Slovenia, Austria, Hungary, Slovakia, Poland, Germany, Republic Czech

5/5

Flight + Hotel + Tour + Half Board Halal

Kami mempunyai pilihan lawatan terbaik untuk Eropah Timur. Lawati bandar seperti Berlin, Vienna, Prague, Budapest dan negara seperti Jerman dan Poland. Semak lawatan kami!

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN (PAX)
SPECIAL! EARLY BIRD BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK - KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL (UP TO 5 YEARS)
2025
24/4 - 6/5 Spring 12,490 12,990 2,500 11,990 10,990 12 - 21
14/5 - 26/5 Spring 12,490 12,990 2,500 11,990 10,990
22/9 - 3/10 Autumn 12,490 12,990 2,500 11,990 10,990
14/10 - 26/10 Autumn 12,490 12,990 2,500 11,990 10,990
19/11 - 1/12 End Autumn 12,490 12,990 2,500 11,990 10,990
PROMOSI EARLY BIRD TERHAD KEPADA 10 PENDAFTAR YANG PERTAMA!
Surcharge RM500/ seorang untuk saiz kumpulan 9 - 11 pax
DISKAUN UNTUK SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM150/ SEORANG INSTANT CASHBACK REWARDS RM120 / SEORANG

Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas, daftar masuk dan berlepas.

Tiba di Vienna, terus ke Designer Outlet Parndorf untuk membeli belah pelbagai barangan berjenama. Dengan lebih 160 kedai, termasuk jenama fesyen antarabangsa, pakaian sukan, aksesori dan barangan rumah. Makan tengahari disini (kos sendiri).

Kemudiannya terus bertolak ke Budapest yang mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit. Bandar yang menawan ini terletak di tebing Sungai Danube yang romantik yang melibatkan dua kawasan yang dikenali sebagai kawasan Buda & Pest. Lawatan petang ini merangkumi Kawasan “Buda” iaitu Fisherman’s Bastion & Buda Castle.

Kemudian, daftar masuk hotel. Bermalam di Budapest. Makan malam disediakan bungkus.

Sarapan pagi di hotel. Kemudian, teruskan lawatan Budapest City Tour. Lawatan pagi ini akan merangkumi panoramic tour Heroes Square, Old Town & Grand Parliament. Nikmati masa santai membeli-belah souvenir di Market Hall. Makan tengah hari di restoran tempatan.

Kemudian, teruskan perjalanan ke sebuah bandar di utara Slovakia di kaki Gunung Tatras, terkenal dengan landskap menarik untuk bermalam. Masa santai di kawasan hotel dengan menikmati permandangan Bajaran Tatra.

Sarapan pagi dan daftar keluar. Kemudian, bertolak ke Zakopane, singgah sebentar di Ski Centrum Zdiar untuk hentian bergambar dengan pemandangan indah Banjaran Tatra. Tiba di Zakopane & nikmati masa lapang di Jalan Krupówki.

Kemudian, bertolak ke Krakow sambil menikmati pemandangan perkampungan serta banjaran Gunung Tatra yang indah. Tiba di Krakow, nikmati makan tengahari sebelum mulakan lawatan di sekitar bandar Krakow merangkumi Market Square, Istana Diraja, Katedral dan ‘Cloth Hall. Luangkan masa lapang anda di sekitar Bandar Lama Krakow. Bermalam di Krakow.

Selepas sarapan pagi, terus melawat salah satu tarikan pelancong terbesar di Poland dan disenaraikan UNESCO – The Wieliczka Salt Mines. Nikmati lawatan selama 2 jam.

Selepas makan tengahari, teruskan ke bandar Wroclaw dan kemudian nikmati lawatan berjalan kaki singkat di Wroclaw, bandar terbesar di Poland Barat. Ia terletak di tebing Sungai Oder dan terkenal dengan seni bina zaman pertengahan yang indah di Pekan Lama Wroclaw. Bermalam di Wroclaw.

Sarapan pagi, teruskan perjalanan ke arah timur Jerman, Taman Kromlau untuk melihat Rakotzbrücke (juga dipanggil Jambatan Devil) yang dibina khas pada pertengahan abad ke-19. Terkenal dengan seni bina jambatan bulat yang unik dan dianggap sebagai salah satu jambatan romantik tercantik di Eropah.

Teruskan perjalanan ke selatan menuju Hutan Spreewald ke pekan Lubbenau yang mempunyai perkampungan tradisional tanpa jalanraya. Nikmati perjalanan menaiki bot melalui terusan selama 1 jam untuk melihat perkampungan yang indah dengan laluan airnya. Anda akan mendengar sendiri kisah perkampungan ini dari ‘captain’ bot dayung. 

Teruskan perjalanan menuju Berlin untuk bermalam. Daftar masuk hotel dan berehat.

Sarapan pagi dan terus nikmati full day tour di Berlin. Dianggap sebagai salah satu bandar paling menarik di Eropah, kita akan mendengar daripada Local Guide tentang perkara yang menjadikan bandar ini begitu popular dan penting. Lawatan merangkumi bahagian bersejarah Perang Dingin seperti East Side Gallery, Tembok Berlin, Check Point Charlie & Brandenburg Gate. Kita juga akan ke ‘The Museum Island’ sebuah kompleks muzium di bahagian utara Pulau Spree yang menjadi pusat bersejarah yang paling banyak dikunjungi di ibu kota Jerman ini. Ia juga menjadi salah satu tapak muzium paling penting di Eropah. 

Pada sebelah petang, masa santai membeli belah di Hard Rock Café & Primark ZOOM di Berlin. Kemudian, terus kembali ke hotel.

Sarapan pagi dan bertolak ke Dresden bagi lawatan ke kota bersejarah yang dikenali sebagai bandar Saxony dimana pemerintahan diraja dengan istana serta gereja besar terserlah di tebing sungai. Nikmati masa santai melawat kawasan bersejarah seperti Zwinger, Frauenkirche & Semperoper.

Akhir sekali, kita ucapkan selamat tinggal kepada Jerman dengan menyeberang ke Republik Czech dan terus ke Prague. Tiba di Prague terus nikmati makan tengahari & solat jamak. Kemudian, mulakan lawatan ke Istana Prague yang indah (di luar). Istana Prague ialah tapak bersejarah yang besar di Prague, Republik Czech. Ia mempunyai banyak bangunan di dalamnya, seperti Katedral St. Vitus dan Istana Diraja Lama. Ia adalah tempat yang mesti dilihat di Prague yang penuh dengan seni bina dan sejarah yang indah. Kemudian, menyeberangi ‘Charles Bridge’, Jambatan Charles ialah jambatan lama yang terkenal dengan patung-patung dan pemandangan yang indah. Seterusnya, nikmati ‘River Cruise’ sepanjang Sungai Vlatava sambil melihat panorama ‘Old Prague’.

Akhir sekali, daftar masuk hotel dan bermalam di Prague.

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Mulakan lawatan harini ke bandar Prague – Menara Jam Astronomi yang merupakan merupakan salah satu jam astronomi yang berfungsi tertua di dunia dan Pusat Bandar Prague. Masa santai bagi peluang meneroka atau membeli cenderahati di Old Town. Makan tengahari dan solat jamak di sini.

Kemudian, bertolak ke Cesky Krumlov yang mengambil masa kira-kira 2 jam 30 min. Setiba di Cesky Krumlov, nikmati tour bersama local guide, mendaki ke Kompleks Istana Cesky Krumlov untuk melihat pemandangan bandar yang hebat. Anda akan mendengar cerita tentang sejarah Cesky Krumlov serta mitos istana yang diceritakan turun temurun.

Kemudian bertolak ke České Budějovice untuk bermalam.

Sarapan pagi di hotel dan kemudian daftar keluar. Bertolak ke Hallstatt yang juga dikenali sebagai salah satu kampung yang paling indah dan paling popular di Austria. Nikmati masa santai di Hallstatt, persekitaran bandar gunung yang unik di pinggir Hallstatter See. Lawatan santai sambil bergambar di tasik serta rumah unik di sini.

Makan tengahari dan solat di Bad Ischl. Kemudian, bertolak ke Bohinj untuk bermalam. Masa santai di Kawasan hotel.

Sarapan pagi di hotel, mulakan tour Bled dan Bohinj. Tasik Bohinj – tasik semula jadi terbesar di Slovenia yang terletak di lembah antara Taman Negara Triglav dan Julian Alps. Teruskan ke Tasik Bled, dianggap sebagai tasik paling popular dan indah di Slovenia (Pilihan: Istana Bled – Euro20/pax).

Teruskan perjalanan ke Ljubljana untuk lawatan orientasi singkat ke Jambatan Naga Art Nouveau, dinamakan dan dimodelkan sempena maskot bandar itu, naga. Teruskan bersantai di sepanjang sungai, ke Dataran Prešernov, selepas itu anda akan merentasi Jambatan Tiga, yang dicipta oleh arkitek terkenal Jože Plečnik.

Kemudian, bertolak ke Vienna untuk bermalam.

Selepas sarapan pagi terus enjoy ‘City Tour’ berkisar sejarah tentang Dinasti Habsburg di Vienna. Mulakan lawatan ke Istana Schönbrunn yang dianggap antara model Istana musim panas tercantik di Eropah. Kemudian, bersiar-siar dan berjalan kaki ke Old Town Vienna dan kagumi kompleks sejarah  seperti Hofburg Palace, Imperial Boulevards dan The State Opera House.

Kemudian bertolak ke Lapangan Terbang untuk penerbangan balik.

Tiba di Kuala Lumpur. Alhamdulillah.

Bandar Negara Hotel*/ Setara
Hungary Budapest Di Verdi Imperial Hotel
Slovakia Poprad Tatragolf Mountain Resort
Poland Krakow Metropolo Krakow by Golden Tulip
Poland Wroclaw Sleep Hotel
Germany Berlin Holiday Inn Berlin - City West, an IHG Hotel
Czech Republic Prague Iris Hotel Eden
Czech Republic Cesky Krumlov Clarion Congress Hotel
Slovenia Bled Hotel Bled
Austria Vienna Rainers Hotel Vienna

Jadual perjalanan di atas adalah untuk digunakan sebagai
panduan, mungkin berubah sedikit
TERTAKLUK TERMA & SYARAT

FLIGHT DETAILS (QR)

QR4990 KUL DOH  2120 2350
QR 189    DOH VIE   0210 0700
QR 184    VIE DOH    1620 2240
QR4991  DOH KUL   0250 1525

DEPOSIT

RM3,000 / PER PERSON