HIGHLIGHTS OF UNITED KINGDOM - NETHERLANDS - BELGIUM - FRANCE
Tour Code: S002
Nikmati Keindahan Eropah – United Kingdom, Paris, Amsterdam & Brussels
Bersedia untuk jelajah 4 destinasi paling ikonik di Eropah – United Kingdom, Netherlands, Belgium & France – dalam satu trip padat tapi penuh kenangan!
Mulakan dengan vibe moden dan klasik London, terus ke Amsterdam yang unik dan meriah, nikmati coklat & seni bina memukau di Brussels, dan akhiri dengan momen indah di Kota Cinta, Paris. Bergambar di mercu tanda terkenal dunia, rasa sendiri makanan tempatan yang popular, dan alami pelbagai budaya dalam hanya 7 hari 5 malam!
- MAKLUMAT HARGA:
| TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/ BERTIGA | SINGLE | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||||||||
| 2026 | ||||||||||||
| 01/10 - 07/10 | Autumn (TK) | 8,390 | 2,000 | 8,390 | 8,060 | 7,570 | 20 - 21 pax | |||||
| 25/11 - 01/12 | Autumn (MH) | 8,590 | 2,000 | 8,590 | 8,250 | 7,750 | ||||||
| 08/12 - 14/12 | Winter (MH) | 8,990 | 2,000 | 8,990 | 8,640 | 8,110 | ||||||
| 17/12 - 23/12 | Winter (MH) | 8,990 | 2,000 | 8,990 | 8,640 | 8,110 | ||||||
| 2027 | ||||||||||||
| 26/01 - 01/02 | Winter (MH) | 8,490 | 2,000 | 8,490 | 8,160 | 7,660 | 20 - 21 pax | |||||
| 20/03 - 26/03 | Spring (MH) | 8,490 | 2,000 | 8,490 | 8,160 | 7,660 | ||||||
| DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / LOYALTY - RM50/PAX | DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX | |||||||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan hotel 5 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
- Sarapan pagi di hotel dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Tiket melawat galeri Gassan Diamonds
- Pengangkutan bot Canal Cruise Amsterdam
- Pengangkutan kapal dari Harwich ke Hook of Holland
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
- Tip untuk tour guide dan pemandu bas persiaran
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Insurans perjalanan RM115/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Visa UK ETA
- Aktiviti/lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam aturcara program
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk pakej jelajah Eropah.
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya bilangan pax dikurangkan dan disebabkan oleh turun naik mata wang.
- ITINERARI PAKEJ
- HARI 1: KUALA LUMPUR – LONDON (MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan menuju ke London. Transit di Istanbul bagi penerbangan Turkish Airlines sebelum meneruskan perjalanan ke ibu kota England.
Setibanya di London, peserta akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan berehat selepas perjalanan yang panjang. Bermalam di London.
- HARI 2: LONDON – HARWICH (SP/MM)
Selepas sarapan pagi, lawatan dimulakan di sekitar kota London yang penuh dengan sejarah dan mercu tanda ikonik dunia. Antara lokasi yang dilawati termasuk Buckingham Palace, istana rasmi keluarga diraja Britain yang terkenal dengan upacara pertukaran pengawal diraja. Peserta juga berpeluang bergambar di Victoria Memorial yang terletak di hadapan istana.
Lawatan diteruskan ke Palace of Westminster yang menempatkan Big Ben dan London Eye, diikuti Westminster Abbey, Trafalgar Square, Tower of London serta Tower Bridge yang cukup sinonim dengan kota London. Peserta turut dibawa melihat Downing Street, Houses of Parliament dan City Hall yang unik di tebing Sungai Thames.
Seterusnya, masa bebas diberikan untuk membeli-belah di Oxford Street yang terkenal dengan pelbagai gedung membeli-belah seperti Primark, Marks & Spencer dan Lilywhites. Peserta juga akan dibawa ke Battersea Power Station yang kini menjadi salah satu hotspot terbaru di London. Pada sebelah malam, perjalanan diteruskan menaiki kapal cruise dari Harwich menuju ke Hook of Holland untuk pengalaman bermalam di atas kapal.
- HARI 3: AMSTERDAM (SP/MM)
Setibanya di Belanda, peserta akan dibawa ke perkampungan tradisional Zaanse Schans yang terkenal dengan deretan kincir angin klasik Belanda. Di sini, peserta dapat melihat demonstrasi pembuatan terompah kayu tradisional di Wooden Shoe Workshop serta proses penghasilan keju di Cheese Farm Catharina Hoeve.
Lawatan diteruskan ke Fatih Mosque sebelum peserta dibawa melawat Gassan Diamonds untuk melihat proses pembuatan berlian. Peserta juga akan menikmati pengalaman Canal Cruise menyusuri terusan Amsterdam sambil melihat bangunan-bangunan klasik di sekitar kota ini.
Seterusnya, masa bebas diberikan di Damrak Square dan Kalverstraat untuk membeli-belah serta menikmati suasana kota Amsterdam. Bermalam di Amsterdam.
- HARI 4: AMSTERDAM - BRUSSEL - PARIS (SP/MM)
Khas Lawatan Bulan April:
-Khas bagi keberangkatan bulan April, peserta turut akan dibawa melawat Keukenhof Garden yang terkenal dengan jutaan bunga tulip berwarna-warni.
Perjalanan diteruskan menuju ke Brussels, Belgium. Peserta akan bergambar di Atomium, struktur ikonik yang dibina sempena Brussels World’s Fair 1958. Lawatan diteruskan ke Grand Place yang terkenal dengan seni bina klasik Eropah sebelum singgah di tugu lagenda Manneken Pis.
Peserta juga berpeluang mencuba waffle Belgium dan membeli coklat tempatan yang terkenal di sini. Seterusnya, perjalanan diteruskan menuju ke Paris, kota romantik yang cukup terkenal di dunia. Bermalam di Paris.
- HARI 5: PARIS (SP/MM)
Selepas sarapan pagi, lawatan dimulakan di sekitar kota Paris. Peserta akan dibawa ke Galeries Lafayette untuk membeli-belah sambil menikmati seni bina bangunan yang cukup mewah dan unik.
Seterusnya, peserta akan dibawa melihat beberapa mercu tanda terkenal Paris seperti Louvre Museum, Les Invalides dan Palais Garnier. Lawatan diteruskan ke Arc de Triomphe yang dibina sebagai simbol penghormatan kepada pejuang Perancis serta Eiffel Tower yang menjadi ikon utama kota Paris.
Peserta juga akan dibawa melawat Grand Mosque Paris sebelum kembali ke hotel untuk berehat. Bermalam di Paris.
- HARI 6: PARIS - KUALA LUMPUR
Selepas sarapan pagi, peserta akan bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Transit di Istanbul bagi penerbangan Turkish Airlines.
- HARI 7: KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan indah sepanjang perjalanan menjelajah 4 negara Eropah bersama MyZarra Travel.
SENARAI PENGINAPAN: HOTEL 3/4*
| BANDAR | BILANGAN MALAM |
|---|---|
| London | 1 |
| Hook of Holland (cruise) | 1 |
| Amsterdam | 1 |
| Paris | 2 |
Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERTAKLUK TERMA & SYARAT!
BUTIRAN PENERBANGAN: TURKISH AIRLINES (TK)
TK63 KUL IST 0950 1540
TK1983 IST LHR 1900 2100
TK1830 CDG IST 0720 1200
TK62 IST KUL 1650 0810+1
BUTIRAN PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES (MH)
MH04 KUL LHR 0950 1635
MH21 CDG KUL 1125 0610+1