TAIWAN
KAOHSIUNG – TAINAN – CHIAYI – ALISHAN – TAICHUNG – NANTOU – TAIPEI
Seluruh Taiwan dalam Satu Perjalanan: Mulakan Perjalanan Epik Yang Merangkumi Setiap Destinasi Utama di Pulau Luar Biasa Ini. Daripada Ibu Kota Budaya Taichung kepada Pemandangan Indah Alishan, dan Jalan-jalan Kaohsiung.
- SENARAI HARGA:
TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
SPECIAL! EARLY BIRD | BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | |||
2024 | ||||||||
23/10 - 29/10 | Autumn | 5,040 | 5,090 | 4,850 | 5,890 | 5,090 | 4,620 | 15 - 27 pax |
15/11 - 21/11 | Autumn | 5,240 | 5,290 | 6,090 | 5,040 | 5,290 | 4,790 | |
29/11 - 5/12 | Autumn | 5,240 | 5,290 | 6,090 | 5,040 | 5,290 | 4,790 | |
27/12 - 2/1 | Winter | 5,840 | 5,890 | 6,690 | 5,620 | 5,890 | 5,330 | |
Promosi Early Bird terhad kepada 10 pendaftar terawal | ||||||||
Diskaun untuk senior citizen (58 tahun & keatas) RM50/ seorang |
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan hotel 6 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Tiket masuk ke tempat lawatan : Alishan National Scenic Area, Formosa Aboriginal Cultural Village and Chihkan Tower.
- Pengangkutan kereta kabel di Formosa Aboriginal Cultural Village.
- Pengangkutan feri di Cijin Island
- Pengangkutan keretapi di Alishan National Scenic Area.
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
- Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Kos ujian antigen atau PCR COVID- 19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
- Insurans perjalanan.
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya bilangan pax dikurangkan dan disebabkan oleh turun naik mata wang.
- ITINERARI PAKEJ
- HARI 1: KUALA LUMPUR - KAOHSIUNG (MT/MM)
• Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Kaohsiung.
Lawatan di Kaohsiung:
• Hamasen Railway Cultural Park: Asalnya ia adalah stesen keretapi pertama di Kaohsiung, kini ia telah diubah menjadi muzium landasan keretapi. Ia telah dipulihara dengan baik dan masih boleh digunakan sehingga ke hari ini. Landasan ini juga bersambung ke Pier2 Art Center Layout.
• Asia New Bay Area: Adalah sebuah kawasan industri, pameran dan budaya digabungkan disini. Antara bangunan yang terkenal disini seperti Kaohsiung Music Center, Pier2 Art Center Layout dan Great Harbour Bridge.
• Dibina pada tahun 1949, berhenti untuk bersolat di Kaohsiung Mosque.
• Menyelami kesenian dan budaya negara Taiwan di Weiwuying Art Center & Art Village. Pelbagai lukisan, tarian, arca dan lain-lain lagi terdapat disini.
• Membeli-belah di Shinkuchan Night Market yang terdapat ratusan deret kedai berada disini.
•Bermalam di Kaohsiung.
- HARI 2: KAOHSIUNG - TAINAN - CHIAYI (SP/MT/MM)
Lawatan di Kaohsiung:
• Cijin Island: Nikmati keindahan di pualau kedua terkecil di kaohsiung, pelbagai aktiviti dan pemandangan dapat dilihat disini. Antara tempat terkenal disini seperti Cijin Old Street, Cijin Tunnel of Stars dan Cijin Seaside Park.
• Bergambar di Chimei Museum, sebuah muzium yang menampilkan corak neoclassical yang terdapat pada bangunan istana dan muzium sekitar Eropah.
• Singah solat di Tainan Mosque, yang telah berdiri sejak tahun 1996 hingga kini.
• Melawat ke perkampungan Jepun kuno: Hinoki Village, ianya mash terjaga dengan baik, dengan kolam indah terletak ditengah-tengah kompleks. Pelbagai kedai jualan juga terdapa disekitar sini.
•Bermalam di Chiayi
- HARI 3: CHIAYI - ALISHAN - TAICHUNG (SP/MT/MM)
Lawatan di Alishan:
• Alishan National Scenic Area: Melarikan diri ke kawasan hutan yang mengasyikkan dengan gunung-ganang diselimuti oleh awan, sambil menaiki keretapi lama yang masih digunakan semenjak zaman pemerintahan Jepun. juga bergambar di pohon Sacred Tree berumur lebih 3,000 tahun.
• Chukou Visitor Centre: Berehat sebentar untuk solat dan menikmati keindahan pokok berwarna merah jambu dan ungu sambil menghirup kopi dengan sedikit bayaran tambahan.
• Bermalam di Taichung.
- HARI 4: TAICHUNG - NANTOU - TAICHUNG (SP/MT/MM)
Lawatan di Nantou:
• Formosan Aboriginal Cultural Village: Melawat ke taman tema yang terkenal di Taiwan. Pelbagai jenis ride disediakan disini, atau rehatkan diri dan minda di Summer Palace, dengan pelbagai jenis bunga disusun dengan cantik dan indah sekali. Akhiri pengalaman dengan menaiki cable car menuju ke Sun Moon Lake dengan pemandangan menakjubkan.
• Menimba pengalaman merasai teh tradisi buatan orang taiwan yang diwarisi zaman berzaman di Tea Experience Centre.
• Membeli-belah pada malam hari di Fengjia Market yang merupakan antara kawasan tumpuan pelancong dan warga tempatan dengan pintu gerbangnya yang gemerlapan dan pelbagai barangan ada dijual.
- HARI 5: TAICHUNG - TAIPEI (SP/MT/MM)
• Masa bebas untuk bersiar-siar, berfoto dan menikmati pemandangan di Gaomei Wetlands. terdapat pelbagai jenis spesis burung yang jarang dilihat.
Ditambah lagi dengan barisan kincir angin sepanjang kawasan ini menjadikan
pemandangan ini adalah spot yang terbaik untuk foto Instagram dan penuh dengan
ketenangan.
• Pelajari cara pembuatan mee secara tradisional di Rolled Noodle DIY.
• Bersolat di Taipei Grand Mosque yang merupakan masjid yang tertua di Taiwan yang dibina pada 1948.
• Pelajari cara pembuatan kek tradisional di DIY Pineapple Cake.
- HARI 6: TAIPEI (SP/MT/MM)
• Yangmingshan Flower Clock: Belai diri dengan keindahan pelbagai jenis pokok bunga disusun seperti kebun bunga di negara Jepun.
• Melawat National Chiang Kai-shek Memorial Hall yang dibina pada 1980 bagi memperingati jasa mendiang bekas Presiden China itu dan di dataran Liberty Square sini juga terdapat
National Theater dan National Concert Hall.
• Jewelry and Creative Arts Center: Memaparkan pelbagai jenis ukiran yang unik dari pelbagai jenis sumber seperti batu jed, kristal dan juga kayu.
• Membeli-belah di Ximending Night Market yang terletak di kawasan Ximending Walking District. Pasar malam ini merupakan antara yang terkenal di Taiwan dan terdapat ratusan gerai dan kedai menjual pelbagai barangan.
Bermalam di Taipei.
- HARI 7 : TAIPEI - TAOYUAN - KUALA LUMPUR (SP)
• Taipei 101 Tower : Dahulunya merupakan menara yang tertinggi di dunia setinggi 508 nati keindahan pokok dan merupakan hub bagi Taiwan World dan ungu sambil Financial Center.
• Discovery Center of Taipei: Dari sebuah arkib untuk kerajaan, ia telah diubah menjadi muzium bandar didedikasikan kepada sejarah pembangunan Taipei. Pelbagai pameran dipertontonkan dari model tembok bandar, replika artikel penting dan lain-lain lagi.
• Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
• Tiba di KLIA Terminal 1
PENGINAPAN:
BANDAR | HOTEL |
---|---|
Kaohsiung | Kaohsiung A Hotel |
Chiayi | Renyi Lake Hotel |
Taichung | Stay Hotel |
Taipei | Guide Hotel Chongqing |
Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERMA & SYARAT BERLAKU!
BUTIRAN PENERBANGAN BATIK AIR :
OD 890 KUL KHH 0240 0645
OD 881 TPE KUL 1440 1930