Kunming • Lijiang • Jade Dragon Snow Mountain • Shangri-La • Dali • Shilin

Tour Code: W002

Terokai pesona Yunnan dengan penerbangan charter eksklusif! Dari Kunming – City of Eternal Spring ke Dali yang terkenal dengan Tasik Erhai, kemudian ke Lijiang Old Town (UNESCO) dengan panorama Gunung Jade Dragon. Alami syurga tersembunyi Shangri-La dengan Tiger Leaping Gorge dan prayer wheel terbesar dunia, sebelum menutup perjalanan di Yiliang yang sarat warisan Muslim dan Laluan Teh & Kuda. 🌏

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN (MIN)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2026
12/12 - 20/12 Winter 5,090 800 5,090 5,090 4,790 20 - 25 pax
29/12 - 6/1 Winter 5,090 800 5,090 5,090 4,790
2027
2/1 - 10/1 Winter 4,890 800 4,890 4,890 4,590 20 - 25 pax
9/1 - 17/1 Winter 4,890 800 4,890 4,890 4,590
16/1 - 24/1 Winter 4,890 800 4,890 4,890 4,590
13/3 - 21/3 Spring 4,890 800 4,890 4,890 4,590
18/3 - 26/3 Spring 4,890 800 4,890 4,890 4,590
1/4 - 9/4 Spring 4,890 800 4,890 4,890 4,590
8/4 - 16/4 Spring 4,890 800 4,890 4,890 4,590
15/4 - 24/4 Spring 4,890 800 4,890 4,890 4,590
24/4 - 2/5 Spring 4,890 800 4,890 4,890 4,590
1/5 - 9/5 Spring 4,890 800 4,890 4,890 4,590
22/5 - 30/5 Spring 4,890 800 4,890 4,890 4,590
5/6 - 13/6 Summer 4,890 800 4,890 4,890 4,590
19/6 - 27/6 Summer 4,890 800 4,890 4,890 4,590
3/7 - 11/7 Summer 4,890 800 4,890 4,890 4,590
10/7 - 18/7 Summer 4,890 800 4,890 4,890 4,590
17/7 - 25/7 Summer 4,890 800 4,890 4,890 4,590
7/8 - 15/8 Summer 4,890 800 4,890 4,890 4,590
14/8 - 22/8 Summer 4,890 800 4,890 4,890 4,590
DISKAUN SENIOR CITIZEN / LOYALTY - RM50/PAX DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX

Berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk urusan daftar masuk sebelum menaiki penerbangan Batik Air menuju ke Kunming, China.

Setibanya di Kunming pada awal pagi, bergerak ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.

Selepas sarapan, perjalanan diteruskan dengan menaiki kereta api laju menuju ke Lijiang.  Setibanya di Lijiang, kunjungi Black Dragon Pool Park, sebuah taman yang terkenal dengan suasana tenang dan pemandangan semula jadi berlatarbelakangkan pergunungan.

Pada sebelah petang, nikmati suasana Lijiang Old Town dan Square Street, kawasan kota lama yang dipenuhi lorong-lorong tradisional, kedai tempatan dan seni bina berkarakter.

Makan malam di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel untuk berehat. Bermalam di Lijiang.

Selepas sarapan, perjalanan hari ini membawa kita ke salah satu tarikan alam paling terkenal di Yunnan, Jade Dragon Snow Mountain.

Menaiki kereta kabel menuju ke Glacier Park untuk menikmati panorama pergunungan pada altitud tinggi. Lawatan diteruskan ke Blue Moon Valley dengan menaiki buggy, sebuah kawasan lembah yang terkenal dengan landskap pergunungan dan airnya yang indah.

Makan tengah hari secara packed meal akan disediakan sebelum menyaksikan Impression Lijiang Show, persembahan yang mengetengahkan budaya dan kehidupan masyarakat tempatan dengan latar semula jadi Jade Dragon Snow Mountain.

Selepas makan malam, kembali ke hotel untuk berehat. Bermalam di Lijiang.

Nota: Tiada restoran halal di kawasan pergunungan. Oleh itu makan tengah hari akan disediakan dalam bentuk packed lunch.

Selepas sarapan, meninggalkan Lijiang dan meneruskan perjalanan darat menuju ke Shangri-La. Dalam perjalanan, singgah di Burning Cream Center yang merupakan salah satu compulsory shopping stop dalam pakej.

Selepas makan tengah hari dan menunaikan solat, lawatan diteruskan ke Napa Hai Lake sebelum mengunjungi Tiger Leaping Gorge. Kemudahan eskalator disediakan untuk lawatan ke kawasan gaung yang terkenal dengan pemandangan dramatik pergunungan dan aliran sungainya.

Seterusnya, menerokai Dukezong Old Town, kota lama yang menjadi antara tarikan utama di Shangri-La. Makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel. Bermalam di Shangri-La.

Selepas sarapan, bertolak meninggalkan kawasan pergunungan Shangri-La menuju ke Dali.

Selepas makan tengah hari dan solat, kunjungi Village Mosque sebelum berpeluang mendekati kehidupan masyarakat Muslim tempatan melalui kunjungan ke sebuah keluarga Muslim.

Nikmati minum petang sambil mencuba aktiviti DIY Milk Fan, salah satu makanan ringan tempatan masyarakat Muslim di kawasan ini. Perjalanan diteruskan ke Dali Old Town dan Foreigner Street untuk menikmati suasana kota lama, sebelum singgah di Nanmen Mosque.

Makan malam di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel. Bermalam di Dali.

Selepas sarapan, mulakan lawatan di Dali dengan mengunjungi Xizhou Old Town sebelum meneruskan perjalanan ke Erhai Lake Ecological Corridor.

Selepas makan tengah hari dan solat, kunjungi kawasan yang dikenali sebagai Dali Santorini. Nikmati perjalanan dengan buggy serta tea break sambil menikmati suasana dan pemandangan kawasan sekitar.

Pada sebelah petang, bertolak dengan bas menuju ke Kunming. Setibanya di Kunming, makan malam di hotel sebelum daftar masuk dan berehat. Bermalam di Kunming.

Selepas sarapan, bertolak menuju ke Shilin. Setibanya di sana, makan tengah hari dan menunaikan solat sebelum singgah di Astaxanthin Factory, salah satu compulsory shopping stop dalam perjalanan ini.

Lawatan diteruskan ke Xinglin Stone Forest untuk melihat landskap formasi batuan yang menjadi tarikan utama kawasan Shilin. Peserta juga berpeluang menyertai aktiviti memetik buah sebelum kembali ke Kunming. (Mengikut musim & keadaan)

Setibanya di Kunming, masa bebas diberikan untuk membeli-belah di Luosiwan Wholesale Market. Makan malam di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel. Bermalam di Kunming.

Selepas sarapan, mulakan lawatan dengan mengunjungi Duonan Flower Market sebelum singgah di Silk Store, salah satu compulsory shopping stop yang termasuk dalam program perjalanan.

Selepas makan tengah hari, menunaikan solat di Shuncheng Mosque. Seterusnya, berjalan-jalan di Chongren Muslim Food Street untuk melihat suasana kawasan makanan masyarakat Muslim di Kunming.

Pada sebelah petang, kunjungi Golden Horse and Jade Rooster Archways, antara mercu tanda terkenal di bandar Kunming.

Perjalanan hari ini diakhiri dengan lawatan ke Nanqiang Night Market sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang pada awal pagi.

Menaiki penerbangan Batik Air dari Kunming menuju ke Subang. Tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan perjalanan tamat.

PENGINAPAN:

BANDAR BILANGAN MALAM
Kunming 3
Lijiang 2
Shangri-La 1
Dali 1

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERMA & SYARAT BERLAKU!

 

BUTIRAN PENERBANGAN: BATIK AIR (OD)

OD 696 SZB KMG  2140  0115+1

OD 697 KMG SZB  0215  0600

NON- REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,000 / SEORANG