VIETNAM ESCAPE
Tour Code: S004
Nikmati pengalaman ke Sapa, menaiki kereta kabel Mt. Fansipan serta pelayaran indah di Halong Bay, Vietnam.
Nikmati pengalaman 5 Hari 4 Malam Hanoi, Sapa, Mt. Fansipan dan Halong Bay yang menggabungkan keindahan pergunungan Vietnam Utara, perkampungan tradisional Sapa serta pelayaran indah di Halong Bay, destinasi Warisan Dunia UNESCO.
Pakej ini turut membawa peserta menikmati pengalaman menaiki kereta kabel ke Mt. Fansipan, melawat Cat Cat Village, Y Linh Ho Village serta menikmati panorama ikonik Halong Bay yang terkenal dengan pulau batu kapur dan laut hijau kebiruan.
- SENARAI HARGA:
| TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN (MIN) | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||||||||
| 2026 | ||||||||||||
| 30/7 - 3/8 | Summer | 3,190 | 500 | 3,390 | 2,750 | 3,060 | 15 - 20 pax | |||||
| 11/8 - 15/8 | Summer | 3,390 | 500 | 3,390 | 2,750 | 3,060 | ||||||
| 16/8 - 20/8 | Summer | 3,390 | 500 | 3,390 | 2,750 | 3,060 | ||||||
| 4/9 - 8/9 | Summer | 3,390 | 500 | 3,390 | 2,750 | 3,060 | ||||||
| 10/9 - 14/9 | Summer | 3,390 | 500 | 3,390 | 2,750 | 3,060 | ||||||
| 21/9 - 25/9 | Summer | 3,590 | 500 | 3,590 | 3,420 | 3,250 | ||||||
| 9/10 - 13/10 | Autumn | 3,390 | 500 | 3,390 | 3,230 | 3,060 | ||||||
| 2027 | ||||||||||||
| 10/1 - 14/1 | Winter | 3,390 | 500 | 3,390 | 3,230 | 3,060 | 15 - 20 pax | |||||
| 16/1 - 20/1 | Winter | 3,390 | 500 | 3,390 | 3,230 | 3,060 | ||||||
| 28/1 - 1/2 | Winter | 3,390 | 500 | 3,390 | 3,230 | 3,060 | ||||||
| DISKAUN SENIOR CITIZEN / LOYALTY - RM50/PAX | DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX | |||||||||||
- PAKEJ TERMASUK :
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan
- Penginapan hotel bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes)
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara
- Kereta kabel (2 hala) dan keretapi (1 hala) ke puncak gunung Fansipan
- Tiket bot Halong Bay
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
- Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional
- Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
- PAKEJ TIDAK TERMASUK :
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter
- Makan, minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan
- Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya berlaku pengurangan bilangan peserta, turun naik mata wang serta sebarang surcaj bahan api yang dikenakan oleh syarikat penerbangan.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1 : KUALA LUMPUR - HANOI - SAPA (MM)
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Hanoi sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Sapa, bandar kecil yang terkenal dengan suasana pergunungan dan udara nyaman di utara Vietnam.
Setibanya di Sapa, daftar masuk hotel dan berehat.
Bermalam di Sapa.
- HARI 2 : SAPA - CAT CAT VILLAGE - Y LINH HO (SP/MT/MM)
Lawatan hari ini dimulakan dengan meneroka Cat Cat Village, sebuah perkampungan tradisional yang telah wujud sejak abad ke-19 dan menjadi penempatan masyarakat etnik Hmong dan Red Dao di kawasan pergunungan utara Vietnam. Di sini, peserta berpeluang melihat sendiri budaya dan kehidupan masyarakat tempatan yang masih dipelihara sehingga hari ini.
Peserta turut dapat menikmati suasana kampung yang dikelilingi sawah padi bertingkat, aliran sungai serta rumah-rumah tradisional yang penuh karakter. Perjalanan diteruskan ke Cat Cat Waterfall yang menjadi antara lokasi terkenal di kawasan ini kerana suasana alam semula jadinya yang menenangkan.
Seterusnya, peserta akan dibawa ke Y Linh Ho Village, sebuah kawasan lembah indah yang terkenal dengan panorama gunung dan sawah padi bertingkat yang sangat cantik. Suasana di sini lebih tenang dan memberi peluang kepada peserta menikmati sisi asli perkampungan di kawasan tanah tinggi Vietnam.
Bermalam di Sapa
- HARI 3 : MT. FANSIPAN - HANOI (SP/MT/MM)
Hari ini peserta akan dibawa melawat Mt. Fansipan, puncak tertinggi di Indochina dengan ketinggian 3,143 meter dari aras laut. Gunung ini terkenal dengan panorama pergunungan yang menakjubkan serta suasana sejuk sepanjang tahun.
Peserta akan menikmati pengalaman menaiki kereta kabel dua hala menuju ke puncak sambil melihat pemandangan gunung-ganang dan lembah yang sangat memukau sepanjang perjalanan. Setibanya di atas, peserta juga akan menaiki keretapi gunung untuk menuju ke kawasan puncak Mt. Fansipan.
Selepas lawatan di Fansipan, perjalanan diteruskan kembali ke Hanoi. Dalam perjalanan, peserta akan singgah di Jambatan Long Bien yang bersejarah serta melihat Hanoi Ceramic Mosaic Wall yang terkenal dengan hasil seni mozek sepanjang hampir 4 kilometer yang menggambarkan budaya dan sejarah Vietnam.
Bermalam di Hanoi.
- HARI 4 : HANOI - HALONG BAY - HANOI (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, peserta akan bertolak menuju ke Halong Town sambil menikmati suasana kampung dan sawah padi luas di kawasan utara Vietnam sepanjang perjalanan.
Setibanya di Halong Bay, peserta akan menaiki bot untuk menikmati lawatan separuh hari di kawasan Teluk Halong yang terkenal sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kawasan ini cukup terkenal dengan ribuan pulau batu kapur yang seolah-olah terapung di atas laut hijau kebiruan dan sering dianggap antara pemandangan semula jadi paling cantik di Vietnam.
Sepanjang pelayaran, peserta akan berpeluang melihat Paradise Grotto yang dipenuhi pembentukan stalaktit dan stalagmit yang unik, singgah di Fisherman Village serta bergambar di Chicken-Kissing Rock yang menjadi antara formasi batu paling terkenal di Halong Bay.
Peserta juga boleh menikmati suasana santai sambil menikmati kopi Vietnam di atas bot dengan panorama indah Halong Bay sebagai latar belakang perjalanan.
Bermalam di Hanoi.
- HARI 5 : HANOI - KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel sebelum bertolak ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan membawa pulang pengalaman indah sepanjang percutian di Vietnam Utara.
PENGINAPAN:
| CITY | BILANGAN MALAM |
|---|---|
| Sapa | 2 |
| Hanoi | 2 |
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN
BUTIRAN PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES (MH)
MH 752 KUL HAN 0930 1200
MH 753 HAN KUL 1300 1740