Explore the Five-Colored Lake, Pearl Shoal Waterfall & the breathtaking valleys of Sichuan.
Tour Code: W002
Terokai keindahan barat daya China dengan mengunjungi Chongqing, Chengdu dan Jiuzhaigou National Park. Nikmati gabungan bandar moden, warisan budaya, habitat panda gergasi serta panorama alam semula jadi bertaraf UNESCO dalam satu perjalanan yang lengkap.
- SENARAI HARGA:
| TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN (MIN) | |||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | ||||
| 2026 | ||||||||
| 12/11 - 20/11 | Autumn | 4,990 | 1000 | 4,990 | 4,990 | 4,590 | 15 - 20 pax | |
| 4/12 - 12/12 | Winter | 4,990 | 1,000 | 4,990 | 4,990 | 4,590 | ||
| DISKAUN SENIOR CITIZEN / LOYALTY - RM50/PAX | DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX | |||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan antarabangsa pergi balik kelas ekonomi
- Penginapan 7 malam di hotel bertaraf tourist class termasuk sarapan pagi setiap hari.
- Makan tengah hari dan makan malam disediakan mengikut aturcara perjalanan.
- 1x menaiki kereta api laju (Chengdu–Jiuzhaigou)
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa sepanjang lawatan.
- Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih.
- Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Insurans perjalanan RM89/seorang (Etiqa Takaful Insurance / Pelan Platinum) - 70 tahun ke atas tertakluk kepada surcaj
- Aktiviti/lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam aturcara program
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya bilangan pax dikurangkan dan disebabkan oleh turun naik mata wang.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR – CHONGQING (MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Chongqing. Setibanya di sana, peserta akan disambut oleh wakil tempatan sebelum dibawa ke hotel untuk urusan daftar masuk dan berehat.
Bermalam di Chongqing.
- HARI 2: CHONGQING (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel sebelum memulakan lawatan sekitar bandar Chongqing yang terkenal dengan landskap berbukit serta seni bina moden.
Lawatan dimulakan ke People’s Square, diikuti dengan kunjungan ke Shibati Ancient Town, sebuah kawasan bersejarah yang masih mengekalkan suasana perkampungan lama Chongqing.
Seterusnya, peserta akan bersiar-siar di Jiefangbei Pedestrian Street, pusat membeli-belah dan mercu tanda utama bandar ini sebelum mengunjungi Kuixing Tower serta menikmati suasana malam di Hongya Cave yang terkenal dengan bangunan tradisional bercahaya di tebing sungai.
Bermalam di Chongqing.
- HARI 3: CHONGQING – CHENGDU (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, lawatan diteruskan ke Liziba Station untuk menyaksikan kereta api yang melalui bangunan kediaman, salah satu tarikan ikonik Chongqing.
Kemudian peserta dibawa ke Ciqikou Ancient Town, sebuah pekan lama yang terkenal dengan seni bina klasik, makanan tempatan dan budaya tradisional.
Selepas lawatan, bertolak ke Chengdu untuk daftar masuk hotel dan berehat.
Bermalam di Chengdu.
- HARI 4: CHENGDU – JIUZHAIGOU (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan ke Kuaizhai Alley, kawasan lama yang mengekalkan seni bina tradisional Chengdu dan dipenuhi kedai teh, restoran serta butik tempatan yang mencerminkan budaya Sichuan.
Selepas makan tengah hari dan menunaikan solat, anda akan menaiki high-speed train second class ke Jiuzhaigou, kawasan pergunungan yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan landskap dramatik.
Setibanya di Jiuzhaigou, daftar masuk hotel dan makan malam di restoran tempatan sebelum berehat. Bermalam di Jiuzhaigou.
- HARI 5: JIUZHAIGOU SCENIC AREA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Hari ini peserta akan menikmati lawatan sehari penuh di Jiuzhaigou National Park, antara taman semula jadi paling indah di China dan tapak Warisan Dunia UNESCO. Lawatan merangkumi tiga lembah utama iaitu Zechawa Valley, Rize Valley dan Shuzheng Valley, menaiki bas pelancong khas.
Antara tarikan utama ialah Five-Colored Pond, dikenali juga sebagai “Eye of Jiuzhaigou,” tasik menakjubkan yang berkilau dengan warna ungu, hijau dan biru. Peserta juga akan melihat Pearl Shoal Waterfall, kawasan segar yang digelar “natural oxygen bar” kerana udaranya yang bersih dan nyaman.
Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di hotel.
Nota: Tiada restoran halal di dalam kawasan ini, makan tengah hari disediakan dalam bentuk Halal Self-Heating Rice Meal. Kami juga sarankan anda untuk membawa makanan siap (RTE) sendiri dan snek bagi kegunaan sepanjang hari.
- HARI 6: JIUZHAIGOU – DUIJIANGYAN (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum bertolak menuju Dujiangyan.
Dalam perjalanan, peserta akan singgah di Traditional Tibetan Village untuk mengenali budaya masyarakat Tibet sebelum meneruskan perjalanan ke Songpan Ancient Town.
Lawatan diteruskan dengan photostop di Diexi Lake sebelum menikmati keindahan Blue Tears di Nanqiao Bridge, salah satu lokasi yang semakin popular di Dujiangyan pada waktu malam.
Bermalam di Dujiangyan.
- HARI 7: DUIJIANGYAN - CHENGDU (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, peserta akan melawat Panda Valley bagi melihat habitat panda gergasi yang menjadi simbol negara China.
Seterusnya, perjalanan diteruskan menuju ke Chengdu. Dalam perjalanan, peserta akan singgah di Jade Store sebelum menikmati makan malam di restoran tempatan.
Pada waktu malam, peserta dibawa bersiar-siar di kawasan moden Chengdu untuk photostop di Twin Towers, membeli-belah di SKP Chengdu serta mengunjungi Taikoo Li, pusat gaya hidup terkenal yang menggabungkan seni bina tradisional dan moden.
Bermalam di Chengdu.
- HARI 8: CHENGDU (SP/MT)
Sarapan pagi di hotel sebelum memulakan lawatan ke Jinli Ancient Street, sebuah jalan warisan yang terkenal dengan seni bina klasik Sichuan dan pelbagai makanan tempatan.
Kemudian, peserta diberi masa membeli-belah di Chunxi Road Shopping Street, diikuti lawatan ke Taikoo Li dan IFS Chengdu, pusat membeli-belah moden yang turut menempatkan arca panda gergasi yang terkenal.
Selepas selesai lawatan, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
- HARI 9: TIBA DI KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur dengan membawa pulang pengalaman indah sepanjang menjelajah Chongqing, Chengdu dan keindahan alam semula jadi Jiuzhaigou.
Alhamdulillah.
PENGINAPAN:
| BANDAR | BILANGAN MALAM |
|---|---|
| Chongqing | 2 |
| Chengdu | 2 |
| Jiuzhaigou | 2 |
| Dujiangyan | 1 |
Jadual perjalanan ini disediakan sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.
Tertakluk kepada terma & syarat.
BUTIRAN PENERBANGAN: AIR ASIA X (D7)
D7806 KUL CKG 2000 0045+1
D7327 TFU KUL 2355 0450+1