Ho Chi Minh City adalah kota terbesar di Vietnam dan pusat ekonomi, budaya, dan sejarah bagi negara ini. Manakala, Da Lat adalah kota yang terletak di Dataran Tinggi Tengah Vietnam dan dikenal sebagai “Kota Bunga”. Kedua-dua lokasi ini merupakan tarikan pelancong yang harus dilawati!!💐💐🇻🇳🇻🇳
- SENARAI HARGA:
| TARIKH | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN (MIN) | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||||
| 2026 | ||||||||
| 20/6 - 24/6 | 2,190 | 500 | 2,190 | 2,080 | 1,980 | 15 - 25 pax | ||
| 25/6 - 29/6 | 2,190 | 500 | 2,190 | 2,080 | 1,980 | |||
| 6/8 - 10/8 | 2,290 | 500 | 2,290 | 2,180 | 2,060 | |||
| 20/8 - 24/8 | 2,290 | 500 | 2,290 | 2,180 | 2,060 | |||
| 10/9 - 14/9 | 2,290 | 500 | 2,290 | 2,180 | 2,060 | |||
| 19/9 - 23/9 | 2,290 | 500 | 2,290 | 2,180 | 2,060 | |||
| 23/9 - 27/9 | 2,290 | 500 | 2,290 | 2,180 | 2,060 | |||
| 8/10 - 12/10 | 2,390 | 500 | 2,390 | 2,280 | 2,160 | |||
| 15/10 - 19/10 | 2,390 | 500 | 2,390 | 2,280 | 2,160 | |||
| 29/10 - 2/11 | 2,390 | 500 | 2,390 | 2,280 | 2,160 | |||
| 9/11 - 13/11 | 2,390 | 500 | 2,390 | 2,280 | 2,160 | |||
| 26/11 - 30/11 | 2,390 | 500 | 2,390 | 2,280 | 2,160 | |||
| 7/12 - 11/12 | 2,490 | 500 | 2,490 | 2,370 | 2,250 | |||
| 9/12 - 13/12 | 2,490 | 500 | 2,490 | 2,370 | 2,250 | |||
| 10/12 - 14/12 | 2,490 | 500 | 2,490 | 2,370 | 2,250 | |||
| DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / DISKAUN LOYALTY - RM50/PAX | ||||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Pengangkutan kereta jeep di Padang Pasir, Mongoland & Alpine Rollercoaster, Cable Car Robinhill dan Flower Garden.
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
- Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
- PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Optional Tour: Sungai Mekong RM120/Person.
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR - HO CHI MINH - DALAT (MT/MM)
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Ho Chi Minh dan bertolak ke Dalat.
Tiba di Dalat:
• Membeli-belah di Dalat Night Market yang terkenal di Dalat. Pasar malam ini dipenuhi dengan gerai berwarna-warni yang menjual pelbagai makanan ringan tempatan, buahan segar, pakaian dan cenderahati.
Bermalam di Dalat
- HARI 2: DALAT (SP/MT/MM)
Lawatan di Dalat:
• Clay Tunnel: Dibina pada tahun 2010, terowong ini dipenuhi dengan ukiran struktur binaan menggunaan tanah liat. Peserta boleh melihat pelbagai ukiran unik seperti bentuk haiwan, kapal terbang, keretapi dan lain-lain.
• Mongoland: Rasai pengalaman “Mini Mongolia” di pergunungan Dalat, penuh spot foto Instagrammable, landskap jijau luas dan aktiviti mesra keluarga. Rsai pengalaman Rainbow Slide yang menyeronokkan – gelongsor warna-warni terbesar di Dalat, sesuai untuk semua peringkat usia.
• Datanla Waterfall: Rasai pengalaman menarik dengan menaiki kereta kabel untuk sampai ke air terjun. Sambil berehat melihat keindahan air terjun, peserta juga boleh menikmati kopi segar di cafe berhampiran.
• Robinhill Cable Car: Menaiki cable car dari Robin Hill pada ketinggian sekitar 1,500 meter dari aras laut. Peserta dapat menikmati permandangan hutan pine dan bandar Dalat dari udara yang memukau.
• Dalat Flower Garden: Taman bunga ini mempunyai keluasan 7000-meter persegi dan mempunyai lebih 300 spesis bunga hidup yang sangat cantik, menjadi destinasi wajib untuk mereka yang bercuti ke Dalat.
• Amiee Dalat: Membeli belah di sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis pakaian muslimah seperti telekung, tudung dan pakaian harian.
Bermalam di Dalat
Bermula April 2026 (SP/MM):
• Lawatan ke Crazy House akan digantikan dengan pengalaman menaiki Cable Car menuju ke Robin Hill. Perjalanan sejauh 2 kilometer ini mengambil masa kira-kira 22 minit, sambil menikmati pemandangan semula jadi yang menakjubkan di sepanjang laluan udara tersebut.
- HARI 3: DALAT - MUI NE - HO CHI MINH (SP/MT/MM)
Lawatan di Muine:
• Mui Ne Sand Dunes: Tempat ini menjadi tarikan pelancong untuk bersantai dan menikmati pengalaman menaiki jeep atas pasir. Padang pasir ini memiliki dua kawasan terdiri daripada Bukit Pasir Merah dan Bukit Pasir Putih. Bukit Pasir Merah terkenal dengan pasir berwarna merah dan oren, menghasilkan landskap yang menyerupai padang pasir, manakala Bukit Pasir Putih pula lebih besar dan agak jauh dari bandar Mui Ne.
• Pulang ke Ho Chi Minh dan melalui kawasan Fisherman Village. Tempat ini merupakan kawasan persisiran laut yang menjual pelbagai jenis ikan dan hidupan laut yang lain.
• Lawatan ke Bamboo Shop, sebuah kedai seni yang menampilkan pelbagai produk kraftangan berasaskan buluh dan kelapa seperti cawan, lampu hiasan dan perhiasan rumah yang unik serta mesra alam.
Bermalam di Ho Chi Minh.
- HARI 4: FREE & EASY DI HO CHI MINH (SP)
Tetamu bebas melakukan aktiviti sendiri seperti membeli-belah di Ben Thanh Market dan kawasan sekitarnya yang terkenal dengan pelbagai barangan tempatan, cenderamata, pakaian serta makanan ringan tradisional.
Lawatan tambahan (pilihan):
🛶 Sungai Mekong – RM120 seorang
• Termasuk: pengangkutan, khidmat pemandu pelancong, air mineral, makan tengah hari, bot, sampan, madu teh dan buah-buahan tempatan.
• Tidak termasuk tipping untuk aktiviti menaiki sampan.
Bermalam di Ho Chi Minh.
- HARI 5: HO CHI MINH - KUALA LUMPUR (SP)
• Membeli belah saat akhir di sekitar kawasan Ben Thanh Market. Disini juga terdapat jalan yang dikenali sebagai Malaysian Street yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia. Jalan ini menjual pelbagai baju, kain, telekung, kain dan lain-lain. Selain itu, di jalan ini juga terdapat banyak restoran menjual makanan yang dijamin halal.
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang
PENGINAPAN:
| BANDAR | HOTEL | BILANGAN MALAM |
|---|---|---|
| Dalat | Queen Villa | 2 |
| Ho Chi Minh | Aluna Hotel | 2 |
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN
BUTIRAN PENERBANGAN : MALAYSIA AIRLINES (MH)
MH 750 KUL SGN 0900 1000
MH 759 SGN KUL 1640 1940