Seoul - Incheon - Chuncheon
Korea Selatan ialah tempat pelancongan untuk menemui budaya yang kaya dan unik, merasai masakan yang berperisa, serta menikmati fesyen dan kosmetik yang ternama.
Jom sertai kami untuk perjalanan daebak (hebat) ke Korea Selatan.
- SENARAI HARGA:
TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
SPECIAL! EARLY BIRD | BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | |||
2024 | ||||||||
14/10 - 19/10 | Autumn | 4,240 | 4,290 | 5,190 | 4,240 | 4,090 | 3,890 | 15 - 21 pax |
14/11 - 19/11 | Autumn | 4,240 | 4,290 | 5,190 | 4,240 | 4,090 | 3,890 | |
Promosi Early Bird terhad kepada 10 pendaftar terawal | ||||||||
Diskaun untuk senior citizen (58 tahun & keatas) RM50/ seorang |
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Tiket masuk ke tempat lawatan: Nami Island, Soyanggang Skywalk dan Gyeongbokgung Palace.
- Pengangkutan feri ke Nami Island.
- Pengangkutan golf cart di Haneul Park.
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
- Tip tour leader dan tour guide dan pemandu bas persiaran.
- PERCUMA!! FOLDABLE TRAVEL BAG
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Kos ujian antigen atau PCR COVID- 19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
- Insurans perjalanan RM90/seorang
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya bilangan pax dikurangkan dan disebabkan oleh turun naik mata wang.
- ITINERARI PAKEJ
- HARI 1: KUALA LUMPUR - INCHEON
• Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Incheon.
- HARI 2: INCHEON – CHUNCHEON (MT/MM)
Lawatan di Chuncheon:
• Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim.
• Petite France: Taman tema gaya Perancis yang telah dibina pada Julai 2008. Konsep Petite France ialah ‘The Little Prince’, nikmati pelbagai pengalaman dan acara kebudayaan Perancis yang menarik bersama keluarga & rakan-rakan.
• Soyanggang Skywalk: Rasai pengalaman berjalan kaki merentasi Uiamho Lake di atas jambatan berlantaikan kaca sepanjang 174m.
• Gubongsan Observatory Cafe Street: Nikmati pemandangan panorama indah bandar Chuncheon berlatar belakang gunung, tasik, sungai, dan jambatan berkembar Soyang Bridge dari kawasan tinjau Gubongsan Mountain.
Bermalam di Seoul.
- HARI 3: SEOUL (SP/MT/MM)
Lawatan di Seoul:
• Gwanghwamun Gate: Pintu masuk utama ke istana dan jangan lepaskan peluang melihat upacara pertukaran pengawal yang dilakukan sejak dari tahun 1469 sehingga ke hari ini.
• Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Korea.
• National Folk Museum: Memaparkan pelbagai barangan tradisional orang Korea seperti pakalan, senjata, perkakasan, dan juga corak kehidupan mereka pada zaman dahulu.
• Bukchon Hanok Village: Memaparkan pelbagai barangan tradisional orang Korea seperti pakaian, senjata, perkakasan dan juga corak kehidupan mereka pada zaman dahulu.
• Membeli-belah di Ginseng Center, Red Pine Tree Shop, dan Duty Free Shop.
• Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market dan Namdaemun Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.
• Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan Cheonggyecheon Stream sambil menonton persembahan lampu dan air yang terdapat di sepanjang sungai ini.
Bermalam di Seoul.
- HARI 4: SEOUL (SP/MT/MM)
Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri pada hari ini seperti berhibur di Everland Theme Park, Lotte World atau menaiki keretapi subway bersiar-siar di kota Seoul.
- HARI 5: SEOUL - INCHEON (SP/MT/MM)
Lawatan di Seoul:
• Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan merupakan lokasi terkenal untuk pelancong berfoto.
• Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di Gangnam, yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana kawasan ini dipenuhi dengan segala macam jenis butik pakaian berjenama dan berfoto dengan GangnamDols kumpulan K-Pop di K-Star Road.
• Melihat cara penghasilan rumpai laut di Seaweed Museum dan berfoto sambil memakai pakaian tradisional orang Korea, Hanbok.
• Membeli-belah di Amethyst Factory dan Cosmetic Shop.
• Hanuel Park: Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup Park ini merupakan lokasi terbaik untuk bergambar bagi foto Instagram dengan tumbuhan dan pokok-pokok di sekitarnya berubah ikut musim dan juga terdapat menara tinjau yang menawarkan pemandangan 360° kotaraya Seoul.
• Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai jenis makanan jalanan, persembahan artis jalanan, dan kafe-kafe.
• Bersolat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan merupakan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul.
Bermalam di Incheon.
- HARI 6: INCHEON - KUALA LUMPUR
Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur (tiba di KLIA Terminal 1).
PENGINAPAN:
CITY | HOTEL |
---|---|
Incheon | Rivera Arium Hotel |
Seoul | Golden City Hotel |
Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERMA & SYARAT BERLAKU!
BUTIRAN PENERBANGAN: (MH)
MH 66 KUL ICN 2330 0710
MH 67 ICN KUL 1100 1635