Terokai Keajaiban Yunnan
Terokai keindahan Yunnan melalui lawatan ke Kunming, Dali, Lijiang, Shangri-La, dan Dongchuan Redland di China. Kunming menawarkan pasar berwarna-warni dan kecantikan Tenom Batu. Di Dali, teroka sejarah di sekitar Tasik Erhai dan seni bina tradisional Bai. Lijiang memikat dengan Bandar Lama UNESCO, jalan batu, dan budaya Naxi yang kaya. Sertai pengembaraan ke Shangri-La dengan monasteri Tibet seperti Songzanlin. Jelajahi lanskap berwarna-warni Dongchuan Redland. Setiap destinasi menawarkan keajaiban budaya dan pemandangan semula jadi yang memukau, menjadikan lawatan ini pengalaman yang tak terlupakan di Yunnan, China.
- MAKLUMAT HARGA:
TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
SPECIAL! EARLY BIRD | BERDUA / BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK TANPA KATIL | |||
2024 | |||||||
20/8 - 29/8 | Summer | 6,150 | 6,290 | 700 | 5,890 | 5,690 | 15 - 25 |
18/10 - 27/10 | Autumn | 6,150 | 6,290 | 700 | 5,890 | 5,690 | |
8/11 - 17/11 | Autumn | 6,150 | 6,290 | 700 | 5,890 | 5,690 | |
6/12 - 15/12 | Winter | 6,150 | 6,290 | 700 | 5,890 | 5,690 | |
2025 | |||||||
16/2 - 25/2 | Winter | 6,150 | 6,290 | 700 | 5,890 | 5,690 | 15 - 25 |
18/4 - 27/4 | Spring | 6,150 | 6,290 | 700 | 5,890 | 5,690 | |
16/5 - 25/5 | Spring | 6,150 | 6,290 | 700 | 5,890 | 5,690 | |
30/5 - 8/6 | End Spring | 6,150 | 6,290 | 700 | 5,890 | 5,690 | |
PROMOSI EARLY BIRD TERHAD KEPADA 10 PENDAFTAR YANG PERTAMA! | |||||||
DISKAUN UNTUK SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM100/ SEORANG | INSTANT CASHBACK REWARDS RM60 / SEORANG |
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan KUL - KMG - KUL dengan 20 kg bagasi
- Penginapan Hotel 3 - 4 Bintang bertaraf tourist class
- Pengangkutan Bas Private
- Halal Full Board Meals
- Tiket Masuk Untuk Semua Lawatan Seperti Dalam Itinerari
- Perkhidmatan Tour Guide dari Malaysia dan Tour Guide Tempatan
- Tip untuk guide dan driver
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Insurans Perjalanan RM91 (AIG/COVID - umur 71 tahun ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Lawatan pilihan yang tidak termasuk dalam itinerari.
- Caj Tambahan Cuti Sekolah / Peak Season : RM 300/Person
- Perkara lain yang termasuk dalam itinerari.
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis sekiranya bilangan pax dikurangkan, ketersediaan tiket penerbangan/kelas dan disebabkan turun naik mata wang.
- PAKEJ ITINERARI
- HARI 1 : KUALA LUMPUR - KUNMING
Kita akan bertemu di KLIA untuk sesi taklimat dan proses check-in penerbangan ke Kunming. Penerbangan dijadualkan tiba di Kunming pada awal pagi. Setibanya di Dongchuan, kita akan terus check-in hotel dan berehat untuk mengumpulkan tenaga bagi perjalanan yang akan datang.
- HARI 2 : FOREST STONE - CHUXIONG (SP/MT/MM)
Selepas sarapan dan check-out dari hotel, kita akan bertolak ke Stone Forest, kawasan yang terkenal dengan formasi batu karst yang unik dan terbentuk lebih dari 270 juta tahun lalu.
Di sini, kita akan melihat pelbagai formasi bukit, gua, air terjun, dan sungai bawah tanah dalam taman negara seluas 1,100 km persegi ini.
Selepas lawatan di Stone Forest, kita akan meneruskan perjalanan ke Chuxiong. Setibanya di Chuxiong, kita akan melawat Yi Ancient Town sebelum check-in di hotel dan berehat.
- HARI 3 : LIJIANG TOUR (SP/MT/MM)
Selepas sarapan dan check-out, kita akan memulakan perjalanan ke Lijiang. Dalam perjalanan, kita akan berhenti di beberapa tempat menarik untuk bergambar.
Setibanya di Lijiang, kita akan melawat Lijiang Old City, Sifang Street, dan Black Dragon Pool yang berlatarbelakangkan Yulong Snow Mountain. Kemudian, kita akan check-in di penginapan dan berehat.
- HARI 4 : YULONG SNOW MOUNTAIN (SP/MT/MM)
Hari ini kita akan fokus melawat Yulong Mountain, juga dikenali sebagai Jade Dragon Snow Mountain. Kita akan melawat beberapa tarikan seperti Gaihaizi Scenic Area, White River, dan Blue Moon Valley. Selain itu, kita akan menaiki cable car untuk melihat Glacier Park.
Selepas itu, kita akan menonton persembahan Zhang Yimou Impression Lijiang yang memaparkan nyanyian dan tarian berlatarkan pemandangan semula jadi.
Pulang ke Lijiang dan masa bebas pada waktu malam.
- HARI 5 : LIJIANG - SHANGRI-LA (SP/MT/MM)
Selepas sarapan dan check-out, kita akan bertolak ke Shangri-La. Dalam perjalanan, kita akan singgah di Tiger Leaping Gorge, salah satu gaung sungai terdalam di dunia, dan First Bend of the Yangtze River.
Setibanya di Shangri-La, kita akan melawat Dukezong Ancient City yang mempunyai seni bina Tibet yang unik dan Guishan Park untuk melihat kehidupan serta kebudayaan masyarakat Tibet. Selepas itu, kita akan check-in dan berehat di hotel.
- HARI 6 : SHANGRI-LA - DALI TOUR (SP/MT/MM)
Selepas sarapan dan check-out, kita akan melawat Potatso National Park yang menempatkan lebih daripada 20% spesis tumbuhan di China dan 1/3 daripada keseluruhan spesis mamalia dan burung di negara tersebut.
Kemudian, kita akan meneruskan perjalanan ke Napa Grassland untuk melihat pemandangan padang rumput yang luas dengan latar belakang Napa Lake. Seterusnya, kita akan bertolak ke Dali dan melawat kawasan yang dikenali sebagai China’s Santorini yang berlatarbelakangkan Erhai Lake.
Selepas itu, kita akan berjalan-jalan sekitar Dali Ancient Town sebelum check-in di hotel dan berehat.
- HARI 7 : WEISHAN TOUR - DONGCHUAN (SP/MT/MM)
Selepas sarapan dan check-out, kita akan berhenti di viewspot untuk mengambil gambar Three Pagodas yang ikonik.
Seterusnya, kita akan bertolak ke Weishan City dan melawat Ludong Lotus Village, sebuah perkampungan komuniti Hui yang diasaskan sejak kurun ke-17. Di sini, binaan asal dari kayu dengan seni bina unik masih terjaga hingga kini.
Selepas itu, kita akan meneruskan perjalanan ke Dongchuan dan singgah di beberapa tempat cantik untuk bergambar sebelum check-in di hotel dan berehat.
- HARI 8 : DONGCHUAN REDLAND TOUR (SP/MT/MM)
Hari ini kita akan melawat Dongchuan Redland, kawasan pertanian tanah tinggi di utara Kunming yang terkenal dengan tanah subur berwarna merah.
Aktiviti pertanian di sini menghasilkan pemandangan yang sangat cantik dengan lereng bukit berperingkat dan berwarna-warni mengikut jenis tanaman.
Selepas tour, kita akan kembali ke Kunming. Pada waktu malam, kita akan bersiar-siar di Nanqiang Night Market, Jinbi Square, dan solat di Yongning Mosque sebelum kembali ke hotel untuk berehat.
- HARI 9 : KUNMING SHOPPING TOUR - DEPARTURE (SP/MT/MM)
Hari ini adalah hari yang dikhaskan untuk membeli-belah. Kita akan memulakan hari dengan melawat Luosiwan Wholesale Market yang menjual pelbagai barangan tempatan termasuk pakaian, ole-ole, dan makanan halal.
Seterusnya, kita akan ke Dounan Flower Market dan akhirnya ke Guandu Ancient Town yang mempunyai banyak kedai jalanan yang menjual pelbagai ole-ole. Selepas makan malam, kita akan kembali ke hotel untuk berehat.
Late check-out akan dilakukan pada jam 10 malam sebelum kita terus ke lapangan terbang untuk check-in.
- HARI 10 : DEPARTURE KUNMING - KUALA LUMPUR
Kita akan menaiki pesawat pulang pada awal pagi dan dijangka tiba di Malaysia sekitar jam 6-7 pagi.
Selamat pulang ke tanah air dengan kenangan indah bersama kami di Yunnan.
PENGINAPAN:
BANDAR | HOTEL* or similar |
---|---|
Kunming | Wanjin’an Hotel or similar |
Chuxiong | Dongbao Hotel or similar |
Lijiang | Manbohaoting Hotel or similar |
Shangri La | Salong Hotel or similar |
Dali | Qingchenshiguang Hotel or similar |
Dongchuan | Wangtong Hotel or similar |
Kunming | Xinshengda Hotel or similar |
The above itineraries are to be used as guide, may change slightly.
TERMS & CONDITIONS APPLY!
MAKLUMAT PENERBANGAN (AK) :
AK 103 KUL KMG 2130 0125
AK 104 KMG KUL 0230 0625
NON - REFUNDABLE DEPOSIT
RM1,000 / PER PERSON
PROGRAM HIGHLIGHTS:
- Dongchuan Redland
- Stone Forest
- Erhai Lake
- Ludong Lotus Village
- Xizhuo Village
- Dali Ancient Town
- Three Pagodas
- Potatso National Park
- Napa Grassland
- Bend Yangtze River
- Tiger Leaping Gorge
- Black Dragon Pool
- Blue Moon Valley
- Yulong Mountain
- Lijiang Dance Show
- Dali Santorini Villa