Central Vietnam Escapade

Tour Code: S004

Gabungan bandar moden, old town penuh karakter & pengalaman cable car ikonik di Vietnam Tengah.

Nikmati pengalaman yang luar biasa di Da Nang, Hoi An dan Bana Hill. Nantikan pelbagai aktiviti dan lokasi yang akan memenuhi waktu cuti anda bersama keluarga dan teman-teman.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN (MIN)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2026
7/8 - 10/8 Summer 2.490 500 2,490 2,370 2,250 15 - 19 pax
18/8 - 21/8 Summer 2,490 500 2,490 2,370 2,250
23/8 - 26/8 Summer 2,490 500 2,490 2,370 2,250
4/9 - 7/9 Summer 2,490 500 2,490 2,370 2,250
10/9 - 13/9 Summer 2,490 500 2,490 2,370 2,250
25/9 - 28/9 Summer 2,490 500 2,490 2,370 2,250
1/10 - 4/10 Autumn 2,590 500 2,590 2,470 2,340
9/10 - 12/10 Autumn 2,590 500 2,590 2,470 2,340
22/10 - 25/10 Autumn 2,590 500 2,590 2,470 2,340
12/11 - 15/11 Autumn 2,690 500 2,560 2,690 2,430
20/11 - 23/11 Autumn 2,690 500 2,690 2,560 2,430
27/11 - 30/11 Autumn 2,690 500 2,690 2,560 2,430
2027
5/1 - 8/1 Winter 2,690 500 2,690 2,560 2,430 15 - 19 pax
6/1 - 9/1 Winter 2,590 500 2,590 2,470 2,340
30/1 - 2/2 Winter 2,590 500 2,590 2,470 2,340
DISKAUN SENIOR CITIZEN / LOYALTY - RM50/PAX DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX

Perjalanan dimulakan dengan penerbangan menuju ke Da Nang, bandar pesisir Vietnam yang terkenal dengan gabungan suasana moden, pantai yang cantik dan tarikan ikonik yang semakin popular dalam kalangan pelancong Asia.

Setibanya di Da Nang, peserta akan dibawa menikmati suasana bandar dengan lawatan santai ke beberapa mercu tanda terkenal seperti Dragon Bridge, jambatan berbentuk naga yang menjadi simbol kebanggaan bandar ini terutama apabila disinari lampu LED pada waktu malam.

Peserta juga akan singgah di Dragon Carp Statue dan Love Lock Bridge yang terletak di tepi Sungai Han sambil menikmati suasana petang Da Nang yang tenang dan lively. Kawasan ini sering menjadi lokasi pilihan pelancong untuk berjalan santai dan mengambil gambar dengan latar belakang bandar moden Vietnam.

Bermalam di Da Nang.

Note: Makan tengahari akan disediakan sekiranya ketibaan penerbangan adalah sebelum jam 12.00 tengah hari.

Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan menuju ke Ba Na Hills — antara destinasi paling terkenal di Vietnam yang terletak sekitar 1,500 meter dari aras laut. Kawasan ini mula dibangunkan oleh penjajah Perancis sebagai lokasi rehat kerana cuacanya yang nyaman dan sejuk sepanjang tahun.

Peserta akan menikmati pengalaman menaiki kereta kabel Ba Na Hills yang terkenal sebagai antara cable car paling ikonik di dunia sambil melihat panorama gunung dan hutan menghijau sepanjang perjalanan menuju ke puncak. Setibanya di atas, peserta berpeluang menikmati suasana ala Eropah di French Village yang dipenuhi bangunan klasik, kafe dan lorong-lorong unik yang menjadikan kawasan ini sangat popular untuk bergambar. 

Perjalanan diteruskan ke Golden Bridge, jambatan emas terkenal yang dipegang oleh dua tangan batu gergasi sambil menikmati panorama pergunungan yang menakjubkan. Peserta juga akan berpeluang bersiar-siar di Le Jardin D’Amour, taman bunga gaya Perancis yang penuh warna-warni dan sering menjadi lokasi pilihan pelancong untuk menikmati suasana nyaman Ba Na Hills. 

Selain itu, peserta turut boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik di Fantasy Park, taman tema indoor yang menawarkan pelbagai permainan dan hiburan untuk semua peringkat umur. Sebelum pulang ke Da Nang, peserta juga akan singgah di Bamboo Shop untuk melihat pelbagai hasil kraftangan dan produk tempatan berasaskan buluh yang unik. 

Bermalam di Da Nang.

Hari ini peserta akan dibawa menuju ke Hoi An, bandar warisan yang terkenal dengan suasana klasik, bangunan berwarna kuning dan lorong-lorong lama yang penuh karakter.

Dalam perjalanan, peserta akan singgah di Non Nuoc Stone Village untuk melihat hasil kraftangan marmar yang dihasilkan oleh penduduk tempatan sejak turun-temurun.

Pengalaman diteruskan dengan menaiki Basket Boat di Bay Mau Coconut Forest. Peserta akan menyusuri laluan sungai sambil menikmati persembahan “Basket Dance” serta demonstrasi menangkap ikan menggunakan jala tradisional Vietnam. 

Seterusnya, peserta akan dibawa meneroka Old Quarter Hoi An yang terkenal sebagai bandar perdagangan penting Asia Tenggara suatu ketika dahulu. Hingga hari ini, suasana klasik bandar lama ini masih terpelihara dengan cantik dan menjadikan Hoi An antara bandar paling charming di Vietnam.

Sebelum pulang ke Da Nang, peserta turut mempunyai masa bebas untuk membeli-belah di Da Nang Market serta bersantai di My Khe Beach sambil menikmati suasana pantai dan matahari terbenam. 

Bermalam di Da Nang.

Selepas sarapan pagi, peserta akan dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan membawa pengalaman indah sepanjang perjalanan di Da Nang, Hoi An dan Ba Na Hills.

PENGINAPAN:

CITY BILANGAN MALAM
Danang 3

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN

BUTIRAN PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES (MH)

MH 746  KUL  DAD  0835  1025

MH 747  DAD KUL  1125  1520

BUTIRAN PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES (MH)

MH 748  KUL  DAD  1200  1340

MH 749  DAD KUL  1440  1835

NON - REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,000 / SEORANG