Bangkok - Ratchanaburi - Kanchanaburi

Kanchanaburi terletak di bahagian barat Thailand dan merupakan wilayah yang dipenuhi dengan budaya yang kaya dan sejarah yang menarik. Ini digabungkan dengan fakta bahawa ia mudah diakses dari Bangkok menjadikannya salah satu lokasi yang hebat untuk diterokai di Thailand.

TARIKH HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN
SPECIAL! EARLY BIRD BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2024
7/11 - 11/11 2,840 2,890 3,290 2,790 2,760 2,630 15-21 pax
21/11 - 25/11 2,840 2,890 3,290 2,790 2,760 2,630
28/11 - 2/12 2,840 2,890 3,290 2,790 2,760 2,630
1/12 - 5/12 2,840 2,890 3,290 2,790 2,760 2,630
3/12 - 7/12 2,840 2,890 3,290 2,790 2,760 2,630
7/12 - 11/12 2,740 2,790 3,190 2,790 2,650 2,550
Promosi Early Bird terhad kepada 10 pendaftar terawal
Diskaun untuk senior citizen (58 tahun & keatas) RM50/ seorang

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Bangkok.

Lawatan di Bangkok:
• Menyusuri sepanjang Chao Phraya River sambil menaiki bot persiaran Chao Phraya River Tourist Boat yang akan berhenti di beberapa jeti sepanjang sungai ini dan anda boleh hop on-hop off di jeti-jeti ini untuk melawat tarikan seperti Flower Market, Wat Arun dan China Town.

• Pelajari khasiat dan cara penghasilan madu lebah secara tradisional di Honeybee Farm & Gallery. Tetamu juga boleh membeli madu di sini untuk dibawa pulang.

• Masa bebas untuk membeli-belah dan bersiar-siar di ICONSIAM Shopping Mall yang terletak di sepanjang Chao Phraya River.

Bermalam di Bangkok.

Lawatan di Ratchaburi:-

• Maeklong Railway Market: Pasar yang unik dengan peniaga menjual barangan mereka di tepi rel keretapi dan akan mengalihkan barangan setiap kali keretapi lalu.

• Damnoen Saduak Floating Market: Pengalaman berharga menaiki sampan menyusuri terusan Damnoen Saduak yang menempatkan pasar terapung yang paling terkenal di dunia ini dan telah wujud sejak kurun ke-18 lagi.

Lawatan di Kanchanaburi:

• Merasai pengalaman berjalan dan bersiar-siar di jambatan kaca setinggi 12m, Skywalk Over The River Kwai sepanjang 150m yang di sepanjang tebing muara pertemuan 3 buah sungai.

Bermalam di Kanchanaburi.

• Berfoto di pokok gergasi berusia lebih 100 tahun sebesar pemeluk 10 orang, Giant Monkey Pod Tree.

• Death Railway Station: Melawat jambatan landasan keretapi merentasi River Kwai yang amat bersejarah dan terkenal dengan jolokan nama Death Railway kerana berpuluh ribu nyawa buruh paksa terkorban ketika laluan keretapi sepanjang 415km yang menghubungkan Thailand-Burma ini dibina.

• Merasai pengalaman bermakna dengan menaiki Classic Train Ride yang melalui sepanjang Death Railway dengan pemandangan damai River Kwai dan bukit-bukau.

• Isi masa terluang dengan membeli-belah di JJ Local Night Market, pasar malam yang menawarkan pelbagai jenis makanan jalanan, produk kecantikan, pakaian dan aksesori elektronik.

Bermalam di Kanchanaburi.

• Safari Park Kanchanaburi: Keunikan Safari Park ini adalah pelawat boleh memandu kereta sendiri atau menggunakan pengangkutan yang disediakan untuk mendekati dan melihat haiwan. Syurga bagi mereka yang gemar bergambar kerana anda boleh berjumpa dengan pelbagai haiwan daripada anak harimau sehinggalah gajah dan berpeluang memberi makan kepada zirafah dalam jarak dekat, selain pertunjukan buaya yang menarik.

Lawatan di Bangkok:
• Melihat cara pembuatan batu permata di Gems Factory.

• Erawadee Herb & Health Shop: Kilang yang menghasilkan ubatan tradisional yang diperbuat 100% dari herba semulajadi dan organi milik keluarga Diraja Thailand. Tetamu boleh mendapatkan pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan di sini.

• Masa bebas untuk membeli-belah barangan tempatan dan cenderamata di pasar malam terbuka One Ratchada Night Market yang menempatkan lebih 100 peniaga, selain menimati persembahan live muzik dan berfoto di beberapa spot yang menarik di sini.

Bermalam di Bangkok.

• Membeli makanan kering untuk dijadikan ole-ole di Bow Tip Thai Dried Food Store.

• Waktu bebas membeli belah di Pratunam Market yang merupakan kedai kain yang terbesar di Thailand.

Menaiki penerbangan pulang dan mendarat di KLIA Terminal 1.

PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL
Bangkok Madison Bangkok
Kanchanaburi Silver Gold River Kwae Kanchanaburi

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERMA & SYARAT BERLAKU!

 

BUTIRAN PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES (MH)

MH 784    KUL  BKK   0900  1015

MH 781     BKK  KUL   1940   2250

BUTIRAN PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES (MH)

MH 784    KUL  BKK   0900  1015

MH 781     BKK  KUL   2005   2320

DEPOSIT

RM1,000 / SEORANG