TAIWAN

Tour Code: S006

Taipei’s city vibes, Alishan’s scenic trails, and Sun Moon Lake’s peaceful allure await you!

Tasik Sun Moon: Sebuah tempat ajaib di mana matahari dan bulan menari bersama dalam harmoni, mencerminkan ketenangan di permukaan air yang tenang. Dikelilingi oleh gunung-gunung hijau dan kuil-kuil kuno, destinasi yang damai ini menangkap keindahan semula jadi dan ketenangan.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2026
29/5 - 2/6 Spring (MH) 4,290 900 4,290 4,080 3,860 15 - 25 pax
12/6 - 16/6 Summer (MH) 4,290 900 4,290 4,080 3,860
25/9 - 29/9 Autumn (MH) 4,090 900 4,090 3,890 3,690
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) RM50/PAX

Berkumpul di terminal KLIA1 untuk menaiki penerbangan ke Taipei.

Lawatan di Taichung:
• Gaomei Wetlands: Masa bebas untuk bersiar-siar, berfoto dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Gaomei Wetlands. Ditambah lagi dengan barisan kincir angin sepanjang kawasan ini menjadikan pemandangan ini adalah spot yang terbaik untuk foto Instagram dan penuh dengan ketenangan.

Bermalam di Chiayi.

Lawatan di Alishan:

• Alishan National Scenic Area: Melarikan diri kke kawasan hutan yang mengasyikkan dengan gunung-ganang diselimuti oleh awan, sambil menaiki keretapi lama yang masih digunakan semenjak zaman pemerintahan Jepun. juga bergambar di pohon Sacred Tree berumur lebih 3,000 tahun.

• Menimba pengalaman merasai teh tradisi buatan orang taiwan yang diwarisi zaman berzaman di Tea Experience Centre.

• Chukou Visitor Centre: Berehat sebentar untuk solat dan menikmati keindahan pokok berwarna merah jambu dan ungu sambil menghirup kopi dengan sedikit bayaran tambahan.

• Wenhua Shopping District: Kawasan membeli-belah utama di Chiayi yang menawarkan pelbagai kedai dan makanan, sesuai untuk membeli-belah dan menikmati suasana bandar.

• Bermalam di Chiayi

Lawatan di Nantou:

• Xiangshang Visitor Centre: Bangunan yang direka bentuk seperti lengan manusia yang memeluk bumi. Di samping itu, tetamu boleh menikmati dan mengambil foto pemandangan indah Sun Moon Lake dari atas kanopi gergasi.

• Menikmati keindahan Sun Moon Lake dengan menaiki bot persiaran melihat keindahan tasik semulajadi ini yang dikeliling pergunungan hutan hijau yang berbentuk bulan di satu bahagian dan berbentuk matahari. Satu pengalaman yang menakjubkan untuk berfoto bersama teman. 

• Membeli-belah di Ximending Night Market yang terletak di kawasan Ximending Walking District. Pasar malam ini merupakan antara yang terkenal di Taiwan dan terdapat ratusan gerai dan menjual pelbagai barangan .

• Bermalam di Taipei.

Lawatan di Yehliu:

• Yehliu Geo Park: Kawasan yang terletak di pantai utara Taiwan ini terkenal dengan tarikan formasi batuan yang unik seakan sarang madu lebah dan cendawan, spot yang sempurna untuk foto tetamu melawat Taiwan. Formasi batuan yang paling terkenal di sini ialah Queen’s Head dan Dragon’s Head. Di sini juga terdapat pelbagai jenis spesis burung yang jarang dilihat.

Lawatan di Taipei:

• Menyelusuri tarikan yang terdapat di bandar lama Jiufen Old Street yang berinspirasikan seni bina Jepun seperti kedai cenderamata, kedai makanan ringan tradisi, dan juga mengambil gambar di viewpoint laut.

• Melawat Taiwan Cultural & Creative Arts Center yang memaparkan pelbagai jenis ukiran yang unik dari pelbagai jenis sumber seperti batu jed, kristal dan juga kayu.

• Bersolat di Taipei Grand Mosque yang merupakan masjid yang tertua di Taiwan yang dibina pada 1948.

Bermalam di Taipei.

• Melawat National Chiang Kai-Shek Memorial Hall yang dibina pada 1980 bagi memperingati jasa mendiang bekas Presiden Taiwan itu dan di dataran Liberty Square sini juga terdapat National Theater dan National Concert Hall.

• Shilin Residence Garden: Lawatan ke taman yang mempunyai pelbagai bentuk unik untuk bergambar disini.

• Pelajari cara pembuatan kek tradisional di DIY Pineapple Cake.

Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di KLIA1 / KLIA2.

PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL atau setara* BILANGAN MALAM
Chiayi Renyi Lake Hotel 2
Taipei Delight Hotel 2

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERMA & SYARAT BERLAKU!

 

BUTIRAN PENERBANGAN MALAYSIA AIRLINES (MH) :

MH 366   KUL TPE   0915  1410

MH 367   TPE KUL   1510 2000

NON- REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,000 / SEORANG