Indonesia
Tour Code: PTR01
Pengembaraan Trans Jawa Indonesia ini bermula di Jakarta & berakhir di Surabaya. Pengembaraan di antara banyak hentian percutian yang menarik di sepanjang Laluan Utara Trans Jawa.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: JAKARTA - BANDUNG BY SPEED TRAIN (MT/MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta, para peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Lawatan dimulakan dengan makan tengah hari di restoran tempatan sebelum meneruskan Jakarta City Tour.
Peserta akan singgah di Monumen Nasional (Monas) sebagai simbol kebanggaan ibu negara, diikuti lawatan ke Masjid Istiqlal, masjid terbesar di Asia Tenggara yang menjadi mercu tanda penting Jakarta. Seterusnya, lawatan diteruskan ke Dataran Fatahillah, kawasan bersejarah di Kota Tua Jakarta yang menampilkan seni bina peninggalan era kolonial.
Pada sebelah petang, peserta akan menikmati aktiviti membeli-belah di Mangga Dua, pusat membeli-belah popular dengan pelbagai pilihan barangan dan cenderamata. Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta daftar masuk hotel di Jakarta dan berehat.
- HARI 2: JAKARTA - BANDUNG BY SPEED TRAIN (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan daftar keluar dan meneruskan perjalanan ke Bandung dengan menaiki Whoosh Speed Train, tren berkelajuan tinggi yang menawarkan perjalanan selesa dan pantas antara Jakarta dan Bandung. Setibanya di Bandung, makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum memulakan Bandung City Tour.
Lawatan bandar merangkumi singgahan ke Gedung Sate, mercu tanda ikonik Bandung yang terkenal dengan seni bina kolonialnya, diikuti laluan bersejarah Jalan Asia Afrika serta Jalan Braga, kawasan klasik yang mempamerkan suasana bandar lama Bandung.
Pada sebelah petang, peserta akan menikmati aktiviti membeli-belah di Factory Outlet, yang terkenal dengan pelbagai pilihan barangan fesyen pada harga menarik. Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta daftar masuk hotel di Bandung dan berehat.
- HARI 3: BANDUNG FULL DAY TOUR (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan meneruskan lawatan ke kawasan Lembang dengan singgahan di Lembang Farm House, sebuah tarikan berkonsepkan desa Eropah yang popular untuk aktiviti santai dan bergambar. Lawatan diteruskan ke Floating Market, pasar unik yang menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan serta suasana yang menarik di tepi tasik.
Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum peserta menikmati aktiviti membeli-belah di Pasar Baru Shopping Center, pusat membeli-belah terkenal dengan pilihan kain, pakaian dan barangan tempatan. Seterusnya, lawatan diteruskan ke Cihampelas, kawasan membeli-belah popular yang dikenali dengan deretan kedai fesyen dan suasana bandar yang meriah.
Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta kembali ke hotel untuk berehat dan menikmati masa lapang.
- HARI 4: BANDUNG - SEMARANG (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan daftar keluar dan meneruskan perjalanan darat menuju ke Semarang melalui lebuh raya. Perjalanan ini memberi peluang untuk menikmati suasana bandar-bandar di Pulau Jawa sepanjang laluan.
Setibanya di Semarang, makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum memulakan lawatan ke Lawang Sewu, bangunan bersejarah ikonik peninggalan era kolonial Belanda yang terkenal dengan seni bina unik serta nilai sejarahnya.
Lawatan diteruskan dengan aktiviti membeli-belah cenderamata di Jalan Pandanaran, kawasan yang terkenal dengan pelbagai produk tempatan dan oleh-oleh khas Semarang. Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum peserta daftar masuk hotel dan berehat.
- HARI 5: SEMARANG - YOGYA - BOROBUDUR TEMPLE - MERAPI TOUR (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan daftar keluar dan meneruskan perjalanan ke Daerah Magelang untuk lawatan ke Candi Borobudur (lawatan di kawasan pelataran sahaja), sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan seni bina agung serta nilai sejarah dan kebudayaannya.
Selesai lawatan, makan tengah hari disediakan di restoran tempatan sebelum perjalanan diteruskan untuk pengalaman Merapi Jeep Tour, menyusuri kawasan sekitar Gunung Merapi yang menawarkan pemandangan alam dan kisah letusan gunung berapi yang unik.
Pada sebelah petang, peserta akan dibawa ke Malioboro Street untuk aktiviti membeli-belah dan bersiar-siar di kawasan paling ikonik di Yogyakarta, terkenal dengan batik, kraftangan tempatan dan suasana meriah.
Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel di Yogyakarta dan berehat.
- HARI 6: YOGYA - BROMO (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan daftar keluar dan memulakan perjalanan darat menuju ke kawasan Bromo, dengan anggaran masa perjalanan sekitar 6 jam melalui lebuh raya. Perjalanan ini memberi peluang untuk berehat sambil menikmati pemandangan luar bandar Jawa Timur sepanjang laluan.
Setibanya di kawasan Bromo, masa diberikan untuk aktiviti bebas dan santai, sesuai untuk berehat selepas perjalanan jauh atau menikmati suasana sejuk pergunungan. Makan tengah hari dan makan malam disediakan di restoran tempatan.
Akhir sekali, peserta akan daftar masuk hotel di Bromo dan berehat awal sebagai persediaan untuk aktiviti menarik pada keesokan harinya.
- HARI 7: BROMO - BATU - MALANG - SURABAYA (SP/MT/MM)
Seawal jam 3.00 pagi, peserta akan dikejutkan untuk memulakan pengalaman paling dinanti di Bromo — menyaksikan keindahan matahari terbit Gunung Bromo dengan latar Gunung Semeru, Lautan Pasir (Lawang) dan Savana. Perjalanan ke sudut pandang utama dilakukan menggunakan kenderaan pacuan empat roda (Jeep), memberikan pengalaman off-road yang unik di kawasan gunung berapi yang ikonik ini.
Selesai menikmati panorama pagi, peserta akan kembali ke hotel untuk sarapan pagi, membersihkan diri dan daftar keluar. Perjalanan diteruskan menuju ke Batu, Malang, dengan singgahan di Ladang Epal, di mana peserta berpeluang melihat sendiri hasil pertanian tempatan yang terkenal di kawasan tanah tinggi ini.
Seterusnya, makan tengah hari di restoran tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke Sidoarjo untuk melawat Kawasan Lumpur Lapindo, sebuah lokasi bersejarah yang memberi gambaran tentang fenomena alam dan kesannya terhadap kawasan sekitarnya. Lawatan diteruskan dengan aktiviti membeli-belah barangan kulit di Tanggulangin, pusat industri kulit yang terkenal dengan pelbagai produk berkualiti.
Pada sebelah malam, peserta akan menikmati makan malam di restoran tempatan, sebelum daftar masuk hotel di Surabaya dan berehat selepas hari yang penuh dengan pengalaman istimewa.
- HARI 8: SURABAYA - MADURA DAY TRIP (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan memulakan hari dengan hentian bergambar di mercu tanda Surabaya, simbol kebanggaan bandar ini. Lawatan diteruskan ke Monumen Kapal Selam (Monkasel), sebuah muzium unik yang mempamerkan kapal selam sebenar serta sejarah ketenteraan laut Indonesia.
Seterusnya, peserta menikmati makan tengah hari di restoran tempatan sebelum meneruskan aktiviti membeli-belah di ITC Surabaya, pusat membeli-belah popular yang menawarkan pelbagai barangan pada harga berpatutan. Pada sebelah petang, peserta akan dibawa untuk lawatan singkat ke Pulau Madura dengan menyeberangi Jambatan Suramadu, jambatan terpanjang di Indonesia yang menghubungkan Surabaya dan Madura.
Menjelang malam, peserta akan menikmati makan malam di restoran tempatan, sebelum kembali ke hotel untuk berehat dan menamatkan hari dengan santai.
- HARI 9: PENERBANGAN BALIK (SP)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan mendaftar keluar sebelum bergerak menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang
- MAKLUMAT HARGA: MIN 6 PAX TO GO!
| HOTEL | HARGA SEORANG (MYR) - BERASASKAN BILIK BERKONGSI BERDUA / BERTIGA | SINGLE SUPP | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| DEWASA | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||||
| Jakarta: Orchardz Jayakarta Hotel*3 / Similar (01 Night) | 3,290 | 2,960 | 1,980 | 650 | ||
| Bandung: Tebu Hotel / Similar (02 Nights) | ||||||
| Semarang: @Hom Hotel*3 / Similar (01 Night) | ||||||
| Jogya: H Boutique Hotel / Similar (02 Nights) | ||||||
| Bromo: Grand Whiz Hotel*2 / Gubuk Ndeso Homestay / Similar (01 Night) | ||||||
| Surabaya: Neo Gubeng Hotel / Similar (02 Nights) | ||||||
| Additional Whoosh Speed Train Ticket & Transfer: RM160/pax/way - (Jakarta - Bandung OR Bandung - Jakarta) | ||||||
- MAKLUMAT HARGA: MIN 10 PAX TO GO!
| HOTEL | HARGA SEORANG (MYR) - BERASASKAN BILIK BERKONGSI BERDUA / BERTIGA | SINGLE SUPP | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| DEWASA | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||||
| Jakarta: Orchardz Jayakarta Hotel*3 / Similar (01 Night) | 2,650 | 2,390 | 1,410 | 790 | ||
| Bandung: Tebu Hotel / Similar (02 Nights) | ||||||
| Semarang: @Hom Hotel*3 / Similar (01 Night) | ||||||
| Jogya: H Boutique Hotel / Similar (02 Nights) | ||||||
| Bromo: Grand Whiz Hotel*2 / Gubuk Ndeso Homestay / Similar (01 Night) | ||||||
| Surabaya: Neo Gubeng Hotel / Similar (02 Nights) | ||||||
| Additional Whoosh Speed Train Ticket & Transfer: RM160/pax/way - (Jakarta - Bandung OR Bandung - Jakarta) | ||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan di hotel
- Sarapan pagi di hotel
- Makanan seperti yang dinyatakan dalam program (Makanan Halal)
- Pengangkutan sepanjang tour
- Perkhidmatan Pemandu Pelancong atau berbahasa Melayu (02 - 10 Pax Driver Cum Guide)
- Semua bayaran masuk seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Tiket Kereta Api Sehala Jakarta – Bandung (Kelas Eksekutif)
- Jeep ke Merapi & Bromo
- Air Mineral setiap hari
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan dan Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa *
- Insurans perjalanan RM88.50/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Surcaj Hujung Minggu Bromo RM 35/pax
- Tip untuk pemandu dan pemandu RM 10/pax/hari
- Perbelanjaan Peribadi (Porter, Dobi, telefon, Lawatan Pilihan, dll)
- NOTA & SURCAJ
- Kadar adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DISEBABKAN MATA WANG TURUN
- Surcaj dikenakan untuk Krismas, Tahun Baru, Hari Raya & Cuti Sekolah.
- Tempoh sah pakej: Sehingga 31 Disember 2026
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN