Ordos – Yulin – Jungar – Hohhot – Ulan Hada – Xilamuren Grassland
Tour Code: W002
Pakej ini menawarkan pengalaman perjalanan Inner Mongolia yang unik di China Barat dengan aktiviti seperti Yellow River Cruise, lawatan ke Ulan Hada Volcano dengan pengalaman memakai sut angkasawan, serta kunjungan ke keluarga tempatan Mongolia sambil mencuba pakaian tradisional. Nikmati juga Desert Cableway Ride dan Camel Riding untuk melihat keindahan landskap gurun Inner Mongolia dengan lebih dekat sepanjang perjalanan.
- SENARAI HARGA:
| TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/ BERTIGA | SINGLE | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | |||||||||
| 2026 | |||||||||||||
| 17/9 - 25/9 | Autumn (OD) | 5,090 | 900 | 5,090 | 5,090 | 4,790 | 24 pax | ||||||
| 1/10 - 9/10 | Autumn (OD) | 5,090 | 900 | 5,090 | 5,090 | 4,790 | |||||||
| 8/10 - 16/10 | Autumn (OD) | 5,090 | 900 | 5,090 | 5,090 | 4,790 | |||||||
| DISKAUN SENIOR CITIZEN / LOYALTY - RM50/PAX | DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX | ||||||||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi Batik Air (termasuk 20kg bagasi)
- Penginapan hotel 7 malam bertaraf 3/4* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Tiket masuk ke tempat lawatan seperti yang dinyatakan.
- 1X Bermalam di Mongolian Yurt
- Yellow River Cruise Experience (Tertakluk pada paras air)
- Astronaut Suit Experience & Walk Across Ulan Hada Volcano
- Visit to Local Mongolian Family with Traditional Costume Photo Experience
- Desert Cableway Ride & Camel Riding Experience
- Makanan seperti dalam jadual perjalanan
- Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang profesional.
- Tip untuk pemandu pelancong dan pemandu bas
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Insurans perjalanan RM89/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Optional Program:-
- - Legend of Southern Desert Show : RMB 280 per person
- - Horse Riding : RMB 280 per person
- - Off-road 4x4 Vehicle Package : RMB 280 per person
- - Yuesha Island : RMB 280 per person
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya berlaku pengurangan bilangan peserta, turun naik mata wang serta sebarang surcaj bahan api yang dikenakan oleh syarikat penerbangan.
- ATUCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR - ORDOS
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk urusan daftar masuk sebelum menaiki penerbangan Batik Air menuju ke Ordos, Inner Mongolia.
Setibanya di Lapangan Terbang Ordos, peserta akan disambut oleh wakil tempatan sebelum bertolak ke hotel. Daftar masuk dan bermalam di Ordos.
- HARI 2: ORDOS - YULIN (SP/MT/MM)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Kemudian, bertolak menuju ke Yulin. Setibanya di Yulin, makan tengah hari di restoran tempatan.
Seterusnya, melawat Wave Valley yang terkenal dengan formasi batu pasir berlapis dan landskap semula jadi yang unik. Lawatan diteruskan ke Glass Bridge untuk menikmati pemandangan kawasan sekitarnya dari jambatan kaca.
Makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel. Bermalam di Yulin.
- HARI 3: YULIN – ORDOS – GOBI DESERT – JUNGAR (SP/MT/MM)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Kemudian, bertolak kembali menuju ke Ordos. Setibanya di Ordos, makan tengah hari di restoran tempatan sebelum melawat Dongsheng Mosque.
Seterusnya, meneruskan perjalanan ke kawasan Gobi Desert dan melawat Resonant Sand Bay. Nikmati pengalaman menaiki kereta kabel merentasi kawasan gurun serta aktiviti menunggang unta di padang pasir.
Makan malam di restoran tempatan sebelum bertolak menuju ke Jungar. Tiba di Jungar, daftar masuk hotel dan bermalam.
- HARI 4: JUNGAR - YELLOW RIVER CRUISE – HOHHOT (SP/MT)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Kemudian, bertolak menuju ke Old Ox Bay untuk menyaksikan panorama menakjubkan di kawasan Sungai Kuning atau Yellow River. Lawatan diteruskan ke Sacred Ox Square sebelum menikmati pengalaman pelayaran menyusuri Yellow River sambil menghayati keindahan landskap semula jadi di sekitarnya.
Selepas makan tengah hari, teruskan perjalanan menuju ke Hohhot. Setibanya di Hohhot, melawat Great Mosque sebelum bersiar-siar dan menikmati masa lapang di Kuanxiangzi Muslim Food Street.
Daftar masuk hotel dan bermalam di Hohhot. Makan malam adalah atas urusan dan perbelanjaan sendiri.
Nota: Aktiviti pelayaran di Yellow River tertakluk pada paras air dan keadaan semasa. Pelayaran mungkin dibatalkan atas faktor keselamatan atau operasi.
- HARI 5: HOHHOT – ULAN HADA VOLCANO GEOPARK (SP/MT/MM)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Kemudian, bertolak menuju ke Ulan Hada. Makan tengah hari dan menunaikan solat sebelum meneruskan lawatan.
Melawat Dinosaur Park dan Ulan Hada Volcano Geopark yang terkenal dengan landskap gunung berapi purba. Nikmati pengalaman memakai sut angkasawan dan bergambar sambil meneroka kawasan gunung berapi.
Makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel. Bermalam di kawasan Ulan Hada.
- HARI 6: ULAN HADA – XILAMUREN GRASSLAND (SP/MT/MM)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Kemudian, bertolak menuju ke Xilamuren Grassland untuk menikmati pengalaman kehidupan dan kebudayaan masyarakat Mongolia.
Mengunjungi keluarga Mongolia tempatan sebelum makan tengah hari dan menunaikan solat. Seterusnya, nikmati pengalaman memakai pakaian tradisional Mongolia, berinteraksi dan bergambar bersama anak-anak kambing serta mencuba aktiviti memanah.
Pada waktu malam, makan malam disediakan sebelum menikmati Bonfire Party dan pertunjukan bunga api. Bermalam di Mongolian yurt
- HARI 7: XILAMUREN GRASSLAND – HOHHOT – ORDOS (SP/MT)
Sarapan pagi di yurt dan daftar keluar. Kemudian, melawat Mengliang Ethnic Culture Park untuk mengenali kebudayaan serta hasil kraftangan masyarakat Mongolia.
Makan tengah hari di restoran tempatan dan menunaikan solat di masjid tempatan. Seterusnya, bertolak menuju ke Ordos.
Setibanya di Ordos, daftar masuk hotel dan bermalam. Makan malam adalah atas urusan dan perbelanjaan sendiri.
- HARI 8: ORDOS – KUALA LUMPUR (SP/MT/MM)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Kemudian, bertolak untuk meneruskan lawatan berkaitan Genghis Khan serta melawat Reconstructed Capital of Dadu.
Selepas makan tengah hari di restoran tempatan dan menunaikan solat, luangkan masa untuk membeli-belah di pasar borong tempatan.
Makan malam di restoran tempatan sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Ordos untuk urusan daftar masuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
- HARI 9:TIBA DI KUALA LUMPUR
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan perjalanan tamat.
PENGINAPAN:
| BANDAR | BILANGAN MALAM |
|---|---|
| Ordos | 2 |
| Yulin | 1 |
| Jungar | 1 |
| Hohhot | 1 |
| Ulan Hada | 1 |
| Grassland | 1 |
Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERTAKLUK TERMA & SYARAT!
BUTIRAN PENERBANGAN: BATIK AIR (OD)
OD 626 KUL DSN 1500 2050
OD 627 DSN KUL 2250 0505 +1