Java Escape
Nikmati pengalaman menaiki Whoosh Speed Train, keindahan Kawah Putih Ciwidey serta aktiviti shopping terkenal di Jakarta dan Bandung, Indonesia.
Tour Code: S011
Nikmati pengalaman 4 Hari 3 Malam Jakarta & Bandung yang menggabungkan perjalanan menaiki Whoosh Speed Train, lawatan bandar Bandung, aktiviti shopping terkenal serta keindahan alam semula jadi di Kawah Putih Ciwidey. Pakej ini turut membawa peserta melawat lokasi ikonik seperti Gedung Sate, Braga Street, Monas dan Thamrin City.
Sesuai untuk mereka yang ingin menikmati gabungan percutian bandar, shopping, budaya Indonesia dan suasana tanah tinggi Bandung dalam perjalanan yang santai dan selesa.
- MAKLUMAT HARGA
| TARIKH | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN | |||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | |||
| 2026 | |||||||
| 3/9 - 6/9 | 2,690 | 400 | 2,690 | 2,590 | 2,450 | 15 - 20 pax | |
| 16/9 - 20/9 | 2,690 | 400 | 2,690 | 2,590 | 2,450 | ||
| 22/10 - 25/10 | 2,390 | 400 | 2,390 | 2,290 | 2,190 | ||
| 8/11 - 11/11 | 2,690 | 400 | 2,690 | 2,590 | 2,450 | ||
| 20/11 - 23/11 | 2,690 | 400 | 2,690 | 2,590 | 2,450 | ||
| 6/12 - 9/12 | 2,690 | 400 | 2,690 | 2,590 | 2,450 | ||
| 8/12 - 11/12 | 2,690 | 400 | 2,690 | 2,590 | 2,450 | ||
| DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / LOYALTY - RM50/PAX | DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX | ||||||
- PAKEJ TERMASUK
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Ticket ekonomi Whoosh Jakarta Bandung (sehala).
- Penginapan hotel bertaraf 3 * sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- Sarapan pagi di hotel, makan tengah hari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
- PAKEJ TAK TERMASUK
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Optional Tour: Bandung Volcano Tour (RM120).
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Parkara lain selain dari yang dianyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
*Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya berlaku pengurangan bilangan peserta, turun naik mata wang serta sebarang surcaj bahan api yang dikenakan oleh syarikat penerbangan.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR - JAKARTA - BANDUNG (MT/MM)
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Bandung menggunakan Whoosh Speed Train, kereta api laju pertama di Indonesia dan Asia Tenggara yang menghubungkan Jakarta dan Bandung dalam masa sekitar 35 minit.
Setibanya di Bandung, lawatan dimulakan dengan singgahan di Gedung Sate yang terkenal sebagai ikon bersejarah bandar Bandung sebelum meneruskan perjalanan ke Asia Afrika Street dan Braga Street yang terkenal dengan suasana kolonial, mural artistik serta deretan kafe dan butik menarik di tengah bandar.
Peserta juga berpeluang membeli-belah di Rumah Mode Factory Outlet yang terkenal dengan pelbagai pilihan pakaian dan aksesori berjenama pada harga berpatutan sebelum daftar masuk hotel dan berehat.
Bermalam di Bandung.
- HARI 2: FREE & EASY BANDUNG (SP)
Tetamu bebas melakukan aktiviti sendiri.
Cadangan Lawatan Pilihan: Bandung Volcano Tour
• Kawah Putih Ciwidey iaitu tasik kawah gunung yang terletak di selatan Bandung. Kawah ini terkenal dengan warna airnya yang unik putih kehijauan serta suasana berkabus.
• Rengganis Suspension Bridge jambatan gantung yang terletak berhampiran Kawah Rengganis di kawasan Ciwidey. Pengunjung boleh menikmati pengalaman berjalan di atas jambatan sambil melihat permandangan hutan tropika serta kawasan kawah gunung berapi yang unik.
• Glamping Lakeside Rancabali: Tarikan utama di sini ialah restoran Pinisi Resto yang berbentuk kapal besar, menjadikan lokasi bergambar dan juga boleh menikmati permandangan tasik, kawasan hijau yang luas serta perlbagai spot fotografi yang menarik.
• Ladang Strawberi (Kampung Strawberry) merupakan salah satu tarikan pelancongan popular di kawasan Bandung, terutamanya di kawasan tanah tinggi yang sejuk.
Bermalam di Bandung.
Note: Makan tengahari & makan malam adalah perbelanjaan sendiri.
- HARI 3: BANDUNG - JAKARTA (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, peserta akan dibawa membeli-belah di Pasar Baru Textile Centre yang terkenal sebagai antara lokasi shopping paling popular di Bandung terutamanya untuk kain ela, tudung, pakaian dan pelbagai produk tekstil.
Perjalanan diteruskan ke Van Java Mall sebelum singgah menikmati pencuci mulut terkenal di Tiramisu Su Bandung serta membeli oleh-oleh tempatan di Kartika Sari yang terkenal dengan pelbagai pilihan kek, pastri dan snek Bandung.
Kemudian, perjalanan diteruskan kembali ke Jakarta untuk daftar masuk hotel dan berehat.
Bermalam di Jakarta.
- HARI 4: JAKARTA - KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Sebelum menuju ke lapangan terbang, peserta akan dibawa melawat Monas (Monumen Nasional), ikon kebanggaan Indonesia yang melambangkan semangat perjuangan kemerdekaan negara tersebut.
Peserta juga berpeluang membeli-belah di Thamrin City yang terkenal dengan pelbagai pilihan fesyen, batik dan cenderamata tempatan sebelum bertolak ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan membawa pulang kenangan indah sepanjang percutian di Jakarta dan Bandung.
PENGINAPAN:
| BANDAR | BILANGAN MALAM |
|---|---|
| Bandung | 2 |
| Jakarta | 1 |
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERTAKLUK TERMA & SYARAT
JADUAL PENERBANGAN MALAYSIA AIRLINES (MH):
MH711 KUL CGK 0900 1015
MH720 CGK KUL 1605 1925