TAIWAN

Discover The Best of Taiwan's Highlands & City Experience

Tour Code: TLT01

Nikmati pengalaman 5 Hari 4 Malam yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dan tarikan ikonik Taiwan. Terokai Sun Moon Lake yang terkenal dengan pemandangan tasiknya yang memukau, nikmati udara nyaman di kawasan pergunungan Alishan serta luangkan masa meneroka bandar Taipei yang moden dan penuh dengan tarikan menarik. Sesuai untuk keluarga dan kumpulan yang ingin menikmati Taiwan dengan lebih selesa dan fleksibel.

PENGINAPAN HARGA SEORANG (MYR) GROUP SAIZ (PAX)
BERDASARKAN BILIK KONGSI BERDUA / BERTIGA
BERDUA/ BERTIGA KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
1M di Taichung: 3★ Stay Hotel
1M di Alishan: Long Yun Leisure Farm,
1M di Chiayi: 3★ Renyi Lake Hotel,
1M di Taipei: 3★ Delight Hotel or similar
6,130 5,210 3,680 2-3
4,200 3,570 2,520 4-7
3,810 3,420 2,290 8-10
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-TPE-KUL (kos RM1,500/seorang)* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih

Setibanya di Lapangan Terbang Taoyuan, peserta akan disambut oleh wakil tempatan sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Taichung, bandar yang terkenal dengan suasana santai dan gaya hidup moden di tengah Taiwan.

Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat. Pada waktu malam, peserta boleh meluangkan masa meneroka Yizhong Street yang terkenal dengan pelbagai pilihan makanan tempatan dan suasana jalanan yang meriah.

Bermalam di Taichung.

Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan menuju ke Sun Moon Lake, tasik semula jadi paling terkenal di Taiwan yang dikelilingi oleh pergunungan hijau dan panorama yang menenangkan.

Peserta akan berpeluang bersiar-siar di Ita Thao Shopping District yang terkenal dengan produk tempatan, makanan ringan dan suasana santai di tepi tasik.

Selepas makan tengah hari, lawatan diteruskan ke Checheng Visitor Center dan Checheng Logging Exhibition Hall yang memperkenalkan sejarah industri pembalakan Taiwan serta perkembangan kawasan pergunungan di Nantou.

Selepas makan malam, peserta akan daftar masuk hotel dan berehat di Hotel Leisure Farm.

Bermalam di Chiayi.

Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan menuju ke Alishan Forest Recreation Area yang terkenal dengan hutan gunung, pokok cedar gergasi dan suasana berkabus yang menjadikan kawasan ini antara destinasi paling ikonik di Taiwan.

Peserta akan menikmati keindahan alam semula jadi Alishan sambil meneroka kawasan rekreasi yang terkenal dengan udara nyaman dan pemandangan pergunungan yang memukau.

Selepas makan tengah hari, lawatan diteruskan ke Yuyupas Tsou Cultural Park untuk mengenali budaya dan warisan masyarakat Tsou, salah satu komuniti pribumi utama di Taiwan.

Selepas lawatan, daftar masuk hotel dan berehat.

Bermalam di Chiayi.

Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, peserta akan dibawa melawat Rainbow Village yang terkenal dengan mural berwarna-warni hasil karya seorang bekas tentera yang menjadikan kampung ini antara lokasi fotografi paling popular di Taiwan.

Perjalanan diteruskan ke Zhongshe Flower Market yang terkenal dengan taman bunga bermusim serta landskap yang cantik sepanjang tahun.

Seterusnya, peserta akan menuju ke Taipei untuk melawat Taipei 101, antara bangunan paling ikonik di Asia dan simbol kemodenan Taiwan. (Tak temasuk tiket ruang pemerhati)

Pada sebelah petang, peserta diberi masa untuk menikmati suasana Ximending Shopping District yang terkenal sebagai pusat fesyen, makanan dan hiburan paling popular di Taipei.

Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat.

Bermalam di Taipei.

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Taoyuan bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERMA & SYARAT BERLAKU!