop & Batik Gallery untuk cenderahati dan barangan tempatan.

Daftar masuk hotel dan berehat.

Bermalam di Surabaya.

Sarapan pagi di hotel sebelum memulakan lawatan sekitar Surabaya. Peserta akan dibawa melawat Jambatan Suramadu, jambatan terpanjang di Indonesia yang menghubungkan Pulau Jawa dan Pulau Madura.

Lawatan diteruskan ke Masjid dan Makam Sunan Ampel, antara masjid tertua di Surabaya yang mempunyai nilai sejarah penting dalam perkembangan Islam di Pulau Jawa. Peserta juga berpeluang bersiar-siar dan membeli-belah di kawasan Arab Quarter yang terkenal dengan suasana unik serta pelbagai produk tempatan.

Seterusnya, peserta akan dibawa membeli-belah di Pasar Atum Shopping Mall atau Tunjungan Plaza Shopping Mall yang terkenal sebagai antara pusat membeli-belah utama di Jawa Timur.

Kembali ke hotel dan berehat.

Bermalam di Surabaya.

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel. Peserta akan diberi masa untuk membeli-belah saat akhir di Jembatan Merah Plaza atau Tunjungan Plaza sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Juanda bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Tiba di KLIA dengan membawa pulang kenangan indah sepanjang percutian di Surabaya dan Bromo.

PENGINAPAN:

BANDAR BILANGAN MALAM
Surabaya 2
Bromo 1

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT

JADUAL PENERBANGAN MALAYSIA AIRLINES (MH):

MH871  KUL SUB  0725  0910

MH872  SUB KUL  1550 1930

JADUAL PENERBANGAN MALAYSIA AIRLINES (MH):

MH871  KUL SUB  0725  0910

MH874  SUB KUL  1820 2200

NON-REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,000 / SEORANG