Jelajah Kota Bersejarah & Alam Semula Jadi
Tour Code: W002
Changsha • Fenghuang • Furong • Zhangjiajie
Bayangkan berdiri di depan barisan gunung yang unik dan berkabus, seolah-olah terapung di udara. Inilah Zhangjiajie – lokasi asal inspirasi filem Avatar. Udara segar, pemandangan luar biasa, dan pengalaman berjalan di jambatan kaca paling tinggi di dunia pasti buat anda rasa lain daripada biasa.
Perjalanan diteruskan ke Fenghuang, sebuah bandar purba yang tenang di tepi sungai, penuh suasana klasik dan budaya tradisional. Dari alam semula jadi yang memukau ke jejak sejarah yang damai — ini adalah gabungan destinasi yang cukup sempurna untuk anda rehat, jelajah dan ambil angin baru.
- SENARAI HARGA:
| TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN (MIN) | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||||||||
| 2026 | ||||||||||||
| 6/11 - 12/11 | Autumn (MH) | 4,090 | 600 | 4,090 | 4,090 | 3,790 | 15 - 20 pax | |||||
| 20/11 - 26/11 | Autumn (MH) | 4,290 | 600 | 4,290 | 4,090 | 3,990 | ||||||
| 7/12 - 13/12 | Winter (MH) | 4,290 | 600 | 4,290 | 4,090 | 3,990 | ||||||
| DISKAUN SENIOR CITIZEN / LOYALTY - RM50/PAX | DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX | |||||||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan KUL – CSX – KUL kelas ekonomi dengan 30kg bagasi
- Penginapan 5x malam di hotel bertaraf tourist class termasuk cukai bandar
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Pakej makanan halal khas (self-heating meal) di lokasi tiada restoran halal
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- 1 Way High Speed Train dari Changsa - Fenghuang
- Buggy/eco-car di lokasi terpilih (Fenghuang, Furong Town & Yuanjiajie)
- Tiket cable car ke Tianmen Mountain & Tianzi Mountain
- Tiket Bailong Elevator & mini train di Ten Mile Natural Gallery
- Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
- Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Insurans perjalanan RM89 seorang (Etiqa Takaful Insurance / Pelan Platinum – umur 70 tahun ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Optional Tour: Charming Xiangxi Show + Tujia Customs Park : RMB 420 per pax
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya berlaku pengurangan bilangan peserta, turun naik mata wang serta sebarang surcaj bahan api yang dikenakan oleh syarikat penerbangan.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR – CHANGSHA
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk urusan daftar masuk sebelum menaiki penerbangan menuju ke Changsha, China.
- HARI 2: CHANGSHA - FENGHUANG (BY HIGH-SPEED TRAIN) (SP/MT/MM)
Setibanya di Changsha, daftar masuk hotel dan berehat. Selepas sarapan pagi, bertolak ke stesen kereta api untuk menaiki kereta api laju selama kira-kira 2 jam 30 minit menuju ke Fenghuang.
Fenghuang merupakan sebuah bandar bersejarah yang didiami oleh masyarakat etnik Tujia dan Miao. Bandar ini terkenal dengan rumah-rumah kayu tradisional yang dibina di sepanjang tebing sungai.
Selepas makan tengah hari, berehat sebentar di hotel sebelum memulakan lawatan ke Fenghuang Ancient Town. Berjalan menaiki Rainbow Bridge untuk menikmati panorama bandar lama dari kawasan tersebut.
Pada waktu petang, nikmati pelayaran santai menyusuri Tuojiang River sambil menyaksikan tembok kota lama, Jumping Rock Bridge dan Rainbow Bridge. Makan malam disediakan sebelum kembali ke hotel. Bermalam di Fenghuang.
- HARI 3: FENGHUANG - FURONG TOWN - ZHANGJIAJIE (SP/MT/MM)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Kemudian, bertolak selama kira-kira 1 jam 30 minit menuju ke Furong Town, sebuah pekan bersejarah masyarakat Tujia yang mempunyai sejarah lebih daripada 2,000 tahun.
Furong Town terkenal dengan air terjun dua tingkat yang mengalir melalui kawasan pekan sebelum memasuki Youshui River. Nikmati pengalaman berjalan di bahagian belakang air terjun untuk melihat keindahannya dari jarak dekat.
Seterusnya, nikmati pelayaran santai menyusuri Youshui River sebelum meneruskan perjalanan selama kira-kira 2 jam 30 minit menuju ke Zhangjiajie.
Pada waktu malam, melawat 72 Tujia Stilted Buildings atau 72 Qilou yang terkenal dengan seni bina tradisional masyarakat Tujia, pencahayaan berwarna-warni dan persembahan kebudayaan. Selepas lawatan, daftar masuk hotel dan bermalam di Zhangjiajie.
Nota: Tiada restoran halal di Furong Town, oleh itu makan tengah hari akan disediakan dalam bentuk packed lunch.
- HARI 4: ZHANGJIAJIE – TIANMEN MOUNTAIN – BAOFENG LAKE (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Kemudian, bertolak menuju ke Tianmen Mountain dan menaiki kereta kabel untuk sampai ke kawasan puncak gunung.
Setibanya di puncak, nikmati panorama luas Tianmen Mountain sebelum meneroka Cliff Hanging Walkway yang dibina di tebing gunung pada ketinggian melebihi 1,400 meter. Lawatan turut merangkumi Sky Walk, laluan berkaca yang menawarkan pengalaman berjalan di atas tebing tinggi.
Seterusnya, menuju ke Tianmen Gate, sebuah gerbang batu semula jadi yang menjadi ikon gunung ini, dengan menaiki siri eskalator merentasi gunung. Perjalanan diteruskan dengan menaiki kereta kabel dan bas ulang-alik melalui 99-Bend Road yang terkenal dengan laluan berliku-liku.
Kemudian, menikmati pelayaran santai di Baofeng Lake sambil menyaksikan air tasik yang jernih serta pemandangan gunung dan kehijauan di sekitarnya. Singgah di Herbal Factory sebelum kembali ke hotel. Bermalam di Zhangjiajie.
- HARI 5: ZHANGJIAJIE – TIANZI MOUNTAIN – YUANJIAJIE (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Kemudian, menaiki Tianzi Mountain Cableway menuju ke puncak Tianzi Mountain. Nikmati pemandangan formasi batuan unik di sepanjang laluan sebelum melihat Fairy Bouquet Peak dan Royal Pen Peak.
Seterusnya, menaiki bas ulang-alik menuju ke Yuanjiajie Scenic Area. Jelajahi laluan di sekitar Yuanjiajie sambil menikmati pemandangan Avatar Mountain yang dikatakan menjadi inspirasi kepada pergunungan terapung Pandora dalam filem Avatar.
Kemudian, turun dari kawasan gunung dengan menaiki Bailong Elevator sebelum menikmati perjalanan menaiki kereta api kecil melalui Ten Mile Gallery. Saksikan formasi batuan unik yang menghiasi lembah di sepanjang perjalanan.
Lawatan diteruskan dengan berjalan santai di sekitar Golden Whip Stream yang terkenal dengan aliran air jernih serta suasana alam semula jadi yang mendamaikan. Singgah di Jade Store sebelum kembali ke hotel. Bermalam di Zhangjiajie.
Nota: Tiada restoran halal di kawasan scenic area, oleh itu makan tengah hari akan disediakan dalam bentuk packed lunch.
- HARI 6: ZHANGJIAJIE – GRAND CANYON – CHANGSHA - AIRPORT (SP/MT/MM)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Kemudian, bertolak menuju ke Zhangjiajie Grand Canyon yang terkenal dengan tebing tinggi, kawasan hutan menghijau dan pemandangan semula jadi yang menarik.
Nikmati pengalaman berjalan di Zhangjiajie Glass Bridge, sebuah jambatan berlantaikan kaca yang dibina kira-kira 300 meter dari dasar gaung dan mempunyai panjang sekitar 430 meter.
Selepas lawatan, bertolak menuju ke Changsha dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 4 jam 30 minit. Dalam perjalanan, singgah di Changde Mosque.
Setibanya di Changsha, nikmati masa lapang dan membeli-belah di Huangxing Pedestrian Street untuk mendapatkan cenderamata serta barangan tempatan. Kemudian, bertolak ke lapangan terbang untuk urusan daftar masuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada waktu tengah malam.
- HARI 7: TIBA DI KUALA LUMPUR
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan perjalanan tamat.
PENGINAPAN:
| BANDAR | BILANGAN MALAM |
|---|---|
| Changsa | 1 |
| Fenghuang | 1 |
| Zhangjiajie | 3 |
Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERMA & SYARAT BERLAKU!
BUTIRAN PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINE (MH)
MH520 KUL CSX 2000 0105 +1
MH521 CSX KUL 0205 0650