HARBIN, CHINA - MUSIM SEJUK
Beijing – Shenyang – Jilin – Changchun – Harbin
Tour Code: S001
Harbin, terletak di timur laut China, adalah bandar musim sejuk yang penuh dengan keajaiban. Setiap tahun, Harbin menjadi tuan rumah Harbin International Ice and Snow Festival, di mana patung ais dan salji gergasi bercahaya indah menghiasi malam musim sejuk. Bayangkan berjalan di antara istana ais yang menakjubkan dan menikmati pemandangan salji yang mempesona – satu pengalaman yang luar biasa!
- SENARAI HARGA:
| TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN (MIN) | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | |||
| 2027 | |||||||
| 5/1 - 11/1 | Winter (MH) | 6,390 | 1,100 | 6,390 | 6,080 | 5,760 | 15 - 19 pax |
| 13/1 - 19/1 | Winter (MH) | 6,390 | 1,100 | 6,390 | 6,080 | 5,760 | |
| 20/1 - 26/1 | Winter (MH) | 6,390 | 1,100 | 6,390 | 6,080 | 5,760 | |
| 28/1 - 3/2 | Winter (MH) | 6,390 | 1,100 | 6,390 | 6,080 | 5,760 | |
| DISKAUN SENIOR CITIZEN (58 TAHUN & KEATAS) / LOYALTY - RM50/PAX | DISKAUN GROUP OF 3/4 - RM50/PAX | ||||||
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan hotel 6 malam bertaraf 4* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Tiket masuk ke semua tempat lawatan seperti yang dinyatakan dalam itinerari termasuk Sun Island Snow Sculpture Art Expo, Ice & Snow World Ice Sculpture Exhibition, Volga Manor, Shenyang Imperial Palace dan The Manchukuo Imperial Palace Museum.
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
- Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
- PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Insurans perjalanan RM89/seorang (Etiqa Takaful / Platinum Plan / umur 70 tahun dan ke atas tertakluk kepada surcaj)
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
*Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya berlaku pengurangan bilangan peserta, turun naik mata wang serta sebarang surcaj bahan api yang dikenakan oleh syarikat penerbangan.
- ATURCARA PERJALANAN
- HARI 1: KUALA LUMPUR – BEIJING – SHENYANG (MT/MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Beijing. Setibanya di Beijing Daxing International Airport (PKX), peserta menikmati makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan menaiki kereta api berkelajuan tinggi menuju ke Shenyang, bandar yang terkenal sebagai tempat kelahiran Dinasti Qing dan warisan masyarakat Manchu.
Setibanya di Shenyang, daftar masuk hotel dan berehat selepas perjalanan. Bermalam di Shenyang.
- HARI 2: SHENYANG - JILIN (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, peserta akan memulakan penerokaan sekitar Shenyang, sebuah bandar yang memainkan peranan penting dalam sejarah pemerintahan awal Dinasti Qing.
Lawatan dimulakan di Shenyang Imperial Palace, istana diraja masyarakat Manchu yang diiktiraf sebagai antara contoh seni bina terbaik di Timur Laut China. Peserta kemudian mengunjungi Zhang’s Mansion, kediaman bersejarah yang memperlihatkan gabungan seni bina Barat dan tradisional China sebelum menikmati suasana Shenyang Zhongjie, kawasan komersial tertua yang telah menjadi pusat perdagangan bandar ini sejak hampir 400 tahun lalu.
Menjelang malam, perjalanan diteruskan ke Jilin. Sebelum daftar masuk hotel, peserta akan bersiar-siar di sekitar Songhua River untuk menikmati panorama malam sungai yang dihiasi jambatan-jambatan indah dan suasana musim sejuk yang cukup mempesonakan. Bermalam di Jilin.
- HARI 3: JILIN - CHANGCHUN (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, peserta akan meneroka bandar Jilin, yang terkenal dengan keindahan landskap musim sejuk dan suasana tenang di sepanjang Sungai Songhua.
Lawatan dimulakan di Changbai Island, lokasi yang terkenal dengan kehadiran ribuan burung dan itik liar pada musim sejuk serta panorama sungai yang menjadikan kawasan ini antara lokasi fotografi paling menarik di Jilin. Perjalanan diteruskan ke Manchu Folk Museum, sebuah muzium yang mempamerkan warisan, budaya dan kehidupan masyarakat Manchu yang masih dipelihara sehingga hari ini.
Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan menuju ke Changchun untuk daftar masuk hotel dan berehat. Bermalam di Changchun.
- HARI 4: CHANGCHUN - HARBIN (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, peserta akan memulakan lawatan sekitar Changchun, bandar yang pernah menjadi ibu negara Manchukuo pada era pemerintahan Jepun.
Lawatan dimulakan di The Manchukuo Imperial Palace Museum, bekas istana Maharaja Puyi yang kini dijadikan muzium bersejarah, sebelum diteruskan ke The Eight Departments of Manchukuo, kompleks pentadbiran yang memperlihatkan sejarah dan perkembangan wilayah ini pada awal abad ke-20.
Perjalanan kemudian diteruskan menuju ke Harbin, bandar yang terkenal sebagai tuan rumah festival ais terbesar di dunia. Setibanya di Harbin, peserta akan mengunjungi Sun Island International Snow Sculpture Art Expo, taman arca salji yang mempamerkan hasil ukiran gergasi oleh pengukir-pengukir profesional dari seluruh dunia. Suasana musim sejuk yang meriah menjadikan lokasi ini antara kemuncak utama sepanjang perjalanan.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan berehat. Bermalam di Harbin.
- HARI 5: HARBIN (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, hari ini dikhaskan untuk menikmati pengalaman musim sejuk yang menjadi identiti bandar Harbin, lokasi penganjuran Harbin International Ice & Snow Festival, festival ais dan salji terbesar di dunia.
Lawatan dimulakan dengan menyaksikan Winter Ice Swimming Show, satu tradisi unik masyarakat tempatan yang memperlihatkan keberanian para perenang berenang di dalam air yang hampir membeku ketika musim sejuk.
Perjalanan diteruskan ke Volga Manor, sebuah resort bertemakan seni bina klasik Rusia yang dibina semula bagi memperlihatkan hubungan sejarah dan budaya antara Rusia dan Harbin. Peserta berpeluang menikmati suasana perkampungan bergaya Eropah, bangunan-bangunan klasik serta landskap musim sejuk yang cukup mempesonakan.
Kemuncak lawatan hari ini ialah Ice and Snow World Ice Sculpture Exhibition, festival ais terbesar di dunia yang menampilkan arca-arca ais gergasi, bangunan yang dibina sepenuhnya daripada blok ais serta pertunjukan cahaya berwarna-warni yang menjadikan kawasan ini kelihatan begitu menakjubkan apabila malam menjelma.
Selepas makan malam, kembali ke hotel untuk berehat. Bermalam di Harbin.
- HARI 6: HARBIN – BEIJING (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, peserta akan meneruskan penerokaan sekitar Harbin yang terkenal dengan pengaruh seni bina Rusia dan Eropah.
Lawatan dimulakan di Sophia Square, kawasan yang menempatkan Saint Sophia Cathedral, mercu tanda paling ikonik di Harbin yang terkenal dengan seni bina Byzantine serta kubah hijau yang begitu memukau.
Perjalanan diteruskan ke Central Avenue, jalan pejalan kaki paling terkenal di Harbin yang dipenuhi bangunan klasik bergaya Eropah, butik, kafe dan kedai-kedai yang masih mengekalkan seni bina berusia lebih seabad. Peserta kemudian bersiar-siar di sekitar Harbin Flood Control Memorial Tower, monumen yang dibina bagi memperingati kejayaan bandar ini mengatasi bencana banjir besar suatu ketika dahulu.
Lawatan diteruskan dengan berjalan di Middle East Railway Bridge Glass Walkway, jambatan kaca yang menawarkan panorama indah Sungai Songhua dan latar langit Harbin, sebelum mengakhiri lawatan di Old Dao Chinese Baroque, kawasan warisan yang memperlihatkan gabungan seni bina China dan Eropah serta dipenuhi restoran, kafe dan kedai tradisional.
Selepas selesai lawatan, perjalanan diteruskan ke Beijing untuk daftar masuk hotel dan berehat sebelum penerbangan pulang keesokan hari. Bermalam di Beijing.
- HARI 7: BEIJING - KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, peserta bertolak ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan membawa pulang pengalaman menerokai Timur Laut China.
SENARAI PENGINAPAN:
| BANDAR | BILANGAN MALAM |
|---|---|
| Shenyang | 1 |
| Jilin | 1 |
| Changchun | 1 |
| Harbin | 2 |
| Beijing | 1 |
Jadual di atas digunakan sebagai panduan, ada kemungkinan sedikit perubahan.
TERMA & SYARAT DIKENAKAN
BUTIRAN PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES (MH)
MH318 KUL PKX 0050 0700
MH319 PKX KUL 0930 1600