2 Malam di Liveaboard • Komodo National Park • Pink Beach
Tour Code: PTR01
Bukan semua orang menikmati Labuan Bajo dengan cara yang sama.
Pakej 5 Hari 4 Malam Komodo Liveaboard Experience direka untuk mereka yang ingin menikmati lebih banyak masa di lautan berbanding di daratan. Bermalam selama 2 malam di atas kapal Phinisi, anda akan menyaksikan matahari terbit di Padar Island, matahari terbenam di Kalong Island, snorkeling bersama ikan pari manta di Manta Point, meneroka Pink Beach dan melihat Komodo Dragon di habitat semula jadinya. Gabungan pelayaran eksklusif, pulau-pulau tropika dan panorama Laut Flores menjadikan pengalaman ini jauh lebih lengkap berbanding lawatan sehari biasa.
- MAKLUMAT HARGA:
| HOTEL | HARGA SEORANG (MYR) | |
|---|---|---|
| MIN 2 PAX | MIN 4 PAX | |
|
3-Star: Zasgo Hotel / Flamingo Avia Hotel
OR similar |
2,590 | 2,490 |
|
4-Star: Bintang Flores / Laprima Hotel*4
OR similar |
2,790 | 2,690 |
| DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / DISKAUN LOYALTY - RM50/PAX | ||
| DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX | ||
| Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-LBJ-KUL (kos RM1,200/seorang)estimate* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih. | ||
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: TIBA DI LABUAN BAJO
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Labuan Bajo, bandar pelabuhan yang menjadi pintu masuk utama ke Taman Negara Komodo, Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan kepelbagaian biodiversiti serta panorama kepulauan Flores.
Setibanya di Lapangan Terbang Komodo, Labuan Bajo, peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan sebelum dibawa ke hotel untuk urusan daftar masuk dan berehat.
Masa bebas diberikan untuk peserta berehat di hotel atau meneroka sekitar Labuan Bajo mengikut keselesaan sendiri.
Makan tengah hari dan makan malam adalah atas perbelanjaan sendiri.
Bermalam di Labuan Bajo.
- HARI 2: OPEN TRIP KOMODO – KELOR ISLAND – MANJARITE – KALONG ISLAND (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, peserta akan dijemput sekitar jam 10.00 pagi sebelum bertolak ke pelabuhan untuk mendaftar masuk ke atas kapal dan memulakan pelayaran.
Destinasi pertama ialah Kelor Island. Peserta akan menikmati masa sekitar 30 minit untuk aktiviti snorkeling atau mendaki bukit bagi menikmati pemandangan indah di sekitar pulau.
Perjalanan diteruskan ke Manjarite Island untuk aktiviti snorkeling atau berenang di perairan sekitarnya.
Makan tengah hari disediakan di atas kapal sebelum pelayaran diteruskan ke Kalong Island.
Menjelang petang, peserta akan menunggu waktu matahari terbenam sambil menyaksikan ribuan kelawar keluar dari kawasan hutan bakau, antara pengalaman menarik sepanjang pelayaran di Labuan Bajo. Makan malam disediakan di atas kapal.
Bermalam di atas kapal.
- HARI 3: PADAR ISLAND – KOMODO ISLAND – PINK BEACH – TAKA MAKASSAR – MANTA POINT – SIABA ISLAND (SP/MT/MM)
Seawal pagi, peserta akan berlayar menuju ke Padar Island sambil menikmati panorama matahari terbit sepanjang perjalanan.
Setibanya di Padar Island, peserta akan mendaki kira-kira 30 minit ke bahagian atas pulau untuk menikmati pemandangan panoramik yang indah. Selepas selesai aktiviti, peserta kembali ke kapal untuk sarapan pagi sebelum meneruskan pelayaran ke Komodo Island.
Di Komodo Island, peserta akan menjalani aktiviti trekking selama kira-kira 2 jam bersama pemandu tempatan untuk melihat Komodo Dragon.
Perjalanan kemudian diteruskan ke Pink Beach. Peserta berpeluang menikmati aktiviti snorkeling di kawasan pantai ini. Makan tengah hari disediakan di atas kapal.
Seterusnya, peserta akan berlayar ke Taka Makassar untuk aktiviti berenang dan menikmati suasana pantai. Pelayaran diteruskan ke Manta Point untuk aktiviti snorkeling selama beberapa jam dengan peluang melihat ikan pari manta di habitat semula jadi.
Selepas selesai aktiviti, peserta akan meneruskan perjalanan ke Siaba Island untuk bermalam. Makan malam disediakan di atas kapal.
Bermalam di atas kapal.
- HARI 4: SIABA ISLAND – LABUAN BAJO (SP/MT)
Selepas sarapan pagi, peserta akan menikmati aktiviti snorkeling selama beberapa jam di sekitar Siaba bagi mencari dan melihat penyu laut.
Selepas selesai aktiviti, makan tengah hari disediakan di atas kapal sebelum pelayaran kembali ke Labuan Bajo. Peserta dijangka tiba di Labuan Bajo sekitar jam 11.00 pagi sebelum dibawa ke hotel untuk urusan daftar masuk.
Masa selebihnya adalah bebas untuk berehat atau meneroka sekitar Labuan Bajo mengikut keselesaan sendiri. Makan malam adalah atas perbelanjaan sendiri.
Bermalam di Labuan Bajo.
- HARI 5: LABUAN BAJO – KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, peserta bertolak ke Lapangan Terbang Komodo bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan 2 malam di hotel bertaraf 3★ / 4★ berserta sarapan pagi harian
- 2 malam penginapan di Liveaboard Phinisi berhawa dingin (Open Trip – Deluxe Superior Cabin)
- Makanan seperti yang dinyatakan dalam itinerari (Makanan Halal / seafood)
- Khidmat kapten, kru kapal dan chef sepanjang pelayaran
- Air mineral, kopi, teh dan snek petang sepanjang pelayaran
- Tuala sepanjang penginapan di atas kapal
- Pengangkutan sepanjang lawatan beserta pemandu
- Airport transfer (Lapangan Terbang ↔ Hotel ↔ Jeti ↔ Lapangan Terbang)
- Khidmat pemandu pelancong tempatan
- Tiket masuk ke Taman Negara Komodo
- Peralatan snorkeling
- Khidmat Komodo Ranger semasa lawatan di Taman Negara Komodo
- Rakaman foto, video dan dron sepanjang pelayaran
- PAKEJ TAK TERMASUK :
- Tiket penerbangan antarabangsa serta cukai lapangan terbang
- Tips untuk pemandu dan tour guide RM10/seorang/hari
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Aktiviti pilihan (Optional Tour) yang tidak dinyatakan dalam itinerari
- Selain dari yang dinyatakan dalam itineri
- NOTA & SURCAJ :
- Harga pakej yang dipaparkan adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR) dan tertakluk kepada perubahan sekiranya berlaku turun naik kadar pertukaran mata wang asing.
- Kadar bayaran masuk ke Taman Negara Komodo adalah tertakluk kepada perubahan oleh pihak berkuasa tempatan.
- Pakej Liveaboard hanya beroperasi pada hujung minggu (Jumaat–Ahad).
- Surcaj tambahan dikenakan bagi tempoh perayaan, cuti umum dan cuti sekolah, termasuk Krismas, Tahun Baharu dan Hari Raya.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Mac 2027
Jadual perjalanan ini disediakan sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.
Tertakluk kepada terma & syarat.
CADANGAN BUTIRAN PENERBANGAN: AIRASIA (AK)
AK 310 KUL LBJ 1045 1425
AK 311 LBJ KUL 1500 1825