Nha Trang memikat dengan pantai indah dan air biru jernih. Dalat menawarkan suasana sejuk, ladang bunga, dan keindahan semula jadi. Muine unik dengan bukit pasirnya yang menawan, sesuai untuk pengembara. Ho Chi Minh pula sibuk dengan sejarah, budaya, dan makanan jalanan yang memukau.

TYPE OF PACKAGE PRICE PER PERSON (MYR) GROUP SIZE (PAX)
BASED ON TWIN / TRIPLE SHARING ROOM
TWIN/ TRIPLE CHILD WITH BED CHILD NO BED
Ground only: Ritzy Boutique Hotel, Alani Hotel or similar 2400 1,800 1,200 2
1,790 1,340 900 3-4
1,470 1,100 740 5-8
Penerbangan pergi balik AirAsia KUL-CXR-KUL (kos RM700/seorang)* - kos akhir bergantung pada tarikh yang anda pilih

Setibanya di Lapangan Terbang Cam Ranh, pemandu pelancong akan menyambut para tetamu dan meneruskan perjalanan ke Bandar Dalat (3-4 jam) – permata Tanah Tinggi Tengah.

Bandar ini menampilkan persekitaran seperti taman, dengan suhu yang nyaman sekitar 15°–24°C serta cahaya matahari sepanjang tahun, yang mewujudkan pelbagai air terjun, bukit-bukau pokok pine, tasik serta hutan dan taman hijau yang sentiasa subur.

Setibanya di Dalat, lawatan diteruskan ke Stesen Kereta Api Lama dan Tasik Xuan Huong untuk sesi fotografi yang indah.

Makan malam dan bermalam di Dalat. Pada waktu malam, para tetamu bebas meneroka Pasar Malam Da Lat.

Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan dimulakan ke Fresh Garden, taman landskap berkonsep kreatif yang menampilkan susunan bunga berwarna-warni serta sudut fotografi berlatarbelakangkan persekitaran semula jadi Dalat yang sejuk dan menghijau.

Perjalanan diteruskan ke Mongoland, sebuah taman rekreasi bertema padang rumput yang menawarkan suasana santai dan panorama terbuka, sesuai untuk aktiviti bergambar dan menikmati alam semula jadi. Makan tengah hari di restoran halal.

Seterusnya, meneroka Robin Hill pada ketinggian 1,600 meter (menaiki kereta kabel sehingga 2,300 meter sambil menikmati pemandangan panorama yang mengagumkan), diikuti lawatan ke Datanla Waterfall, di mana para peserta akan merasai pengalaman menaiki alpine roller coaster, salah satu tarikan paling popular di Dalat.

Makan malam di restoran halal. Pada waktu malam, para tetamu bebas meneroka Pasar Malam Da Lat.

Bermalam di Dalat.

Sarapan pagi di hotel dan check out. Mulakan hari dengan lawatan ke Crazy House, merupakan sebuah tarikan unik berkonsep seni bina surreal dengan struktur berliku dan reka bentuk imaginatif, menjadikannya antara lokasi paling ikonik dan menarik untuk bergambar di Da Lat.

Kemudian bertolak ke Mui Ne (perjalanan selama 3–4 jam). Mui Ne dikenali sebagai “ibu kota resort” Vietnam dengan deretan resort di sepanjang pesisir pantai.

Setibanya di sana, makan tengah hari di restoran halal, diikuti lawatan ke White Sand Dune yang indah, salah satu landskap padang pasir tercantik di Vietnam. Di tengah-tengah bukit pasir yang luas dan tidak berpenghujung, terdapat dua tasik besar yang berkilauan, mewujudkan suasana puitis bersama kolam teratai yang menakjubkan dan pasti menyentuh hati pencinta alam semula jadi.

Mengembara merentasi Saddle Desert dengan menaiki Jeep. Dari puncaknya, anda dapat melihat keseluruhan pemandangan Mui Ne serta menyaksikan aktiviti harian perkampungan nelayan.

Check in hotel dan makan malam di restoran halal.

bermalam di Ho Chi Minh.

Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Notre Dame Cathedral, sebuah katedral bersejarah yang telah berusia lebih 100 tahun dan menjadi mercu tanda utama bandar Ho Chi Minh. Lawatan diteruskan ke Central Post Office yang terkenal dengan seni bina kolonial Perancis, sebelum singgah ke People’s Committee Hall dan Book Street untuk menikmati suasana bandar dan aktiviti bergambar.

Seterusnya, peserta dibawa melawat Telekung Factory sebelum menikmati makan tengah hari di restoran halal.

Pada sebelah petang, lawatan diteruskan ke Ar-Rahim Mosque, sebuah masjid bersejarah yang dibina pada tahun 1885 oleh komuniti Muslim Malaysia–Indonesia. Sebagai alternatif mengikut kesesuaian masa, peserta juga boleh singgah ke Musulman Mosque, masjid paling sibuk di Saigon yang dibina pada tahun 1935 oleh komuniti Muslim India.

Lawatan diteruskan dengan sesi membeli-belah bebas di Saigon Square dan Ben Thanh Market.

Makan malam disediakan di restoran halal. Bermalam di Ho Chi Minh City.

Sarapan pagi di hotel dan masa bebas untuk membeli belah di Ben Thanh Market sebelum pulang ke Malaysia.

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN