Snow & Ice Experience • Muslim-Friendly Journey

Tour Code: W002

Jelajahi keindahan musim sejuk Harbin melalui Ice & Snow World, Snow Town yang mempesona, panorama bersalji Yabuli serta tarikan ikonik bandar Harbin dalam satu perjalanan winter yang penuh pengalaman.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN (MIN)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2026
22/12 - 29/12 Winter (QW) 6,590 1,000 6,590 6,590 6,290 20 - 24 pax
24/12 - 31/12 Winter (QW) 6,590 1,000 6,590 6,590 6,290
29/12 - 5/1 Winter (QW) 6,590 1,000 6,590 6,590 6,290
2027
11/1 - 18/1 Winter (QW) 6,590 1,000 6,590 6,590 6,290 20 - 24 pax
18/1 - 25/1 Winter (QW) 6,590 1,000 6,590 6,590 6,290
27/1 - 3/2 Winter (QW) 6,590 1,000 6,590 6,590 6,290
DISKAUN SENIOR CITIZEN / LOYALTY - RM50/PAX DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX

Berkumpul di KLIA2 untuk urusan daftar masuk sebelum menaiki penerbangan Qingdao Airlines menuju ke Qingdao, China.

Setibanya di lapangan terbang, bertemu wakil tempatan sebelum dihantar ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.

Daftar keluar hotel pada awal pagi dan bertolak ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan menuju ke Harbin. Setibanya di lapangan terbang, bertemu wakil tempatan dan memulakan perjalanan di bandar yang terkenal dengan suasana musim sejuk.

Singgah di Winter Clothes Shop untuk membuat persediaan pakaian musim sejuk sebelum makan tengah hari. Seterusnya, daftar masuk hotel dan diberikan masa untuk berehat serta menunaikan solat.

Pada sebelah petang, melawat Central Street, antara kawasan tumpuan utama di Harbin yang terkenal dengan suasana klasik, deretan bangunan menarik serta pemandangan bandar yang lebih meriah pada musim sejuk. Selepas makan malam, kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi, mulakan lawatan sekitar Harbin dengan mengunjungi Saint Sophia Cathedral Square, salah satu mercu tanda terkenal di bandar ini. Perjalanan diteruskan ke Stalin Park dan Flood Control Memorial Tower, kawasan tepi Sungai Songhua yang menjadi antara lokasi popular untuk menikmati panorama musim sejuk Harbin.

Seterusnya, singgah di Songhua River Bridge sebelum melihat Giant Snowman di Music Park, tarikan bermusim yang menampilkan binaan manusia salji bersaiz gergasi dan menjadi antara lokasi bergambar yang menarik ketika musim sejuk.

Selepas makan tengah hari dan menunaikan solat, kunjungi Harbin Ice & Snow World, antara tarikan utama musim sejuk Harbin yang terkenal dengan binaan ais dan salji berskala besar serta pencahayaan yang menarik pada waktu malam. Selepas selesai lawatan, kembali ke hotel untuk berehat.

Selepas sarapan pagi, bertolak menuju ke China Snow Town dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 5 jam 30 minit hingga 6 jam. Setibanya di sana, nikmati suasana perkampungan musim sejuk yang diselaputi salji sebelum meneroka kawasan Snow Town menggunakan buggy.

Lawatan diteruskan ke Xueyun Street, kawasan utama Snow Town yang dikelilingi rumah-rumah bersalji, sebelum singgah di Fairy Tale Post Office. Kemudian, berjalan melalui Bangchui Mountain Observation Walkway untuk menikmati pemandangan Snow Town dan landskap musim sejuk dari kawasan yang lebih tinggi.

Pada waktu petang hingga malam, berpeluang menyaksikan parade, persembahan YangKo Dance dan Disco Dancing, tertakluk kepada aturan pihak kawasan tarikan. Selepas selesai aktiviti, daftar masuk ke homestay dan bermalam di Snow Town.

Nota: Tiada restoran halal di Snow Town. Oleh itu, makanan akan disediakan dalam bentuk packed food.

Selepas sarapan pagi, daftar keluar dan meninggalkan Snow Town untuk meneruskan perjalanan menuju ke Yabuli. Setibanya di kawasan Yabuli Ski Resort, nikmati pemandangan Daguo Kui Mountain yang dikelilingi landskap pergunungan bersalji. Kawasan ini merupakan antara destinasi musim sejuk terkenal di Harbin dan menawarkan panorama salji yang menarik untuk bergambar. (Aktiviti bermain ski tidak termasuk.)

Selepas selesai lawatan di Yabuli, perjalanan diteruskan kembali ke Harbin. Setibanya di bandar, melawat Chinese Baroque Historical Block, sebuah kawasan bersejarah yang menampilkan deretan bangunan klasik dengan gabungan unsur seni bina China dan Eropah.

Selepas selesai lawatan, kembali ke hotel untuk berehat dan bermalam di Harbin.

Selepas sarapan pagi, mulakan lawatan dengan singgah di Local Wholesale Market, lokasi yang menawarkan pelbagai barangan tempatan dan sesuai untuk membeli-belah secara santai. Seterusnya, nikmati makan tengah hari sebelum menunaikan solat di masjid.

Perjalanan diteruskan ke Siberian Tiger Park, salah satu tarikan terkenal di Harbin yang menempatkan harimau Siberia. Nikmati pengalaman menaiki kenderaan khas di dalam kawasan taman untuk melihat haiwan ini dari jarak yang lebih dekat.

Sebelum kembali ke hotel, singgah untuk sesi bergambar di Harbin Grand Theatre, sebuah mercu tanda moden Harbin yang terkenal dengan reka bentuk seni binanya yang unik dan futuristik.

Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel dan luangkan masa untuk membeli-belah di Harbin Sunac Mall, sebuah kompleks membeli-belah moden yang menawarkan pelbagai pilihan kedai serta barangan tempatan dan antarabangsa.

Selepas makan malam di restoran, bertolak ke lapangan terbang Harbin menuju ke Qingdao. Setibanya di Qingdao, daftar masuk hotel dan berehat.

Pada waktu pagi, daftar keluar hotel dan bertolak ke lapangan terbang untuk urusan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Tamatlah perjalanan musim sejuk di China dan selamat kembali ke tanah air dengan membawa pulang kenangan indah sepanjang percutian.

PENGINAPAN:

BANDAR BILANGAN MALAM
Harbin 5
Qingdao 2

Jadual perjalanan ini disediakan sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.

Tertakluk kepada terma & syarat.

BUTIRAN PENERBANGAN: QINGDAO AIRLINES (QW)

QW908  KUL  TAO  1700  2300

QW9793  TAO  HRB  0635  0845

QW9794  HRB  TAO  2230  0055+1

QW907  TAO  KUL  0920  1600

BUTIRAN PENERBANGAN: QINGDAO AIRLINES (QW)

QW908  KUL  TAO  1700  2300

QW9793  TAO  HRB  0700  0905

QW9794  HRB  TAO  1450  1705

QW907  TAO  KUL  0920  1600

NON- REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,000 / SEORANG