SOUTH CHINA DISCOVERY

Shopping Paradise • Kung Fu Legends • Islamic Landmarks

Tour Code: W002

Nikmati pengalaman 6 Hari 4 Malam menjelajah Shenzhen, Guangzhou dan Foshan yang menggabungkan bandar moden, warisan budaya Kantonis, sejarah Islam serta destinasi membeli-belah yang terkenal di Selatan China. Dari skyline futuristik Shenzhen hingga ke kawasan bersejarah Guangzhou dan warisan kung fu di Foshan, perjalanan ini menawarkan pengalaman China yang pelbagai dalam satu pakej yang lengkap.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2027
29/4 - 5/5 Spring (MH) 3,290 1,000 3,290 3,290 2,990 20 pax
7/5 - 13/5 Spring (MH) 3,290 1,000 3,290 3,290 2,990
19/5 - 25/5 Spring (MH) 3,290 1,000 3,290 3,290 2,990
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / LOYALTY - RM50/PAX DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk urusan daftar masuk sebelum menaiki penerbangan China Southern Airlines menuju ke Shenzhen.

Setibanya di Shenzhen pada waktu pagi, peserta akan disambut oleh wakil tempatan sebelum memulakan lawatan sekitar bandar. Nikmati pengalaman membuat pesanan makanan menggunakan perkhidmatan penghantaran dron, dengan kos makanan ditanggung sendiri.

Selepas berehat dan menunaikan solat, teruskan lawatan ke OH Bay, Talent Park dan Coco Park. Singgah untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan Ping An Finance Centre sebelum bertolak ke hotel. Daftar masuk dan bermalam di Shenzhen.

Nota: Sarapan pagi secara bungkus disediakan.

Sarapan pagi di hotel. Mulakan lawatan dengan menaiki Diwang Building Observation Deck untuk menikmati panorama bandar Shenzhen dari aras tinggi.

Kemudian, singgah di Tongrentang yang merupakan salah satu hentian membeli-belah wajib. Selepas makan tengah hari dan menunaikan solat di masjid tempatan, lawatan diteruskan ke Jade Store yang turut merupakan hentian membeli-belah wajib.

Seterusnya, nikmati masa lapang untuk membeli-belah barangan elektronik dan teknologi di Huaqiangbei Electronic Market. Makan malam di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel. Bermalam di Shenzhen.

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Mulakan lawatan ke Nantou Historic Town sebelum meneruskan perjalanan melalui Shenzhong Bridge sambil menikmati pemandangan South China Sea.

Kemudian, bertolak menuju ke Fengjian Water Village yang terkenal dengan suasana perkampungan tradisional dan jaringan terusan airnya. Nikmati pengalaman menaiki bot menyusuri kawasan perkampungan tersebut.

Lawatan diteruskan ke Florentia Village sebelum bertolak menuju ke Guangzhou. Pada waktu malam, nikmati masa lapang dan membeli-belah di Beijing Shopping Road.

Makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel. Bermalam di Guangzhou.

Sarapan pagi di hotel. Mulakan lawatan ke Yuexiu Park yang terkenal dengan kehijauan serta arca Five Rams, salah satu simbol utama bandar Guangzhou.

Seterusnya, melawat Huacheng Square dan Haixin Island sebelum singgah untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan Canton Tower.

Kemudian, melawat Xianxian Mosque dan Makam Sa’ad Ibn Abi Waqqas. Lawatan diteruskan dengan aktiviti membeli-belah di Baima Garment Market dan OneLink Souvenir Market.

Makan tengah hari dan makan malam disediakan di restoran tempatan. Selepas selesai lawatan, kembali ke hotel dan bermalam di Guangzhou.

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Mulakan lawatan ke Xiguan House untuk melihat seni bina kediaman tradisional masyarakat tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke Yongqingfang.

Kemudian, melawat Bruce Lee’s Family Residence dan Huaisheng Mosque. Seterusnya, nikmati masa lapang untuk membeli-belah di Baiyun Leather Market.

Selepas makan tengah hari, bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun untuk urusan daftar masuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada jam 8.45 malam. Makan malam adalah atas urusan dan perbelanjaan sendiri.

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada awal pagi dan perjalanan tamat.

PENGINAPAN:

BANDAR BILANGAN MALAM
Shenzhen 2
Guangzhou 2

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERMA & SYARAT BERLAKU!

 

BUTIRAN PENERBANGAN: CHINA SOUTHERN AIRLINES (CZ) :

CZ5080 KUL  SZX  0130  0605

CZ8071 CAN  KUL   2045  0110+1

NON- REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,000 / SEORANG