NORTHERN VIETNAM

Tour Code: S004

Vietnam Highlands: Vibrant cities and breathtaking mountain views.

Hanoi, Sapa, dan Mt Fansipan adalah destinasi menarik yang menawarkan pengalaman unik. Mulakan perjalanan di Hanoi, ibu kota Vietnam yang kaya dengan sejarah dan budaya, dengan lawatan ke tempat bersejarah dan menikmati makanan tempatan yang terkenal. Seterusnya, nikmati kesejukan udara di Sapa yang dikelilingi oleh pemandangan alam yang menakjubkan, dengan sawah teres yang hijau. Akhir sekali, cabar diri anda untuk mendaki ke puncak Mt Fansipan, puncak tertinggi di Indochina, dan rasai pengalaman menakjubkan melihat pemandangan dari atas yang mengagumkan.

TARIKH HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN (MIN)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2026
16/7 - 20/7 2,790 500 2,790 2,650 2,510 15 - 25 pax
7/8 - 11/8 2,790 500 2,790 2,650 2,510
5/9 - 9/9 2,990 500 2,890 2,840 2,690
10/9 - 14/9 2,990 500 2,890 2,840 2,690
1/10 - 5/10 2,890 500 2,890 2,750 2,600
10/10 - 14/10 2,890 500 2,890 2,750 2,600
30/10 - 03/11 2,890 500 2,890 2,750 2,600
28/11 - 2/12 3,090 500 3,090 2,950 2,790
07/12 - 11/12 3,090 500 3,090 2,950 2,790
15/12 - 19/12 3,090 500 3,090 2,750 2,790
DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / DISKAUN LOYALTY RM50/PAX

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Hanoi.

Tiba di Hanoi:
• Melawat ke pusat bandar Hanoi dan berhenti bergambar di bangunan bersejarah iaitu Opera House, Hoan Kiem Lake, The Huc Bridge dan O Quan Chuong Gate.

• Old Quarter (36 Ancient Streets): Jalan bersejarah yang menjual pelbagai kraftangan tempatan. Setiap jalan di sini menjual produk unik yang berbeza dengan kedai dari jalan yang lain.

• Membeli belah di Dong Xuan Colorful Market: Ditubuhkan sejak tahun 1889, bangunan dengan gaya seni bina Soviet ini juga adalah pasar tertutup yang terbesar di Hanoi. Antara barangan lain yang dijual di sini adalah buah-buahan segar, aksesori, pakaian, barangan elektronik dan perkakasan rumah.

• Bersolat di Al-Noor Mosque Hanoi yang merupakan satu-satunya masjid yang ada di Hanoi.

Bermalam di Hanoi.

Bertolak menuju ke Sapa.

Lawatan di Sapa:

• Alpine Coaster Sapa – Pengalaman meluncur di lorong gunung sambil menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah di sekitar Sapa.

• Rainbow Slide – Gelongsor berwarna-warni yang menyeronokkan dengan latar belakang pemandangan pergunungan yang menarik.

• Moana Cafe Sapa – Kafe terkenal yang menawarkan pemandangan gunung yang menakjubkan serta menjadi lokasi popular untuk mengambil gambar.

• Sapa Square & Sun Plaza – Masa bebas untuk bersiar-siar dan bergambar di sekitar kawasan ikonik Sapa Square dan bangunan Sun Plaza yang terkenal.

Bermalam di Sapa.

• Mt. Fansipan berketinggian 3,143 meter, puncak tertinggi Indochina ini boleh ditakluk dalam masa 10- 12 jam oleh para pendaki gunung yang handal. Di sini juga anda dapat menikmati keajaiban flora dengan lebih daripada 1,600 spesis tumbuhan yang unik.

• Peserta akan menaiki kereta kabel dua hala dalam perjalanan selama 15 minit, kemudian menaiki keretapi untuk sampai ke puncak Mt. Fansipan.

• Masa bebas untuk berfoto di Sapa Square dan Sun Plaza.

• Melawat ke Cat Cat Village. Perkampungan tradisional ini wujud sejak abad ke-19 semasa ramai keluarga berketurunan Hmong dan Red Dao berpindah ke utara Vietnam. Anda juga dapat menemui beberapa rumah terbuka yang digelar sebagai rumah pameran yang mempamerkan peninggalan budaya yang penting buat etnik-etnik tempatan di Cat Cat.

• Teruskan perjalanan untuk melihat keindahan Cat Cat Waterfall.

Bermalam di Sapa.

Bertolak ke Hanoi.
• Masa bebas untuk membeli belah di Night Market Old Quarter yang terletak di Ta Hien Street.

Bermalam di Hanoi

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

PENGINAPAN:

CITY BILANGAN MALAM
Hanoi 2
Sapa 2

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERMA & SYARAT BERLAKU!

BUTIRAN PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES (MH)

MH 752  KUL  HAN  0940  1210

MH 753  HAN  KUL  1300  1740