Slovenia, Austria, Hungary, Slovakia, Poland, Germany, Republik Czech

5/5
Klik pada gambar untuk besarkan

*Nota: Penerbangan & kadar harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis bergantung perubahan peserta & matawang semasa.

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas, daftar masuk dan berlepas ke Istanbul ETD2305 untuk penerbangan sambungan seterusnya. Tiba Lapangan Terbang Istanbul ETA0505.

Bertolak dari Istanbul ETD 0815 ke Vienna dan dijangka tiba di Vienna pada ETA0940, selepas selesai urusan daftar keluar rombongan akan terus bergerak ke Bandar Vienna. Program ‘City Tour’ berkisar sejarah tentang Dinasti Habsburg di Vienna. Mulakan lawatan bersiar-siar dan berjalan kaki ke Old Town Vienna dan kagumi kompleks sejarah  seperti Hofburg Palace, Imperial Boulevards dan The State Opera House. Bergerak untuk lawatan ke Istana Schönbrunn yang dianggap antara model Istana musim panas tercantik di Eropah. Program seterusnya adalah masa shopping santai di Parndorf Designer Outlet.  Solat jama’ di Parndorf Outlet. Bermalam di Vienna.

Old Town Vienna
Istana Schonbrunn

Parndorf Designer Outlet

Sarapan pagi dan daftar keluar. Bertolak ke Budapest. Tiba Budapest dan mulakan Budapest City Tour. Bandar yang menawan ini terletak di tebing Sungai Danube yang romantik yang melibatkan dua kawasan yang dikenali sebagai kawasan Buda & Pest. Lawatan akan merangkumi kawasan Old Town, Grand Parliament, Heroes Square, Fisherman’s Bastion & Buda Castle. Makan tengah hari dan nikmati masa santai di Budapest Shopping Street Area dan Budapest Hard Rock Cafe. Kemudiaanya program di Central Market Hall untuk aktiviti membeli-belah sebelum terus ke hotel untuk check in. Bermalam di Budapest.
Heroes Square
Fisherman’s Bastion
Central Market
Sarapan pagi dan daftar keluar. Teruskan perjalanan seterusnya ke Poprad sebuah bandar di utara Slovakia di kaki Gunung Tatras, terkenal dengan landskap menarik.  Makan tengahari & solat jama’ di Poprad.

Teruskan ke Krakow sambil menikmati pemandangan perkampungan serta banjaran Gunung Tatra yang indah. Kemudian, bertolak ke Zakopane sebuah bandar peranginan di selatan Poland. Nikmati masa lapang di Jalan Krupówki. Teruskan perjalanan ke arah Krakow untuk bermalam. *Hari yang panjang. 

Tatra Mountain View
Zakopane

Krakow City

Temui Local Guide untuk memulakan lawatan berjalan kaki Krakow merangkumi Market Square, Istana Diraja, Katedral dan ‘Cloth Hall. Luangkan masa lapang anda di sekitar Bandar Lama Krakow.

Makan tengah hari & solat jama’ sebelum terus melawat salah satu Tarikan Pelancong Terbesar di Poland dan DISENARAIKAN UNESCO – The Wieliczka Salt Mines. Nikmati lawatan selama 2 jam dengan local guide. Bermalam di Krakow.

Market Square Krakow
Royal Castle
Wieliczka Salt Mines

Selepas sarapan pagi, bergerak ke Kem Konsentrasi Auschwitz. Tiba di Auschwitz dan mulakan lawatan kem dengan local guide. Terus ke Memorial Auschwitz & Birkenau, sinonim dengan pembunuhan beramai-ramai dan Holocaust. (Auschwitz II), telah dipelihara dan dibuka untuk pelawat. Bertolak ke Katowice untuk makan tengahari & solat jama’.

Teruskan ke Wroclaw dan kemudian nikmati lawatan berjalan kaki singkat dari Wroclaw, bandar terbesar di Poland Barat. Ia terletak di tebing Sungai Oder dan terkenal dengan seni bina zaman pertengahan yang indah di Pekan Lama Wroclaw. Bermalam di Wroclaw.

Auschwitz Concentration Camps
Wroclaw City
Wroclaw

Teruskan perjalanan ke arah timur Jerman, Taman Kromlau untuk melihat Rakotzbrücke (juga dipanggil Jambatan Devil) yang dibina khas pada pertengahan abad ke-19. Terkenal dengan seni bina jambatan bulat yang unik dan dianggap sebagai salah satu jambatan tercantik di Eropah.

Bertolak ke Berlin dan nikmati lawatan Berlin. Dianggap sebagai salah satu bandar paling menarik di Eropah, kita akan mendengar daripada Local Guide tentang perkara yang menjadikan bandar ini begitu popular dan penting. Lawatan merangkumi bahagian bersejarah Perang Dingin seperti Tembok Berlin, Check Point Charlie, Brandenburg Gate dan Berlin Hard Rock Cafe. Akhir, bergerak untuk daftar masuk hotel dan berehat. Makan tengahari & solat Jama’ di Berlin.

Jambatan Devil
Brandenburg Gate
Hard Rock Café Berlin

Teruskan perjalanan ke selatan menuju Hutan Spreewald ke pekan Lubbenau yang mempunyai perkampungan tradisional tanpa jalanraya. Nikmati perjalanan bot terusan selama 45 minit untuk melihat perkampungan yang indah dengan laluan airnya. Anda akan mendengar sendiri kisah perkampungan ini dari ‘captain’ bot dayung.

Selepas itu, bertolak ke Dresden bagi lawatan seterusnya. Kota bersejarah ini dikenali sebagai bandar Saxony dimana pemerintahan diraja dengan istana serta gereja besar terserlah di tebing sungai. Enjoy masa membeli-belah serta makan di Centrum Galleria. Solat jama’ di Dresden. Akhir sekali, kita ucapkan selamat tinggal kepada Jerman dengan menyeberang ke Republik Czech dan terus ke Prague.

Berlin
Spreewald Boat Ride
Old Town Dresden

Sarapan pagi di hotel. Selepas itu, temui local guide dan nikmati lawatan persiaran komprehensif setengah hari anda. Lawatan ke Istana Prague yang indah (di luar), Jam Astronomi dan Pusat Bandar Prague. Kita juga akan menikmati ‘River Cruise’ sepanjang Sungai Vlatava sambil melihat panorama ‘Old Prague’. Menyeberangi ‘Charles Bridge’ sebelum anda diberikan masa santai bagi peluang meneroka atau membeli cenderahati di Old Town. Makan & solat sebelum bertolak ke Cesky Krumlov.

Prague Castle
Prague City Centre
Vltava River

Sarapan pagi di hotel, nikmati lawatan berjalan kaki singkat di bandar lama ini. Bersama local guide, mendaki ke Kompleks Istana Cesky Krumlov untuk melihat pemandangan bandar yang hebat. Anda akan mendengar cerita tentang sejarah Cesky Krumlov serta mitos istana yang diceritakan turun temurun.

Teruskan perjalanan ke Hallstatt, persekitaran bandar gunung yang unik di pinggir Hallstatter See. Hallstatt juga dikenali sebagai salah satu kampung yang paling indah dan paling popular di Austria. Nikmati lawatan santai sambil bergambar di tasik serta rumah unik di sini. Solat jama’ di Hallstatt. Teruskan ke Slovenia yang indah untuk bermalam di Bled.

Cesky Krumlov
Hallstatt
Hallstatt Village

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Temui local guide dan mulakan Lawatan Bled dan Bohinj. Tasik Bohinj – tasik semula jadi terbesar di Slovenia yang terletak di lembah antara Taman Negara Triglav dan Julian Alps. Teruskan ke Tasik Bled, dianggap sebagai tasik paling popular dan indah di Slovenia (Pilihan: Istana Bled – Euro10/pax).

Teruskan perjalanan ke Ljubljana untuk lawatan orientasi singkat ke Jambatan Naga Art Nouveau, dinamakan dan dimodelkan sempena maskot bandar itu, naga. Teruskan bersantai di sepanjang sungai, ke Dataran Prešernov, selepas itu anda akan merentasi Jambatan Tiga, yang dicipta oleh arkitek terkenal Jože Plečnik. Lewat petang bertolak ke Lapangan Terbang untuk penerbangan Istanbul ETD2000/ETA2315.

Lake Bohinj
Lake Bled
Ljubljana
Penerbangan TK 060 ke Kuala Lumpur ETD0130. Anggaran tiba Kuala Lumpur ETA1715. Alhamdulillah.

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN

Maklumat Penerbangan

TK  61      KULIST    2340 0620

TK1883    ISTVIE    0850 0915

TK1064    LJUIST    1950 0015

TK  60      ISTKUL    0135 1715

DEPOSIT: RM1000/Seorang*

Sebarang pertanyaan tentang pakej hubungi :