HARBIN, CHINA - MUSIM SEJUK
Beijing – Shenyang – Jilin – Changchun – Harbin
Tour Code: S001
Harbin, terletak di timur laut China, adalah bandar musim sejuk yang penuh dengan keajaiban. Setiap tahun, Harbin menjadi tuan rumah Harbin International Ice and Snow Festival, di mana patung ais dan salji gergasi bercahaya indah menghiasi malam musim sejuk. Bayangkan berjalan di antara istana ais yang menakjubkan dan menikmati pemandangan salji yang mempesona – satu pengalaman yang luar biasa!
- SENARAI HARGA:
| TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN (MIN) | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | |||
| 2027 | |||||||
| 5/1 - 11/1 | Winter (MH) | 6,390 | 1,100 | 6,390 | 6,080 | 5,770 | 15 - 19 pax |
| 13/1 - 19/1 | Winter (MH) | 6,390 | 1,100 | 6,390 | 6,080 | 5,760 | |
| 20/1 - 26/1 | Winter (MH) | 6,390 | 1,100 | 6,390 | 6,080 | 5,760 | |
| 28/1 - 3/2 | Winter (MH) | 6,390 | 1,100 | 6,390 | 6,080 | 5,760 | |
| DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / LOYALTY - RM50/PAX | DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX | ||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan hotel 6 malam bertaraf 4* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Termasuk dengan tiket lawatan.
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
- Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
- PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Insurans perjalanan RM89/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
*Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya berlaku pengurangan bilangan peserta, turun naik mata wang serta sebarang surcaj bahan api yang dikenakan oleh syarikat penerbangan.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR - BEIJING - SHENYANG (SP/MT/MM)
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Beijing.
• Tiba di PKX Airport (Beijing Daxing International Airport).
• Makan tengah hari di restoran tempatan.
• Bertolak menaiki kereta api berkelajuan tinggi ke Shenyang.
Bermalam di Shenyang.
- HARI 2: SHENYANG - JILIN (SP/MT/MM)
Lawatan di Shenyang:
• Melawat Shenyang Imperial Palace yang merupakan salah satu contoh seni bina terbaik Manchu. Mempunyai lebih daripada 300 bangunan, ia menampilkan gaya tradisional China yang unik dan berfungsi sebagai pusat politik dan kebudayaan pada zamannya. (Ditutup pada Isnin)
• Melawat Zhang’s Mansion sambil menerokai seni bina gabungan Barat dan tradisonal China serta pameran yang memaparkan kehidupan Zhang dan peristiwa sejarah utama.
• Melawat di Shenyang Zhongjie yang merupakan pusat komersial terawal Shenyang berusia hampir 400 tahun dan mempunyai reputasi “Jalan Pertama di Timur Laut China”.
• Bersiar-siar di sekitar Songhua River untuk melihat permandangan malam sungai songhua, permandangan beberapa jambatan yang mempunyai ciri-ciri tersendiri merentasi Sungai Songhua di bandar Jilin berserta permandangan bunga api menjadikan tempat ini spot yang menarik untuk bergambar.
Bermalam di Jilin.
- HARI 3: JILIN - CHANGCHUN (SP/MT/MM)
Lawatan di Jilin:
• Bersiar-siar di Changbai Island untuk melihat beribu-ribu burung dan itik liar yang datang berkumpul dis ini. Permandangan yang cantik menjadikan tempat ini salah satu spot bergambar yang unik dan memberi kelainan kepada tetamu.
• Melawat Manchu Folk Museum yang merupakan salah satu rumah halaman yang dipelihara dengan baik di timur laut China. (Ditutup pada hari Isnin)
Bermalam di Changchun.
- HARI 4: CHANGCHUN - HARBIN (SP/MT/MM)
Lawatan di Changchun:
• Melawat The Manchuko Imperial Museum yang merupakan tapak bersejarah penting. Disini pelancong dapat berjalan ke diraja dan taman serta kawasan lain untuk melihat seni bina dan budaya era Manchuko.
• Melawat The Eight Department of Manchukuo yang pernah menjadi pusat pentadbiran Kerajaan boneka Manchukuo yang ditubuhkan oleh Jepun pada tahun 1930-an. Tempat ini menawarkan wawasan mendalam tentang pengaruh Jepun di Manchukuo.
Lawatan di Harbin:
• Melawat Sun Island International Snow Sculpture Art Expo yang merupakan taman hiburan dengan tema salji terbesar dan terawal yang dibina di China. Tetamu dapat menyaksikan keindahan seni arca salji yang diukir oleh para pengukir mahir, menikmati aktiviti musim sejuk dan merasai suasana perayaan musim sejuk yang meriah.
Bermalam di Harbin.
- HARI 5: HARBIN (SP/MT/MM)
Lawatan di Harbin:
• Melihat acara berenang ais pada musim sejuk.
• Melawat Volga Manor bangunan klasik yang memmaparkan gabungan sejarah China dan Rusia. Ia dibina semula dengan menunjukkan ciri-ciri seni bina Rusia, seni lukisan, arca dan menampilkan budaya eksotik Rusia.
• Melawat Ice and Snow World Ice Sculpture Exhibition yang terdapat banyak arca ais, arca salji dan bangunan yang diperbuat daripada ais tulen. Di sini, tetamu dapat melihat arca ais dan salji yang berlampu dengan pelbagai warna serta berpeluang melakukan pelbagai aktiviti musim salji.
Bermalam di Harbin.
- HARI 6: HARBIN (SP/MT/MM)
Lawatan di Harbin:
• Berfoto di Sophia Square kerana seni binanya yang menarik. Di sini, pelancong dapat menikmati permandangan yang cantik serta berfoto dan bersantai di sekitarnya.
• Bersiar-siar di Central Avenue dan merasai suasana seperti berasa di sebuah bandar Eropah, sambil melihat pelbagai seni bina bersejarah yang indah.
• Berjalan-jalan di sekitar Harbin Flood Control Memorial Tower dan menikmati permandangan indah sungai dari kawasan menara ini.
• Berjalan di Middle East Railway Bridge – Glass Walkway yang merupakan jambatan kaca jernih, sambil melihat panorama sungai dan bandar Harbin.
• Berjalan-jalan di Old Dao Chinese Baraque yang dipenuhi dengan kedai-kedai, kafe dan restoran tradisional, serta menawarkan pengalaman yang kaya dengan budaya dan sejarah.
Bermalam di Harbin.
- HARI 7: BEIJING - KUALA LUMPUR (SP)
Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
SENARAI PENGINAPAN:
| BANDAR | BILANGAN MALAM |
|---|---|
| Shenyang | 1 |
| Jilin | 1 |
| Changchun | 1 |
| Harbin | 2 |
| Beijing | 1 |
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN
BUTIRAN PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES (MH)
MH318 KUL PKX 0040 0700
MH319 PKX KUL 0930 1600