Bosnia & Herzegovina Full Board

5/5
Klik pada gambar untuk besarkan
*Nota: Jumlah minima kumpulan adalah 9 orang. Harga berubah bergantung kepada jumlah kekurangan peserta, ketersediaan tiket penerbangan dan perubahan tukaran wang asing.
Berkumpul di KLIA kira-kira 3 jam sebelum berlepas. Sesi briefing serta check in. Bertolak ke destinasi dengan penerbangan transit.
Teruskan perjalanan ke Sarajevo dan disambut oleh local crew dari Bosnia. Terus nikmati makan tengaharidi restoran tempatan. Bergerak ke ‘Old Town’ untuk penginapan selama 2 hari, ia pasti menjadi pengalaman menarik untuk semua. Check in dan rehat. Makan malam akan disediakan di hotel / restoran.

Sarapan pagi di hotel. Hari ini kita mengadakan lawatan berjalan kaki ke bandar Lama Bascarsija, jambatan Latin, tempat di mana Austro Hungarian Archduke telah dibunuh, yang mencetuskan Perang Dunia Pertama; Brusa bezistan – pasar berbumbung; Masjid Gazi Husref Bey– dibina pada tahun 1530 semasa era Uthmaniyyah – dan Gazi Husref Bey Madrass; Moricahan dibina pada 1551; Vijecnica –Dewan bandar untuk era Austro-Hungary. Kemudian kita akan menikmati masakan asli Bosnia. Seterusnya masa lapang untuk menerokai Old Town sendiri. *Program berjalan kaki, pengangkutan tidak disediakan.

Masjid Gazi Husrev Bey
Vijecnica
Old Town Sarajevo
Sarapan pagi di hotel dan check out hotel. Teruskan ke arah Travnik (92 km: +/- 1.5 j). Dalam perjalanan ke Travnik kita akan melihat Piramid Bosnia. Optional: Tiket masuk ke terowong “Ravne” dan lawatan mengambil masa 1 jam.
Sebelum sampai ke destinasi ini kita singgah sebentar di Etno Village Čardaci untuk melihat seni bina asli Bosnia dan landskap tasik, kolam dan air terjun yang indah. Terus ke Travnik, sebuah bandar kecil dengan kubu yang menghiasi latar langit menunjukkan seni bina Bosnia gaya asli yang memberikan pesona bandar ini. Lawati Plava Voda Springs. Makan tengah hari di restoran tempatan. Terukan perjalanan ke bandar Jajce (66 km: +/- 1 jam) singgah di Masjid Malaysia untuk solat di Kampung Turbe. Apabila tiba di Jajce, terus melawat air terjun Pliva yang indah di tengah-tengah bandar. Selepas air terjun, kita akan terus melihat tasik Pliva dan kincir air kayu yang merupakan mercu tanda Bosnia dan Herzegovina. Teruskan ke Bihac (151 km; +/- 2 j 30 min).
Makan malam di hotel. Bermalam dan penginapan di hotel di Bihac.

Piramid Bosnia

Etno Village Čardaci
Air Terjun Pliva

Sarapan pagi di hotel. Lawatan panorama bandar Bihac akan membongkar rahsia landskap semula jadi yang indah dan diklasifikasikan sebagai alam semula jadi yang paling terpelihara di Eropah. Terus ke UNA NATIONAL PARK, taman negara terbesar negara Bosnia yang ditubuhkan pada 29 Mei 2008 di sekitar sungai Upper Una River, Krka dan Unac. Alam semula jadi yang menyegarkan dengan air jernih serta berbagai lata air terjun yang indah, taman negara ini pasti menjadi highlight percutian yang menarik. Lawati mercu tanda air terjun Štrbacki buk, Kepulauan Japodski dan Kampung Seni Natura. Makan tengah hari di dalam bot kayu (bergantung keadaan semasa) sambil menyusuri sungai yang indah di Eropah – Sungai Una. Nikmati masa lapang di Sungai Una dan Bihac.

Makan malam dan bermalam di hotel di Bihac.

Bihac
Una National Park Palace
Journey from Bihac to Mostar

Sarapan pagi di hotel dan check out. Hari ini, kita akan menikmati perjalanan indah yang menjanjikan lanskap hutan, gunung dan padang kars sepanjang Barat Laut Bosnia. Perhentian pertama Bandar Livno yang terletak di antara gunung Cincar dan Kamesnica. Kita terus ke lawatan Duman Spring, Clock Tower dan Masjid Hajji Ahmed The Ducat Minter’s, dibina lebih lima abad lalu. Masjid ini juga dikenali sebagai ‘Glavica Mosque’ dianggap sebuah permata seni bina Bosnia. Diklasifikasikan sebagai monumen negara. Makan tengah hari di restoran tempatan.

Kemudian teruskan ke Eco Selo Grabovica untuk melihat pemandangan Tasik Busko yang menakjubkan. Masa lapang untuk meneroka mini zoo dan menikmati persekitaran yang indah. Teruskan ke Mostar. Makan malam dan bermalam di hotel di Mostar.

Bandar Livno

Masjid Hajji Ahmed The Ducat Minter’s
Eco Selo Grabovica

Terus ke Pocitelj, sebuah perkampungan unik zaman Ottoman yang mendapat pengiktirafan UNESCO yang terletak tinggi di atas amfiteater seperti bukit yang menguasai dasar Sungai Neretva dan kawasan sekitarnya. Kula (Kubu Počitelj), pada 45m di atas paras laut, ia menawarkan pemandangan yang menakjubkan.

Selepas Pocitelj, kita bergerak menuju ke Air Terjun KraviceAir Terjun Kravice mempunyai ketinggian 25meter dengan diameter selebar 120meter dan Ia tercipta oleh gerakan aliran tuf / batu yang mengelilingi sungai Trebižat secara semulajadi.

Destinasi seterusnya adalah ke Blaga Tekke untuk melawat mata air Sungai Buna yang terkenal dengan Dervish Monestary yang dibina sekitar 1520.  Biara ini merupakan monumen penting zaman Uthmaniyyah di Bosnia & Herzegovina. Para darwis telah menggunakan biara untuk melakukan ritual khusus mereka – terutamanya Dzikir.  Selain pemandangan indah, terdapat banyak gerai-gerai penduduk yang menjual berbagai hasil / kraftangan tempatan di sini. Pulang ke hotel selepas lawatan selesai.

Pocitelj
Air Terjun Kravice
Sungai Buna

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Pada waktu pagi kita akan terus walking tour di Bandar Mostar yang disenaraikan sebagai tapak warisan UNESCO. Dengarkan juga kisah peperangan Bosnia yang mengakibatkan jambatan sebenar hancur dibom. Kita akan melawat masjid Koski Mehmed Pasha dan berjalan melalui bandar lama dan jambatan – Stari Most. Akhir sekali enjoy masa santai di pasar menjual souvenir dan lain-lain sambil luangkan masa di cafe dengan pemandangan Sungai Naretva dan Old Town.

Teruskan perjalanan ke Jablanica untuk makan tengah hari dan cuba kambing panggang Bosnia. Jablanica juga terkenal dengan lokasi peringatan WW2. Perhentian seterusnya adalah Pekan Konjic. Selain lokasi dan keindahan semulajadi yang cantik, bandar ini popular dengan jambatan batu zaman Ottoman ‘Stara Ćuprija’ yang menjadi simbol destinasi. Terdapat juga ‘Art Gallery Bunker’ Tito’s ARK D-0 – dari tinggalan sejarah Perang Dingin di sini.

Teruskan perjalanan kita ke Gunung Olimpik Bjelasnica untuk penginapan 1 malam.

‘Stari Most’
‘Stara Ćuprija’
Masjid Koski Mehmed-Pasha
Sarapan pagi di hotel dan check out. Sarajevo menjadi tuan rumah ke-14 sukan Olimpik musim sejuk 1984. Terdapat 3 gunung yang menjadi mercu tanda bandar Sarajevo. Gunung Trebevic (1627 meter) mewakili pusat pelancongan penting yang musnah akibat peperangan Bosnia, terdapat trek bobsleigh yang anda boleh bergambar disini. Destinasi seterusnya, Gunung Igman terletak pada ketinggian 1510 meter. Kaya dengan hutan malar hijau tebal ia dianggap sebagai “syurga udara tulen”. Igman adalah salah satu tempat pertandingan utama semasa olimpik musim sejuk.  Lawatan akan diakhiri dengan gunung Bjelasnica, terletak di barat daya bandar Sarajevo dan mempunyai ketinggian 2067 meter. Terdapat banyak kemudahan pelancongan yang terletak di Bjelasnica.

Selepas melawat bahagian pergunungan, kita akan singgah di Kampung Umoljani, dimana peluang mencuba makanan segar tempatan dan juga menikmati pemandangan indah penduduk tempatan. Masa lapang disini dan sebelum bergerak balik ke Sarajevo.

Makan malam di hotel. Bermalam dan penginapan di hotel di Sarajevo.

Gunung Olimpik Bosnia
Gunung Igman
Kampung Umoljani

Sarapan pagi di hotel. Kami terus ke Srebrenica.  Untuk memahami sepenuhnya tentang Genocide Bosnia 1990-an dan pada masa yang sama Genocide Srebrenica, tiada cara yang lebih baik selain melawati Pusat Memorial Bosnia Timur, Srebrenica dan Potočari,, Kita bukan sahaja boleh bercakap tentang peristiwa Genocide di hanya satu lokasi mikro (Srebrenica), tetapi kita perlu meletakkan seluruh Bosnia Timur ke dalam konteks cerita. Selain itu, lawatan ini akan mendedahkan sebab di sebalik perpecahan Yugoslavia dengan kisah terperinci mengenai Genosid terburuk di Eropah sejak WW2.

Semasa lawatan, anda berpeluang melawat keluarga tempatan dan makan tengah hari di rumah mereka sambil mendapatkan pandangan bagaimana masyarakat tempatan hidup hari ini. Pada masa yang sama pengalaman ini diharap dapat menjadi renungan ahli kumpulan dalam melihat situasi dunia semasa. Semoga apa yang terjadi di sini tidak akan berulang lagi di mana-mana negara. Bergerak balik ke Sarajevo. Makan malam di hotel. Bermalam dan penginapan di hotel di Sarajevo.

Srebrenica
Potočari Memorial Center
Sarajevo
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Hari terakhir lawatan akan dikhususkan untuk melawat Ibu Kota, Sarajevo. Melawat Muzium Alija Izetbregovic, Tanah Perkuburan Syuhada Kovaci / tanah perkuburan Alifacovac dan Pasar Besar Sarajevo (Market Hall). Kemudiannya kita menaiki kereta kuda melalui lorong yang indah, sambil mengagumi vila-vila indah dari monarki Austria-Hungary.  Anda pasti terpukau dengan padang hijau yang subur, mata air yang indah  dan air terjun  yang muncul dihadapan anda. Pemandangan seperti ini hanya boleh didapati – Vrole Bosne.  Teruskan ke Tunnel of Hope, tarikan sejarah Peperangan Bosnia pada 1990an. Dengan kelebaran 11m dan tinggi 1.6, terowong yang digali dengan tangan di bawah landasan lapangan terbang ini adalah bukti kesusahan dan kesungguhan penduduk bandar itu menghadapi lawan mereka dari tentera Serbia. Makan tengah hari di restoran tempatan. Kemudian masa santai melawat beberapa pusat membeli-belah sebelum berlepas ke lapangan terbang.
Market Hall
Taman Vrelo Bosne

Tunnel of Hope

Rombongan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada ETA1725. Diharapkan peserta mendapat kenangan manis sepanjang lawatan.

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN

Maklumat Penerbangan

TK0061     KULIST    2340 0620 

TK1021     ISTSJJ     1245 1235  

TK1026     SJJIST     2005 0005 

TK0060    ISTKUL     0145 1725

DEPOSIT: RM1000/Seorang*

Sebarang pertanyaan tentang pakej hubungi :