THAILAND
Explore vibrant Bangkok, cultural Ratchaburi, and scenic Kanchanaburi in one unforgettable journey!
Tour Code: S007
Kanchanaburi terletak di bahagian barat Thailand dan merupakan wilayah yang dipenuhi dengan budaya yang kaya dan sejarah yang menarik. Ini digabungkan dengan fakta bahawa ia mudah diakses dari Bangkok menjadikannya salah satu lokasi yang hebat untuk diterokai di Thailand.
- SENARAI HARGA:
| TARIKH | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN (MIN) | |||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | |||
| 2027 | |||||||
| 19/3 - 23/3 | 3,090 | 500 | 3,090 | 2,950 | 2,790 | 15 - 19 Pax | |
| 7/4 - 11/4 | 3,090 | 500 | 3,090 | 2,950 | 2,790 | ||
| 15/4 - 19/4 | 3,190 | 500 | 3,190 | 3,050 | 2,890 | ||
| 22/4 - 26/4 | 3,090 | 500 | 3,090 | 2,950 | 2,790 | ||
| 1/5 - 5/5 | 3,090 | 500 | 3,090 | 2,950 | 2,790 | ||
| 27/5 - 31/5 | 3,090 | 500 | 3,090 | 2,950 | 2,790 | ||
| 3/6 - 7/6 | 3,090 | 500 | 3,090 | 2,950 | 2,790 | ||
| 24/7 - 28/7 | 3,090 | 500 | 3,090 | 2,950 | 2,790 | ||
| 5/8 - 9/8 | 3,190 | 500 | 3,190 | 3,050 | 2,790 | ||
| DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / LOYALTY - RM50/PAX | DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50 | ||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Tiket masuk ke tempat-tempat lawatan seperti Kanchanaburi Skywalk, Safari Park Kanchanaburi, Classic Train Ride (Death Railway) dan Chao Phraya River Tourist Boat
- Pengangkutan sampan di Damnoen Saduak Floating Market.
- Pengangukutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
- Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Insurans perjalanan RM64/seorang (Etiqa Insurans / Plan Platinum) - 70 tahun ke atas tertakluk kepada surcaj
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya berlaku pengurangan bilangan peserta, turun naik mata wang serta sebarang surcaj bahan api yang dikenakan oleh syarikat penerbangan.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR – BANGKOK – KANCHANABURI (MT/MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Bangkok sebelum memulakan perjalanan menuju ke Kanchanaburi, sebuah bandar yang terkenal dengan sejarah Perang Dunia Kedua serta keindahan alam semula jadinya.
Dalam perjalanan, peserta akan singgah di Bee Farm, pusat pemprosesan madu lebah yang menawarkan pelbagai produk berasaskan madu asli. Setibanya di Kanchanaburi, lawatan dimulakan di Kanchanaburi Skywalk, jambatan kaca moden yang menawarkan panorama Sungai Kwai dari sudut yang cukup mengagumkan.
Perjalanan diteruskan ke River Kwai Bridge, jambatan bersejarah yang menjadi simbol kepada pembinaan Death Railway semasa Perang Dunia Kedua. Selain menikmati pemandangan Sungai Kwai, peserta juga berpeluang merakam kenangan di antara mercu tanda paling terkenal di wilayah ini.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat. Bermalam di Kanchanaburi.
- HARI 2: KANCHANABURI (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, hari ini dikhaskan untuk menikmati pengalaman yang menggabungkan alam semula jadi, hidupan liar dan sejarah yang cukup sinonim dengan Kanchanaburi.
Lawatan dimulakan di Safari Park Kanchanaburi, di mana peserta berpeluang melihat pelbagai spesies haiwan dari jarak dekat menggunakan kenderaan safari khas. Antara pengalaman yang paling dinanti-nantikan ialah memberi makan zirafah secara dekat serta menyaksikan pelbagai haiwan lain dalam habitat yang lebih terbuka.
Perjalanan diteruskan ke Death Railway, laluan kereta api bersejarah yang dibina semasa Perang Dunia Kedua. Peserta kemudian menikmati pengalaman menaiki Classic Train Ride menyusuri sebahagian laluan Death Railway sambil menikmati panorama Sungai Kwai, tebing batu kapur dan kehijauan bukit-bukau yang menjadikan perjalanan ini antara kemuncak utama pakej.
Pada waktu malam, peserta diberi masa untuk bersiar-siar dan membeli-belah di JJ Local Night Market, pasar malam yang menawarkan pelbagai makanan tempatan, pakaian, aksesori dan barangan harian.
Bermalam di Kanchanaburi.
- HARI 3: KANCHANABURI - RATCHABURI - SAMUT SONGKHRAM - BANGKOK (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, perjalanan diteruskan menuju ke Ratchaburi, sebuah wilayah yang terkenal dengan pasar terapung tradisional Thailand.
Setibanya di Damnoen Saduak Floating Market, peserta akan menaiki sampan menyusuri rangkaian terusan yang dipenuhi bot-bot peniaga yang menjual makanan, buah-buahan, minuman dan kraftangan tempatan. Pasar terapung yang telah wujud sejak abad ke-18 ini masih mengekalkan suasana perdagangan tradisional yang menjadi identiti Thailand.
Perjalanan kemudian diteruskan ke Maeklong Railway Market, sebuah pasar unik yang dibina betul-betul di atas landasan kereta api. Peserta berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana para peniaga mengalihkan kanopi dan barangan mereka setiap kali kereta api melalui kawasan pasar ini, sebelum semuanya kembali seperti biasa sebaik sahaja kereta api berlalu.
Menjelang malam, tiba di Bangkok dan menikmati suasana Ramkhamhaeng Night Market, destinasi popular yang menawarkan pelbagai pilihan makanan jalanan, pakaian, aksesori dan cenderamata pada harga yang berpatutan.
Selepas selesai lawatan, daftar masuk hotel dan berehat. Bermalam di Bangkok.
- HARI 4: BANGKOK (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, peserta akan meneroka sisi moden Bangkok yang terkenal sebagai antara destinasi membeli-belah terbaik di Asia Tenggara.
Lawatan dimulakan di Gems Factory, galeri batu permata yang memperkenalkan proses penghasilan barang kemas Thailand yang terkenal di seluruh dunia. Peserta kemudian diberi masa bebas untuk membeli-belah di Platinum Fashion Mall, syurga fesyen yang menawarkan pelbagai pakaian, aksesori dan barangan trendi pada harga borong.
Perjalanan diteruskan dengan menaiki Chao Phraya River Tourist Boat menyusuri Sungai Chao Phraya sambil menikmati panorama mercu tanda Bangkok dari perspektif yang berbeza.
Lawatan diakhiri dengan masa bebas di ICONSIAM, pusat beli-belah ikonik yang menempatkan jenama antarabangsa, restoran terkenal serta ruang rekreasi moden di tepi sungai. Bermalam di Bangkok.
- HARI 5: BANGKOK - KUALA LUMPUR (SP/MT)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, peserta akan mengunjungi Erawadee Herb, pusat produk herba dan kesihatan Thailand yang terkenal dengan pelbagai produk berasaskan herba semula jadi.
Masa bebas diteruskan di MBK Center, antara pusat membeli-belah paling popular di Bangkok yang menawarkan lebih 2,000 buah kedai, sebelum singgah di December’s Mall untuk melengkapkan aktiviti membeli-belah terakhir sebelum berangkat pulang.
Selepas makan tengah hari, peserta bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
PENGINAPAN:
| BANDAR | HOTEL |
|---|---|
| Kanchanaburi | 2 |
| Bangkok | 2 |
Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERMA & SYARAT BERLAKU!
BUTIRAN PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES (MH)
MH 784 KUL BKK 0900 1015
MH 781 BKK KUL 1940 2215