Seoul - Incheon - Chuncheon - Imjingak - Paju
Korea Selatan ialah tempat pelancongan untuk menemui budaya yang kaya dan unik, merasai masakan yang berperisa, serta menikmati fesyen dan kosmetik yang ternama.
Jom sertai kami untuk perjalanan “daebak” (hebat) ke Korea Selatan.
- SENARAI HARGA:
TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
SPECIAL! EARLY BIRD | BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | |||
2024 | ||||||||
7/11 - 12/11 | Autumn(AA) | 4,540 | 4,590 | 5,490 | 4,590 | 4,390 | 4,150 | 15 - 21 pax |
14/11 - 19/11 | Autumn(AA) | 4,540 | 4,590 | 5,490 | 4,590 | 4,390 | 4,150 | |
21/11 - 26/11 | Autumn(AA) | 4,540 | 4,590 | 5,490 | 4,590 | 4,390 | 4,150 | |
2/12 - 7/12 | Winter (AA) | 4,640 | 4,690 | 5,590 | 4,690 | 4,490 | 4,250 | |
6/12 - 11/12 | Winter (AA) | 4,640 | 4,690 | 5,590 | 4,690 | 4,490 | 4,250 | |
13/12 - 18/12 | Winter (AA) | 4,940 | 4,990 | 5,890 | 4,990 | 4,790 | 4,550 | |
14/12 - 19/12 | Winter (AA) | 4,940 | 4,990 | 5,890 | 4,990 | 4,790 | 4,550 | |
15/12 - 20/12 | Winter (AA) | 4,940 | 4,990 | 5,890 | 4,990 | 4,790 | 4,550 | |
Promosi Early Bird terhad kepada 10 pendaftar terawal | ||||||||
Diskaun untuk senior citizen (58 tahun & keatas) RM50/ seorang |
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Tiket masuk ke tempat lawatan: Nami Island, Soyanggang Skywalk dan Gyeongbokgung Palace.
- Pengangkutan feri ke Nami Island.
- Pengangkutan golf cart di Haneul Park.
- Visa Korea (untuk warganegara Malaysia sahaja)
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
- Tip tour leader dan tour guide dan pemandu bas persiaran
- PERCUMA!! FOLDABLE TRAVEL BAG
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Kos ujian antigen atau PCR COVID- 19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
- Insurans perjalanan RM90/seorang
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya bilangan pax dikurangkan dan disebabkan oleh turun naik mata wang.
- ITINERARI PAKEJ
- HARI 1: KUALA LUMPUR - INCHEON
• Berkumpul di KLIA Terminal 2 untuk menaiki penerbangan ke Incheon.
- HARI 2: INCHEON – CHUNCHEON (MT/MM)
Lawatan di Chuncheon:
• Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim.
• Soyanggang Skywalk: Rasai pengalaman berjalan kaki merentasi Uiamho Lake di atas jambatan berlantaikan kaca sepanjang 174m.
• Insadong Antique Street: Berjalan di tengah bandar Seoul di celah-celah lorong di mana pengunjung dapat merasai dan melihat budaya tradisional Korea secara dekat, sambil membeli-belah.
Bermalam di Seoul.
- HARI 3: IMJINGAK - PAJU – SEOUL (SP/MT/MM)
Lawatan di Imjingak:
• Bridge of Freedom: Jambatan kayu yang menjadi saksi pertukaran ribuan tawanan perang antara Korea Utara dan Selatan selepas berakhirnya Perang Korea.
• Nuri Peace Park: Taman ini diwujudkan pada tahun 2005 dengan pelbagai binaan dan seni bina artistik menunjukkan harapan bersatunya semula negara Korea Utara dan Korea Selatan satu hari nanti.
• La Provence Village: Perkampungan dengan seni bina berkonsepkan ala-ala Perancis ini merupakan tempat yang sempurna untuk spot foto Instagram.
• Majang Lake Suspension Bridge: Jambatan gantung ikonik sepanjang 220m merentasi Majang Lake dan juga terdapat menara tinjau setinggi 15m untuk menikmati pemandangan sekitar kawasan tasik ini.
Lawatan di Seoul:
• Eunpyeong Hanok Village: Perkampungan yang terletak di kaki Bukhansan Mountain ini adalah tempat yang terbaik untuk melihat bentuk rumah tradisional orang Korea 600 tahun dahulu.
• Membeli-belah di kawasan terkenal tengah bandar iaitu Dongdaemun Market dan Dongdaemun Design Plaza yang terkenal dengan rekabentuknya yang unik.
Bermalam di Seoul.
- HARI 4: SEOUL (SP/MT/MM)
Lawatan di Seoul:
• Gwanghwamun Gate: Pintu masuk utama ke istana dan jangan lepaskan peluang melihat upacara pertukaran pengawal yang dilakukan sejak dari tahun 1469 sehingga ke hari ini.
• Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Korea.
• National Folk Museum: Memaparkan pelbagai barangan tradisional orang Korea seperti pakalan, senjata, perkakasan, dan juga corak kehidupan mereka pada zaman dahulu.
• Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai jenis makanan jalanan, persembahan artis jalanan, dan kafe-kafe.
• Bersolat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan merupakan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul.
• Membeli-belah di Ginseng Center, Red Pine Tree Shop, dan Duty Free Shop.
• Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market dan Namdaemun Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.
• Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan Cheonggyecheon Stream sambil menonton persembahan lampu dan air yang terdapat di sepanjang sungai ini.
Bermalam di Seoul.
- HARI 5: SEOUL – INCHEON (SP/MT/MM)
Lawatan di Seoul:
• Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan merupakan lokasi terkenal untuk pelancong berfoto.
• Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di Gangnam, yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana kawasan ini dipenuhi dengan segala macam jenis butik pakaian berjenama dan berfoto dengan GangnamDols kumpulan K-Pop di K-Star Road.
• Melihat cara penghasilan rumpai laut di Seaweed Museum dan berfoto sambil memakai pakaian tradisional orang Korea, Hanbok.
• Membeli-belah di Amethyst Factory dan Cosmetic Shop.
• Hanuel Park: Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup Park ini merupakan lokasi terbaik untuk bergambar bagi foto Instagram dengan tumbuhan dan pokok-pokok di sekitarnya berubah ikut musim dan juga terdapat menara tinjau yang menawarkan pemandangan 360° kotaraya Seoul.
• Hongdae University Street: Bersiar-siar dan membeli cenderamata atau barangan kraftangan saat akhir di kawasan yang menjadi tumpuan para pelajar universiti.
Bermalam di Incheon.
- HARI 6: INCHEON - KUALA LUMPUR
Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur (tiba di KLIA Terminal 2).
PENGINAPAN:
CITY | HOTEL |
---|---|
Incheon | Rivera Arium Hotel |
Seoul | Seoul Golden City Hotel |
Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERMA & SYARAT BERLAKU!
BUTIRAN PENERBANGAN: AIR ASIA (AA)
D7 504 KUL ICN 2300 0630
D7 505 ICN KUL 0745 1335
BUTIRAN PENERBANGAN: AIR ASIA (AA)
D7 506 KUL ICN 0720 1450
D7 507 ICN KUL 1555 2145