NORTHERN VIETNAM

Vietnam Highlands: Vibrant cities and breathtaking mountain views.

Tour Code: S004

Hanoi, Sapa, dan Mt Fansipan adalah destinasi menarik yang menawarkan pengalaman unik. Mulakan perjalanan di Hanoi, ibu kota Vietnam yang kaya dengan sejarah dan budaya, dengan lawatan ke tempat bersejarah dan menikmati makanan tempatan yang terkenal. Seterusnya, nikmati kesejukan udara di Sapa yang dikelilingi oleh pemandangan alam yang menakjubkan, dengan sawah teres yang hijau. Akhir sekali, cabar diri anda untuk mendaki ke puncak Mt Fansipan, puncak tertinggi di Indochina, dan rasai pengalaman menakjubkan melihat pemandangan dari atas yang mengagumkan.

TARIKH HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN (MIN)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2026
1/10 - 5/10 2,990 500 2,990 2,850 2,700 15 - 20 pax
20/10 - 24/10 2,990 500 2,990 2,850 2,700
26/11 - 30/11 3,190 500 3,190 3,050 2,890
2027
8/1 - 12/1 3,190 500 3,190 3,050 2,890 15 - 20 pax
26/1 - 30/1 3,190 500 3,190 3,050 2,890
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / LOYALTY - RM50/PAX DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX

Berkumpul di KLIA untuk urusan daftar masuk sebelum menaiki penerbangan menuju ke Hanoi.

Setibanya di Hanoi, lawatan dimulakan dengan:

• Menikmati panorama sekitar pusat bandar Hanoi yang bersejarah, termasuk Opera House, Hoan Kiem Lake, The Huc Bridge dan Quan Chuong Gate.

• Mengunjungi Old Quarter (36 Ancient Streets), kawasan bersejarah yang terkenal dengan pelbagai hasil kraftangan tempatan. Setiap jalan mempunyai keistimewaan tersendiri dengan produk yang berbeza-beza.

• Membeli-belah di Dong Xuan Colorful Market. Ditubuhkan sejak tahun 1889, pasar tertutup terbesar di Hanoi ini mempunyai seni bina bercirikan Soviet dan menawarkan pelbagai barangan seperti buah-buahan segar, aksesori, pakaian, barangan elektronik serta keperluan rumah.

• Menunaikan solat di Al-Noor Mosque Hanoi, satu-satunya masjid yang terdapat di Hanoi.

Bermalam di Hanoi.

Selepas sarapan, bertolak menuju ke Sapa.

Lawatan di Sapa termasuk:

• Alpine Coaster Sapa – Menikmati pengalaman meluncur melalui laluan pergunungan sambil menyaksikan keindahan alam semula jadi Sapa.

• Rainbow Slide – Mencuba gelongsor berwarna-warni yang menyeronokkan dengan latar pemandangan pergunungan.

• Mengunjungi Moana Cafe Sapa yang menawarkan panorama pergunungan yang menarik dan merupakan antara lokasi popular untuk bergambar.

• Masa bebas untuk bergambar dan menikmati suasana sekitar Sapa Square dan Sun Plaza.

Bermalam di Sapa.

Lawatan dimulakan dengan mengunjungi Mt. Fansipan, gunung terkenal di Vietnam.

• Mt. Fansipan berketinggian 3,143 meter dan merupakan puncak tertinggi di Indochina. Pendakian ke puncaknya biasanya mengambil masa sekitar 10 hingga 12 jam bagi pendaki berpengalaman. Kawasan ini turut mempunyai kepelbagaian flora dengan lebih daripada 1,600 spesies tumbuhan unik.

• Menaiki kereta kabel dua hala selama kira-kira 15 minit sebelum meneruskan perjalanan dengan kereta api untuk sampai ke puncak Mt. Fansipan.

• Mengunjungi Cat Cat Village, sebuah perkampungan tradisional yang telah wujud sejak abad ke-19 apabila masyarakat Hmong dan Red Dao mula berhijrah ke utara Vietnam. Di sini terdapat beberapa rumah pameran yang memaparkan warisan dan peninggalan budaya penting masyarakat etnik tempatan.

• Meneruskan lawatan untuk menikmati keindahan Cat Cat Waterfall.

Penutupan Cable Car dan Train Funikular Nov – Jan 2026

Sun World Fansipan Legend Cable Car akan menutup sementara operasi sistem kereta kabel dan kereta api funikular bagi tujuan penyelenggaraan serta penambahbaikan perkhidmatan dan pengalaman pengunjung.

Sepanjang tempoh tersebut, lawatan akan digantikan dengan:

• Glass Bridge Sapa – Jambatan kaca unik yang terletak di kawasan puncak Gunung O Quy Ho. Pengunjung berpeluang berjalan di atas lantai kaca jernih sambil menikmati panorama gunung dan lembah yang menakjubkan, memberikan pengalaman seolah-olah berjalan di atas awan.

*Penutupan adalah tertakluk kepada pengumuman Sun World Fansipan.

Selepas sarapan, bertolak kembali ke Hanoi.

• Membeli-belah dan menikmati suasana di kawasan Old Quarter yang terletak berhampiran Ta Hien Street.

Bermalam di Hanoi.

Selepas sarapan, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

PENGINAPAN:

CITY BILANGAN MALAM
Hanoi 2
Sapa 2

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERMA & SYARAT BERLAKU!

BUTIRAN PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES (MH)

MH 752  KUL  HAN  0940  1210

MH 753  HAN  KUL  1300  1740

NON - REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,000 / SEORANG