Discover Pekanbaru, Warisan Kesultanan Siak & Budaya Melayu Riau

Tour Code: S011

Nikmati pengalaman 4 Hari 3 Malam Pekanbaru & Siak dengan gabungan lawatan budaya, sejarah dan suasana bandar di wilayah Riau, Indonesia. Jelajahi mercu tanda seperti Istana Siak Sri Indrapura, Jambatan Siak, Masjid Agung An-Nur serta kawasan seni dan budaya Melayu Riau.

Pakej ini sesuai untuk mereka yang ingin menikmati perjalanan santai sambil mengenali warisan Kesultanan Siak, budaya Melayu Riau, membeli-belah barangan tempatan dan meneroka tarikan utama sekitar Pekanbaru dan Siak.

TARIKH HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2027
17/04 - 20/04 1,790 400 1,790 1,790 1,690 15 - 20 pax
26/04 - 29/04 1,790 400 1,790 1,790 1,690
06/05 - 09/05 1,790 400 1,790 1,790 1,690
28/05 - 31/05 1,790 400 1,790 1,790 1,690
04/06 - 07/06 1,790 400 1,790 1,790 1,690
17/06- 20/06 1,790 400 1,790 1,790 1,690
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / LOYALTY - RM50/PAX DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX
*Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya berlaku pengurangan bilangan peserta, turun naik mata wang serta sebarang surcaj bahan api yang dikenakan oleh syarikat penerbangan.

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke Pekanbaru.

Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II, peserta akan memulakan lawatan sekitar Pekanbaru dengan mengunjungi Ma’had Tafaqquh, salah satu institusi pendidikan Islam di Riau yang memberi fokus kepada pengajian Al-Quran, hafazan dan ilmu agama.

Seterusnya, melawat Masjid An-Nur, salah satu masjid ikonik di Pekanbaru yang terkenal dengan seni bina menarik dan menjadi pusat ibadah masyarakat setempat.

Singgah di Balai Adat Melayu untuk sesi bergambar sebelum meneruskan lawatan ke Pasar Bawah, pasar tradisional yang menawarkan pelbagai barangan tempatan termasuk makanan, cenderamata, tekstil dan produk tradisional Riau.

Kemudian, meluangkan masa di Pekanbaru Citywalk untuk menikmati suasana bandar, membeli-belah ringan serta mencuba pilihan makanan dan minuman tempatan.

Bermalam di Pekanbaru.

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Siak.
Dalam perjalanan, melalui Tengku Agung Sultanah Latifah Bridge, salah satu mercu tanda utama Siak yang merentasi Sungai Siak dan menghubungkan kawasan Siak dengan Mempura.

Lawatan diteruskan ke Siak Palace / Istana Siak Sri Indrapura, bekas kediaman diraja Kesultanan Siak yang dibina pada akhir abad ke-19. Istana ini terkenal dengan seni bina yang menggabungkan elemen Melayu, Eropah dan Arab serta kini berfungsi sebagai muzium.

Bersiar-siar di kawasan sekitar pusat bandar Siak sambil menikmati pemandangan Sungai Siak dan suasana bandar bersejarah.
Seterusnya, melawat Kompleks Makam Keluarga Diraja Siak, tempat bersemadinya beberapa kerabat dan tokoh penting Kesultanan Siak.
Kemudian, singgah di Masjid Syahabuddin, salah satu masjid bersejarah yang berkait rapat dengan Kesultanan Siak dan mempunyai ciri seni bina Islam-Melayu.
Selepas selesai lawatan, bertolak kembali ke Pekanbaru.

Bermalam di Pekanbaru.

Selepas sarapan pagi, meneruskan lawatan sekitar Pekanbaru.

Lawatan dimulakan di Bandar Seni Raja Ali Haji, kawasan yang menonjolkan seni, budaya dan warisan Melayu Riau.

Seterusnya, singgah di kawasan jualan nanas tempatan untuk melihat produk tempatan serta berpeluang mencuba buah nenas segar yang dijual oleh penduduk setempat.

Kemudian, meluangkan masa di Living World Pekanbaru, sebuah pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai pilihan fesyen, gaya hidup, makanan dan minuman, barangan keperluan serta hiburan.

Bermalam di Pekanbaru.

Bertolak ke lapangan terbang untuk urusan daftar masuk sebelum menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Tiba di Kuala Lumpur dan tamatlah perjalanan 4H3M Pekanbaru + Siak.

PENGINAPAN:

BANDAR BILANGAN MALAM
Pekanbaru 3

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT

JADUAL PENERBANGAN AIRASIA (AK):

AK431  KUL PKU  1035  1030

AK432  PKU KUL  0750 0945

NON-REFUNDABLE DEPOSIT

RM500 / SEORANG