SHANDONG DISCOVERY

Discover Shandong’s Timeless Heritage & Natural Wonders

Tour Code: W002

Nikmati pengalaman 6 Hari 5 Malam Qingdao, Mount Tai & Jinan yang menggabungkan keindahan alam semula jadi, bandar pesisir pantai dan warisan budaya wilayah Shandong. Perjalanan ini membawa anda meneroka Mount Tai, Tapak Warisan Dunia UNESCO, Mingshui Ancient City, Daming Lake serta tarikan ikonik Qingdao seperti May Fourth Square, Xiaomai Island dan Badaguan Scenic Area dalam sebuah percutian yang lengkap dan santai.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2027
11/01 - 16/01 Winter (QW) 3,690 900 3,690 3,690 3,390
18/01 - 23/01 Winter (QW) 3,690 900 3,690 3,690 3,390
15/03 - 20/03 Winter (QW) 3,690 900 3,690 3,690 3,390
22/03 - 23/03 Winter (QW) 3,690 900 3,690 3,690 3,390
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / LOYALTY - RM50/PAX DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Qingdao, China. Setibanya di Qingdao, rombongan disambut oleh wakil tempatan sebelum dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Tai’an (±4 jam), bandar yang menjadi pintu masuk ke Mount Tai, salah satu gunung paling suci di China serta Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Lawatan dimulakan dengan menaiki kereta kabel dua hala sambil menikmati panorama banjaran gunung yang memukau. Setibanya di atas, peserta berpeluang meneroka beberapa lokasi ikonik termasuk Peach Blossom Source, South Heavenly Gate dan Jade Emperor Peak, yang menawarkan pemandangan indah serta menjadi simbol penting dalam sejarah dan budaya masyarakat China.

Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan bermalam di Tai’an.

HARI 2 : QINGDAO – DONGYING – BIRD “WAVE” MIGRATION – QINGDAO

Bagi tarikh musim sejuk, perjalanan diteruskan ke Dongying untuk menyaksikan fenomena “Bird Wave” Migration di Yellow River Delta Scenic Area. Kawasan tanah lembap ini merupakan antara habitat burung hijrah terbesar di China, di mana ribuan burung akan berterbangan serentak membentuk panorama yang cukup mengagumkan.

Bermalam di Qingdao.

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Jinan, ibu negeri Shandong yang terkenal sebagai “City of Springs” kerana mempunyai ratusan mata air semula jadi.

Lawatan dimulakan di Daming Lake dan Heihu Spring, dua tarikan utama yang mempamerkan keindahan tasik, mata air jernih serta landskap taman yang menjadi kebanggaan penduduk tempatan.

Perjalanan diteruskan ke Mingshui Ancient City, sebuah bandar lama yang menggabungkan seni bina tradisional, terusan air yang cantik serta suasana klasik yang digelar sebagai “Southern Jiangnan of the North”. Di sini juga terletaknya bekas kediaman penyair wanita terkenal Dinasti Song, Li Qingzhao.

Pada waktu malam, peserta berpeluang menyaksikan Drone Performance & “A” (Spring Show) (bergantung kepada jadual operasi) sebelum daftar masuk hotel di Jinan dan berehat.

HARI 3: QINGDAO – JINAN – JIURUSHAN ICE WATERFALL – JINAN

Bagi tarikh musim sejuk, lawatan diteruskan ke Jiurushan Ice Waterfall, di mana air terjun semula jadi berubah menjadi formasi ais yang menakjubkan sepanjang musim sejuk. Ice cleats disediakan bagi memudahkan peserta berjalan dengan lebih selesa di kawasan berais.

Pada waktu malam, peserta akan menikmati persembahan Drone Show dan Quanxiu Performance di Mingshui Ancient City, yang menjadikan suasana bandar lama ini lebih mempesonakan pada waktu malam.

Selepas sarapan pagi, bertolak pulang ke Qingdao (±4 jam).

Setibanya di Qingdao, lawatan dimulakan di Badaguan Scenic Area (Eight Great Passes), sebuah kawasan bersejarah yang terkenal dengan deretan bangunan berkonsepkan seni bina Eropah sehingga digelar sebagai “World’s Architecture Exhibition”.

Seterusnya, bersiar-siar di Xiaoxiang Street (Cartoon Street) yang dihiasi mural dan dekorasi kreatif sebelum mengunjungi Qinyu Road, sebuah jalan yang terkenal dengan bangunan klasik dan suasana romantik, menjadikannya lokasi kegemaran untuk sesi fotografi.

Daftar masuk hotel dan berehat.

Selepas sarapan pagi, memulakan lawatan sekitar bandar Qingdao yang menggabungkan sejarah, budaya dan pemandangan pesisir pantai yang indah.

Lawatan dimulakan di Da Bao Island Historic Li Yuan Buildings, kawasan warisan yang masih mengekalkan seni bina klasik Qingdao sejak zaman dahulu. Seterusnya singgah di May Fourth Square untuk bergambar bersama mercu tanda ikonik May Wind Sculpture, simbol kemodenan bandar Qingdao.

Perjalanan diteruskan ke Xiaomai (Wheat) Island, sebuah taman pesisir pantai yang terkenal dengan pemandangan Laut Kuning yang mendamaikan sebelum mengakhiri lawatan di Zhanqiao Pier, jeti bersejarah yang menjadi antara ikon paling terkenal di Qingdao.

Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel dan bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan kenangan indah sepanjang percutian di Wilayah Shandong, China.

PENGINAPAN:

BANDAR BILANGAN MALAM
Qingdao 3
Taian 1
JInan 1

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERMA & SYARAT BERLAKU!

 

BUTIRAN PENERBANGAN: QINGDAO AIRLINES (QW)

QW 908  KUL  TAO  1700  2315

QW 907  TAO  KUL  0920  1600

NON- REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,000 / SEORANG