KOREA SELATAN

Busan & Daegu: A Journey of Food, Culture and Adventure

Tour Code: S003

Terokai pengalaman menarik di Busan dan Daegu. Busan, kota terbesar kedua di Korea Selatan, menawarkan berbagai daya tarik yang meliputi alam, budaya, sejarah, dan hiburan modern manakala Daegu, salah satu kota terbesar di Korea Selatan, dikenal dengan budaya tradisionalnya yang kaya, pemandangan alam yang indah, dan berbagai atraksi modern.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SAIZ KUMPULAN (MIN)
BERDUA/ BERTIGA SINGLE SUPP KANAK-KANAK DENGAN KATIL KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN KANAK-KANAK TANPA KATIL
2027
5/1 - 10/1 Winter (MH) 5,390 1,000 5,390 5,130 4,860 15 - 20 pax
25/04 - 30/04 Spring (MH) 5,390 1,000 5,390 5,130 4,860
28/05 - 02/06 Spring (MH) 5,390 1,000 5,390 5,130 4,860
30/05 - 04/06 Spring (MH) 5,390 1,000 5,390 5,130 4,860
DISKAUN SENIOR CITIZEN / LOYALTY - RM50/PAX DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX

Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk urusan daftar masuk sebelum menaiki penerbangan menuju ke Incheon, Korea Selatan.

Setibanya di Incheon, perjalanan diteruskan ke Busan dengan menaiki kereta api laju Bullet Train.

Lawatan di Busan merangkumi:

• Haeundae Blueline Park – Menikmati perjalanan dengan kereta api mesra alam yang melalui laluan sepanjang kira-kira 4.8 kilometer, menghubungkan kawasan Mipo Haeundae, Cheongsapo dan Songjeong.

• Gwang-an Bridge & Cafe Street – Mengunjungi kawasan berhampiran jambatan ikonik yang terbentang di atas laut sambil menikmati pemandangan indah, terutama ketika matahari terbenam.

Bermalam di Busan.

Selepas sarapan, meneruskan lawatan sekitar Busan:

• Gamcheon Culture Village – Terletak di Gamcheon-dong, Daerah Saha, kawasan ini terkenal dengan rumah-rumah berwarna-warni yang menjadi tarikan pelancong. Turut terdapat mural Jimin dan Jungkook daripada kumpulan BTS untuk peminat ARMY.

• Huinnyeoul Cultural Village – Perkampungan tradisional yang dihiasi dengan pelbagai hasil seni dan dekorasi unik.

• Menunaikan solat di Masjid Al-Falah, antara masjid utama di Busan.

• Membeli-belah di Red Pine Tree Shop.

• Jagalchi Fish Market – Pasar terkenal yang terletak di kawasan Pelabuhan Nampo dan merupakan antara pasar ikan terbesar di Korea Selatan.

• BIFF Market – Kawasan yang sesuai untuk membeli-belah cenderamata serta menikmati suasana meriah dengan pelbagai pusat hiburan, panggung wayang, makanan jalanan dan kedai cenderamata.

Bermalam di Busan.

Lawatan diteruskan di Busan:

• Seaweed Museum – Melihat proses penghasilan rumpai laut serta berpeluang bergambar sambil mengenakan pakaian tradisional Korea, Hanbok.

• Songdo Marine Cable Car (Sehala) – Menikmati perjalanan kereta kabel merentasi laut dari Songdo Beach menuju ke Amnam Park, sambil melihat pemandangan pantai, tebing berbatu dan panorama bandar Busan dari udara.

Kemudian meneruskan perjalanan ke Daegu:

• Inheung Village – Melawat perkampungan yang berusia kira-kira 200 tahun dan merupakan salah satu contoh kawasan kediaman tradisional berkelompok di wilayah Yeongnam. Keharmonian susun atur kampung dan landskap sekitarnya menjadikan kawasan ini menarik untuk dikunjungi.

• Duryu Park – Taman rekreasi terkenal di Daegu yang menawarkan pemandangan indah berlatarbelakangkan Daegu Tower, kawasan pergunungan dan tasik serta dilengkapi kemudahan permainan.

• Membeli-belah di Cosmetic Gallery.

Selepas selesai lawatan, perjalanan diteruskan ke Seoul.

Bermalam di Seoul.

Hari ini merupakan Aktiviti Bebas (Free & Easy).

Antara aktiviti yang dicadangkan:

• Membeli-belah di Myeongdong dan Namdaemun Market untuk mendapatkan pelbagai cenderamata serta produk tempatan.

• Mengunjungi Dongdaemun Market dan Dongdaemun Design Plaza untuk membeli cenderamata Korea seperti T-shirt, keychain, fridge magnet dan lain-lain.

• Bersantai dan meluangkan masa bersama keluarga di Everland Theme Park atau Lotte World.

Bermalam di Seoul.

Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Tiba di KLIA Terminal 1, menandakan berakhirnya perjalanan.

PENGINAPAN:

BANDAR BILANGAN MALAM
Busan 2
Seoul 2

Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.

TERMA & SYARAT BERLAKU!

 

BUTIRAN PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES (MH)

MH 66  KUL ICN  2330 0710 +1

MH 67  ICN KUL  1100  1635

NON- REFUNDABLE DEPOSIT

RM1,000 / SEORANG