TAIWAN
Discover The Best of Taiwan’s Culture, Nature & City Experience
Tour Code: TLT01
Nikmati pengalaman 5 Hari 4 Malam yang menggabungkan keindahan Sun Moon Lake, budaya masyarakat pribumi Taiwan dan tarikan ikonik bandar Taipei. Terokai Formosan Aboriginal Culture Village, nikmati pelayaran di Sun Moon Lake serta kunjungi destinasi popular seperti Yehliu Geopark, Shifen dan Taipei 101. Sesuai untuk keluarga dan kumpulan yang ingin menikmati gabungan budaya, alam semula jadi dan pengalaman bandar dalam satu perjalanan yang lengkap.
- SENARAI HARGA:
| PENGINAPAN | HARGA SEORANG (MYR) | GROUP SAIZ (PAX) | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| BERDASARKAN BILIK KONGSI BERDUA / BERTIGA | ||||||
| BERDUA/ BERTIGA | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||||
|
2M di Taichung : 3★ Stay Hotel &
2M di Taipei : 3★ Delight Hotel or similar |
6,280 | 5,340 | 3,790 | 2-3 | ||
| 4,310 | 3,670 | 2,590 | 4-7 | |||
| 4,050 | 3,450 | 2,430 | 8-10 | |||
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-TPE-KUL (kos RM1,500/seorang)* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih | ||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan hotel berserta sarapan pagi setiap hari
- Perkhidmatan transfer lapangan terbang - hotel (dua hala)
- Kenderaan persendirian sepanjang perjalanan (maksimum penggunaan 10 jam sehari)
- Tiket masuk ke lokasi lawatan yang dinyatakan dalam aturcara: Formosan Aboriginal Culture Village, Sun Moon Lake Ropeway & Boat Tour, Zhongshe Flower Market, Yehliu Geopark & Sky Lantern Experience
- Makanan Halal / Vagetarian seperti dalam aturcara
- Pemandu merangkap pemandu pelancong berbahasa Inggeris (untuk 2-9 pax)
- 1 pemandu pelancong berbahasa Inggeris + 1 pemandu (mini bas dan ke atas)
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Harga yang dinyatakan tidak termasuk perkhidmatan porter serta perbelanjaan peribadi sepanjang perjalanan
- Harga dan ketersediaan adalah tertakluk kepada perubahan semasa musim cuti umum, acara khas atau pameran antarabangsa (Blackout Dates)
- Blackout Dates 2026: 25–28 Sep, 9–11 Okt, 24–26
- Blackout Dates 2027: 1–3 Jan, 4–10 Feb, 27 Feb – 1 Mac
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR – TAOYUAN – TAICHUNG (MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Taoyuan, peserta akan disambut oleh wakil tempatan sebelum memulakan perjalanan menuju ke Taichung, bandar yang terkenal dengan suasana santai dan gaya hidup moden di tengah Taiwan.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat. Pada waktu malam, peserta boleh meluangkan masa meneroka Yizhong Street yang terkenal dengan pelbagai pilihan makanan tempatan, minuman popular Taiwan serta suasana jalanan yang meriah.
Bermalam di Taichung.
- HARI 2: TAICHUNG – NANTOU – TAICHUNG (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan menuju ke Nantou untuk melawat Formosan Aboriginal Culture Village, taman tema budaya yang memperkenalkan kehidupan, warisan dan tradisi masyarakat pribumi Taiwan.
Peserta turut menikmati pengalaman menaiki Sun Moon Lake Ropeway sambil menyaksikan panorama tasik dan kawasan pergunungan yang menghijau dari udara.
Lawatan diteruskan dengan Sun Moon Lake Boat Tour, membolehkan peserta menikmati keindahan tasik semula jadi paling terkenal di Taiwan yang dikelilingi pergunungan dan landskap yang begitu menenangkan.
Selepas makan malam, kembali ke Taichung untuk berehat.
Bermalam di Taichung.
- HARI 3: TAICHUNG – TAIPEI (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, lawatan dimulakan di Zhongshe Flower Market yang terkenal dengan taman bunga bermusim serta landskap berwarna-warni yang menjadi antara lokasi fotografi popular di Taiwan.
Perjalanan diteruskan menuju ke Taipei dengan singgahan di Taipei Grand Mosque, masjid terbesar dan paling terkenal di Taiwan yang menjadi pusat komuniti Muslim tempatan sejak sekian lama.
Seterusnya, peserta akan dibawa melawat Chiang Kai Shek Memorial Hall yang terkenal dengan seni bina megah dan nilai sejarah yang penting dalam perkembangan moden Taiwan.
Pada sebelah petang, peserta diberi masa untuk menikmati suasana Ximending Shopping District yang terkenal sebagai pusat fesyen, makanan dan hiburan paling popular di Taipei.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.
Bermalam di Taipei.
- HARI 4: TAIPEI TOUR (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel sebelum memulakan lawatan penuh bandar Taipei. Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Yehliu Geopark yang terkenal dengan formasi batuan semula jadi yang unik hasil hakisan angin dan ombak selama ribuan tahun.
Perjalanan diteruskan ke Shifen Old Street, sebuah pekan lama yang terkenal dengan tradisi melepaskan Sky Lantern sambil menulis harapan dan doa sebelum menikmati keindahan Shifen Waterfall yang sering digelar sebagai “Little Niagara of Taiwan”.
Seterusnya, peserta akan dibawa ke Taipei 101, antara bangunan pencakar langit paling terkenal di dunia dan simbol kemajuan moden Taiwan. Masa diberikan untuk bergambar dan menikmati suasana sekitar kawasan ini.
Selepas makan malam, kembali ke hotel dan berehat.
Bermalam di Taipei.
- HARI 5: TAIPEI – TAOYUAN – KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Taoyuan bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
- NOTA & SURCAJ :
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Cuti Sekolah.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Mac 2027
Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERMA & SYARAT BERLAKU!