VIETNAM ISLAND

Tour Code: S004

Phu Quoc: A Tropical Paradise with Stunning Beaches, Clear Waters & a Relaxing Getaway in Vietnam!

Phu Quoc, pulau tropika Vietnam, terkenal dengan pantai berpasir putih, air jernih, dan makanan laut segar. Nikmati keindahan alam, terokai pasar malam, atau naik kereta kabel untuk pemandangan memukau. Percutian santai yang sempurna menanti anda di sini!

TARIKH HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2026
17/9 - 20/9 3,090 400 3,090 2,940 2,790 15 - 20 pax
01/10- 04/10 3,090 400 3,090 2,940 2,790
2027
28/01 - 31/01 3,090 400 3,090 2,940 2,790 15 - 20 pax
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / LOYALTY - RM50/PAX DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX

*Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya berlaku pengurangan bilangan peserta, turun naik mata wang serta sebarang surcaj bahan api yang dikenakan oleh syarikat penerbangan.

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Phu Quoc, pulau tropika terbesar di Vietnam yang terkenal dengan pantai berpasir putih, air laut yang jernih dan pelbagai tarikan moden bertaraf antarabangsa.

Setibanya di Phu Quoc, lawatan dimulakan dengan singgahan di Bamboo Shop, sebuah pusat kraftangan tempatan yang menghasilkan pelbagai produk unik berasaskan buluh dan kelapa seperti hiasan rumah, aksesori serta cenderamata.

Perjalanan diteruskan ke Pearl Farm, lokasi yang terkenal dengan perusahaan mutiara tempatan. Di sini peserta berpeluang melihat sendiri proses penghasilan mutiara serta memilih pelbagai koleksi barang kemas yang dihasilkan daripada mutiara asli.

Menjelang malam, masa bebas diberikan untuk menikmati suasana Phu Quoc Night Market, destinasi popular yang dipenuhi pelbagai pilihan makanan tempatan, cenderamata dan produk pulau yang menjadi tarikan utama pengunjung.

Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat. Bermalam di Phu Quoc.

Selepas sarapan pagi, peserta akan menikmati hari yang penuh dengan aktiviti di kawasan hiburan terbesar di Pulau Phu Quoc.

Lawatan dimulakan di VinSafari, taman safari terbesar di Vietnam yang menempatkan pelbagai spesies haiwan dari seluruh dunia dalam habitat yang menyerupai persekitaran semula jadi. Peserta juga berpeluang menyaksikan persembahan haiwan serta meneroka kawasan zoo yang luas.

Perjalanan diteruskan ke VinWonders Phu Quoc, taman tema bertaraf antarabangsa yang menawarkan pelbagai permainan, roller coaster, pertunjukan secara langsung, akuarium serta tarikan air yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Menjelang petang, peserta dibawa ke Grand World Phu Quoc, sebuah bandar pelancongan moden yang terkenal dengan seni bina berinspirasikan bandar-bandar terkenal dunia. Peserta boleh menikmati suasana sekitar Venice Canal, Shanghai Lantern Street, Clarke Quay Light Dome, Welcome Center serta kawasan yang dihiasi ribuan batang buluh yang menjadi antara lokasi fotografi paling popular di pulau ini.

Selepas makan malam, kembali ke hotel untuk berehat. Bermalam di Phu Quoc.

Selepas sarapan pagi, peserta akan memulakan lawatan ke Pulau Hon Thom, antara destinasi paling terkenal di selatan Phu Quoc.

Pengalaman dimulakan dengan menaiki Sun World Hon Thom Cable Car, salah satu kereta kabel merentasi laut terpanjang di dunia yang menawarkan panorama laut biru, pulau-pulau tropika dan pesisir pantai yang cukup memukau sepanjang perjalanan.

Setibanya di Hon Thom, peserta akan menikmati masa di Aquatopia Water Park, taman tema air yang menampilkan pelbagai gelongsor, kolam ombak dan permainan air bertaraf antarabangsa yang sesuai untuk seisi keluarga.

Pada sebelah petang, perjalanan diteruskan ke Sunset Town, kawasan pelancongan baharu yang terkenal dengan seni bina bergaya Mediterranean. Peserta berpeluang bergambar di Kiss Bridge, jambatan ikonik yang direka dengan dua struktur yang hampir bertemu di tengah laut, sebelum meneroka Roman Square, dataran yang dihiasi bangunan klasik Eropah dan menjadi antara lokasi fotografi paling popular di Phu Quoc.

Menjelang malam, peserta mempunyai masa bebas untuk menyaksikan pertunjukan muzik air dan bunga api, bergantung kepada jadual persembahan semasa.

Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat. Bermalam di Sunset Town.

Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, peserta bertolak ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan membawa pulang pengalaman menikmati keindahan Pulau Phu Quoc, taman tema bertaraf dunia serta panorama Laut Vietnam yang mempesonakan.

PENGINAPAN:

BANDAR BILANGAN MALAM
Phu Quoc 3

Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.

TERTAKLUK TERMA & SYARAT

JADUAL PENERBANGAN AIRASIA (AK):

AK 545  KUL PQC  1245 1335

AK546  PQC KUL  1405 1655

NON-REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,000 / SEORANG