Explore Minangkabau Heritage, Highland Lakes & Scenic West Sumatra

Tour Code: S011

Nikmati pengalaman 4 Hari 3 Malam Padang, Bukittinggi & Alahan Panjang dengan gabungan keindahan alam tanah tinggi, warisan budaya Minangkabau dan tarikan ikonik Sumatera Barat.

Jelajahi Danau Kembar, Kebun Teh Alahan Panjang, Jam Gadang, Air Terjun Lembah Anai, Batu Malin Kundang serta lokasi bersejarah dan budaya di sekitar Padang dan Bukittinggi.

Pakej ini sesuai untuk mereka yang ingin menikmati percutian santai dengan gabungan alam semula jadi, budaya, sejarah dan membeli-belah dalam satu perjalanan yang selesa dan menarik.

TARIKH HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2027
06/04 - 09/04 2,090 400 2,090 2,090 1,900 15 - 20 pax
21/04 - 24/04 2,090 400 2,090 2,090 1,900
11/05 - 14/05 2,090 400 2,090 2,090 1,900
26/05 - 29/05 2,090 400 2,090 2,090 1,900
09/06 - 12/06 2,090 400 2,090 2,090 1,900
14/06 - 17/06 2,090 400 2,090 2,090 1,900
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / LOYALTY - RM50/PAX DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX
*Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya berlaku pengurangan bilangan peserta, turun naik mata wang serta sebarang surcaj bahan api yang dikenakan oleh syarikat penerbangan.

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau.

Setibanya di Padang, perjalanan diteruskan menuju ke Alahan Panjang melalui laluan Sitinjau Lauik sambil menikmati panorama bukit, lembah dan keindahan alam Sumatera Barat.

Lawatan dimulakan di Kebun Teh Alahan Panjang, kawasan tanah tinggi yang menawarkan pemandangan ladang teh menghijau dan udara yang nyaman. Aktiviti ATV turut tersedia dengan perbelanjaan sendiri.

Seterusnya, melawat Danau Kembar, yang terdiri daripada Danau Di Atas dan Danau Di Bawah. Nikmati suasana sejuk, pemandangan perbukitan dan panorama tasik. Aktiviti Jeep Ride turut tersedia dengan perbelanjaan sendiri.

Bermalam di Alahan Panjang.

Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, perjalanan diteruskan ke Padang Panjang, sebuah bandar yang terkenal dengan warisan budaya Minangkabau.

Melawat Pusat Dokumentasi Kebudayaan Minangkabau (PDIKM) untuk mengenali sejarah, budaya dan kehidupan masyarakat Minangkabau melalui koleksi foto, manuskrip, artifak serta seni bina tradisionalnya.

Singgah di Minang Kayo untuk membeli cenderahati dan produk tempatan sebelum meneruskan kunjungan ke Kedai Tenunan & Sulaman yang menawarkan hasil kraftangan tradisional Minangkabau.

Berpeluang mencuba Kuih Lempeng Neraka, salah satu makanan tradisional tempatan.

Perjalanan kemudian diteruskan ke Bukittinggi untuk melawat Jam Gadang, mercu tanda ikonik bandar ini, sebelum menikmati masa membeli-belah di Pasar Atas, terkenal dengan cenderahati dan makanan khas Minangkabau seperti Keripik Sanjai, rendang dan Pisang Kapik.

Bermalam di Bukittinggi.

Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, perjalanan diteruskan dari Bukittinggi menuju ke Batu Sangkar dan seterusnya ke Padang.

Singgah di Taman Panorama Baru untuk menikmati pemandangan alam semula jadi dan kehijauan bukit yang terbentang luas.

Seterusnya, melawat Muzium Tempat Kelahiran Buya Hamka di kawasan Danau Maninjau yang menyimpan sejarah dan koleksi peribadi tokoh ulama, penulis dan pemikir terkenal tersebut.

Perjalanan diteruskan dengan singgahan di Air Terjun Lembah Anai, salah satu tarikan alam ikonik Sumatera Barat yang dikelilingi kehijauan hutan tropika.

Bermalam di Padang.

Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, mulakan lawatan sekitar Padang.

Singgah di Muaro Padang untuk menikmati suasana pelabuhan bersejarah di Sungai Batang Arau sebelum melihat Jambatan Siti Nurbaya, salah satu mercu tanda bandar Padang.

Seterusnya, melawat Pantai Air Manis & Batu Malin Kundang, lokasi yang terkenal dengan legenda masyarakat Minangkabau.

Lawatan diteruskan ke Masjid Syekh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi, masjid ikonik Padang yang menampilkan seni bina berinspirasikan Rumah Gadang Minangkabau.

Selepas selesai lawatan, bertolak ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

PENGINAPAN:

BANDAR BILANGAN MALAM
Alahan Panjang 1
Bukittinggi 1
Padang 1

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT

JADUAL PENERBANGAN AIRASIA (AK):

AK403  KUL PDG  0720 0730

MH865  PDG KUL  1625 1835

NON-REFUNDABLE DEPOSIT

RM500 / SEORANG