ESSAOUIRA, MARRAKECH, OUARZAZATE, MERZOUGA, FES, CHEFCHAOUEN & CASABLANCA

SMALL GROUP – MAX 15 PAX

5/5

Maghribi adalah pintu masuk ke Afrika dan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian yang membingungkan. Di sini anda akan temui banjaran gunung yang epik, bandar purba, padang pasir yang luas dan layanan mesra.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (MYR) SAIZ KUMPULAN
SPECIAL! EARLY BIRD BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
2023
Pilihan pelanggan (Ground only) - 6790 6,990 2,000 6,290 5,290 3-4
Pilihan pelanggan (Ground only) - 6,290 6,490 2,000 5,290 4,790 5-8
07/3-20/03 Spring 9,490 9,990 2,000 8,390 7,390 12 - 15 (open group)
04/5-17/05 Summer 9,490 9,990 2,000 8,390 7,390
28/09-10/10 Autumn 9,490 9,990 2,000 8,390 7,390
27/10-08/11 Autumn 9,490 9,990 2,000 8,390 7,390
14/11-26/11 Autumn 9,490 9,990 2,000 8,390 7,390
24/11-06/12 Autumn 9,490 9,990 2,000 8,390 7,390
Promosi Early bird terhad kepada 10 pendaftar yang pertama!
Surcharge RM500/seorang untuk saiz kumpulan 9-11 pax

Berkumpul di KLIA sekurang-kurang 3 jam sebelum pelepasan.

Bertolak ke Casablanca. Tiba di Casablanca, terus daftar masuk hotel. Enjoy makan malam dan berehat.

Sarapan pagi kemudian bertolak ke Essaouira melalui El Jadida. Terletak 360 km dari Casablanca ke Essaouira, dikenali sebagai bandar resort dan pelabuhan pantai Atlantik, Maghribi. Perjalanan lazimnya mengambil masa 5-6 jam dengan sekurang-kurangnya dua hentian di El Jadida dan Safi. Setiba di bandar itu, terus daftar masuk ke hotel.

Sarapan dan lawatan di bandar persisiran pantai ini yang terkenal dengan bangunan putih dan biru. Kota lamanya dilindungi oleh tembok kubu di tepi laut yang dikenali sebagai Skala De La Kasbah. Menghabiskan masa dengan merakam keindahan kota lama atau medina dan deretan bot nelayan berwarna biru yang sungguh indah di bahagian pelabuhan. Bertolak ke Marrakech dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 2.5 jam. Di tengah perjalanan dan jika bernasib baik, rombongan dapat melihat sekumpulan kambing berada di atas pokok argan – pemandangan yang popular di Lembah Sous. Perjalanan diteruskan ke Marrakech dan setiba di bandar itu, daftar masuk hotel dan rest. Keluar semula untuk menikmati keseronokan pasar malam terbesar di Square Jemaa El Fna.

Selepas sarapan, lawatan sepanjang hari di Marrakech dengan pemandu pelancong tempatan. Lawatan merangkumi Majorelle Garden, taman botani yang dipenuhi pokok palma dan kaktus indah, kota lama atau Medina, Souks, Square Jemaa El Fna, Menara Koutoubia, Istana Bahia, Madrasa Ben Youssef & Stesen Keretapi. Sekali lagi, rombongan berpeluang menghabiskan masa santai dengan membeli belah di Souk dan Jemaa El Fna.

Daftar keluar dan mulakan perjalanan di bekas laluan pedagang dahulu antara Sahara & Marakesh. Menikmati keindahan pergunungan merentasi Pergunungan Atlas yang setinggi 2260meter (7,410 ft) di laluan Tizi n’Tichka. Tiba di perkampungan Ait Ben Haddou. Melawat Ait Ben Haddou Kasbah, lokasi pertemuan pedagang di zaman dahulu. Perjalanan diteruskan di oasis gurun di Skoura. Perjalanan diteruskan ke Boumalne Du Dades untuk bermalam.

Selepas sarapan, rombongan dibawa melalui laluan jalan “Laluan 1001 Kasbah” ke pekan wadi kecil di Tinghir. Perjalanan diteruskan ke laluan jurang yang indah dan dramatik, Todgha Gorges. Singgah untuk menghabiskan masa meneroka ngarai. Teruskan perjalanan ke Merzouga untuk bermalam di khemah di gurun.

Setiba di perkampungan Merzouga, peserta dibawa ke khemah di gurun menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan menikmati keunikan bermalam di gurun. Di sebelah malam, peserta berpeluang menikmati keindahan hamparan bintang di langit dan unggun api.

Di awal pagi, peserta berpeluang menunggang unta di kawasan gurun sambil menikmati keindahan gurun dan bukit pasir yang indah. Sekembali ke khemah dan menikmati sarapan sebelum daftar keluar dan meneruskan perjalanan melewati Er-Rachidia, Ziz Valley dan Ziz Gorges. Sepanjang perjalanan peserta dihidangkan keindahan Middle Atlas. Alami permandangan jurang dan gaung serta bentuk muka bumi yang terhasil dari pertembungan Ziz River dan Ziz Gorges. Perjalanan diteruskan merentasi Midelt dan Azrou yang terkenal dengan hutan sidir dan monyet liar. Perjalanan diteruskan ke Ifrane terkenal dengan jolokan Switzerland di Afrika) untuk bemalam.

Selepas sarapan, perjalanan diteruskan ke Meknes, kota Maulay Ismail dan juga dikenali sebagai satu dari empat kota diraja Morocco. Melawat Kota Imperial Meknes menjadi kota penting kerajaan Al Moravids. Ketahui sejarah dan kepentingan Pintu Bab Mansour, Mousaleum Moulay Ismail dan Grand Mosque of Meknes. Enjoy masa santai di Place Hedim. Kemudian, lawatan ke lokasi purba arkeologi, Volubilis. Satu masa dahulu ia adalah ibu negara Mauretania yang dipercayai wujud pada kurun ke 3 BC yang juga bandar penting dalam Empayar Roman, di mana kesan tinggalan arkieologi Roman yang masih dapat dilihat.

Bertolak ke Fes, kota yang dikenali sebagai ibu kota budaya bagi Maghribi. Ia terkenal dengan kota lama yang bertembok Fes El Bali dengan seni bina Marinid, pasar lama yang menjual pelbagai barangan serta cenderahati dan membawa kita ke zaman Hikayat Seribu Satu Malam. Bermalam di Fes.

Sarapan pagi di hotel kemudian peserta akan dibawa meneroka kota Fes sepanjang hari. Lawatan merangkumi Panoramic Fes-Fes al Bali, Medersa el Attarine, Tanneries, Bab Boujiloud, universiti Quranic Quaraouiyine dan Souk. Peserta juga diberi masa untuk meneroka kota lama ini. Bermalam di Fes.

Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan selama 4 jam lagi ke bandar biru, Chefchaouen antara lokasi tarikan pelancong di negara ini. Kota indah ini terletak di Pergunungan Rif, di bahagian barat laut Maghribi. Dikenali sebagai kota yang memiliki bangunan tradisional sesuai untuk lokasi rakaman gambar dan video kerana bangunan bewarna biru yang indah dengan latar belakang Pergunungan Rif. Selepas daftar masuk hotel, peserta boleh menghabiskan masa meneroka dan membeli cenderahati di kota itu.

Selepas sarapan, bergerak ke ibu negara Maghribi, Rabat. Lawatan di Rabat termasuk Kasbah of Udayas, Hassan Tower, Mausoleum of Mohammed V dan Chellah Kasbah. Perjalanan diteruskan ke Casablanca, bandar kedua terbesar di Maghribi dan bermalam.

Selesai sarapan, lawatan sehari di Casablanca bermula. Persinggahan pertama adalah di Masjid Hassan II yang terletak di tepi pantai. Ia adalah masjid terbesar di Maghribi dan salah satu yang terbesar di Afrika. Lawatan diteruskan ke Corniche, sebahagian daripada Ain Diab Corniche. Meneroka bangunan indah di kawasan Anfa dan Maari dengan gabungan moden dan stail Moorish pasti meninggalkan kenangan manis. Persinggahan selepas itu adalah di Square of Mohammed V dan Menara Hassan. Perjalanan diteruskan ke Quartier Habous, satu kawasan berdekatan Royal Palace of Casablanca. Kawasan ini adalah lokasi di mana bangunannya dibina di zaman penjajahan Perancis. Makan tengahari dan pesrta dibawa ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan ke balik ke Malaysia.

Rombongan tiba di Kuala Lumpur. Diharapkan peserta mendapat kenangan manis sepanjang lawatan.

SENARAI PENGINAPAN

BANDAR HOTEL* atau setara
Essaouira Hotel Maison Du Sud
Marrakesh Hotel Marrakesh Racine
Dades Valley Hotel Panorama Dades
Merzouga Night Desert Camp
Ifrane ZEPHYR Ifrane
Fes Riad Sara
Chefchaouen Hotel Chaouen

Jadual perjalanan di atas adalah untuk digunakan sebagai panduan, mungkin berubah sedikit

TERTAKLUK TERMA & SYARAT

FLIGHT DETAILS:

TK061       KULIST       2350 0620
TK617       ISTCMN     1100 1350
TK618      CMNIST      1530 2210
TK060      ISTKUL       0150 1700

NON - REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,000 / PER PERSON