CHINA
Menjejak sejarah kegemilangan Beijing, keanggunan klasik taman Suzhou, dan keajaiban moden Shanghai. Suatu perjalanan menelusuri zaman dan kontrast di tengah-tengah negara China.
- SENARAI HARGA:
TARIKH | MUSIM | HARGA SEORANG (RM) | SAIZ KUMPULAN | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
SPECIAL! EARLY BIRD | BERDUA/ BERTIGA | SINGLE SUPP | KANAK-KANAK DENGAN KATIL | KANAK-KANAK DENGAN KATIL TAMBAHAN | KANAK-KANAK TANPA KATIL | |||
2024 | ||||||||
20/11 - 28/11 | Autumn | 5,200 | 5,250 | 6,200 | 5,250 | 4,990 | 4,750 | 15 - 20 pax |
Promosi Early Bird terhad kepada 10 pendaftar terawal | ||||||||
Diskaun untuk senior citizen (58 tahun & keatas) RM50/ seorang |
- PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan hotel 7 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Tiket masuk ke tempat lawatan seperti yang dinyatakan.
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
- Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.
- PAKEJ TAK TERMASUK:
- Aktiviti / lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam aturcara program.
- Insurans perjalanan
- Kos ujian antigen atau PCR COVID- 19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
- *Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya bilangan pax dikurangkan dan disebabkan oleh turun naik mata wang.
- ITINERARI PAKEJ
- HARI 1: KUALA LUMPUR - BEIJING
Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Beijing.
- HARI 2: BEIJING (MT/MM)
• Melawat Tiananmen Square yang merupakan sebuah dataran yang penuh dengan sejarah. Antaranya adalah tragedi demonstrasi pro demokrasi para pelajar universiti pada tahun 1989. Di sini terdapat binaan penting seperti Monument to the People’s Heroes, Great Hall of the People dan Gate of Heavenly Peace selain Mausoleum of Mao Zedong dan National Museum of China.
• Forbidden City: Kompleks istana berusia lebih 600 tahun yang dibina pada tahun 1406 semasa Dinasti Ming. Kota istana yang dikelilingi tembok setinggi 8m dan parit ini menjadi kediaman dan pusat pemerintahan maharaja China sehingga tahun 1924. Kompleks istana ini terbahagi kepada 2 bahagian; Outer dan Inner Court. Tetamu pastinya merasa kagum dengan senibina China sebaik sahaja melangkah masuk melalui Meridian Gate. Tarikan paling utama di kota ini ialah Hall of Supreme Harmony yang menjadi dewan menghadap maharaja China dan perkahwinan diraja, disamping Palace of Heavenly Purity yang menjadi balai mesyuarat maharaja dan pembesar.
• Menyaksikan persembahan penuh dengan ilusi mistik dan mendebarkan di Acrobatic Show pada sebelah petang.
• Bermalam di Beijing.
- HARI 3: BEIJING (SP/MT/MM)
Lawatan di Beijing:
• Melawat ke Negative lon Experience Center, di mana pelbagai barangan kesihatan boleh didapati di sini.
• Great Wall of China: Tembok pertahanan yang dikira sebagai salah satu keajaiban dunia ini dibina seawal kurun ke-7 sebelum mashi dan dipanjangkan oleh maharaja-maharaja yang memerintah negara China sehingga mencecah sepanjang 21,000 km. Tetamu akan dibawa melawat ke salah satu seksyen yang dipanggil Juyongguan Great Wall yang dibina oleh Dinasti Ming pada 1368. Di seksyen ini berlakunya banyak peperangan dan pertukaran dinasti kerana tembok Juyongguan ini dibina bagi mempertahankan kota Beijing. Di sini juga tetamu dapat menikmati pemandangan indah pergunungan Guangou dan sungai.
•Lawatan ke Burning Cream Center, sebuah pusat perubatan tradisional China yang menggabungkan pelbagai herba yang digunakan turun-temurun.
• Melawat Bird Nest Stadium yang merupakan sebuah stadium ikonik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini kerana rekabentukya sangat unik seakan berbentuk
sarang burung, di mana struktur luaran stadium diperbuat daripada besi keluli yang dianyam menghasilkan corak seperti jeriji.
• Berfoto di Water Cube yang merupakan salah satu lokasi acara Olimpik berbentuk kiub besar buih sabun dan kini telah diubahsuai menjadi taman air dan juga sebagai taman beriadah.
• Masa bebas untuk bersiar-siar dan membeli-belah di Wangfujing Street yang merupakan kawasan membeli-belah yang terbesar dan paling terkenal di China yang wujud beratus tahun dahulu sejak dari zaman Dinasti Ming lagi. Pelbagai jenis kedai menjual barangan moden dan antik, gerai-gerai makanan selain pusat beli-belah Beijing Mall dan Beijing Department Store.
• Bermalam di Beijing.
- HARI 4: BEIJING (SP/MT/MM)
•Membeli belah di Jewelry City yang sangat popular dengan barang kemas yang diperbuat dari jade dan mutiara yang berkualiti tinggi.
• Melawat Summer Palace yang dibina pada kurun ke-12 di sekitar Longevity Hill dan Kunming Lake ketika zaman Dinasti Yuan sebagai istana bersemayam musim panas bagi maharaja China. Istana ini mula dijadikan muzium sejak dari tahun 1914 lagi ketika pemerintahan maharaja terakhir China, Puyi. Diiktiraf sebagai taman istana terbesar di dunia, tetamu akan dapat menikmati pemandangan flora yang cantik dan panorama sekitar tasik yang mengagumkan. Antara tarikan di sini ialah Seventeen-Arch Bridge, Wenchang Pavilion, Foxiang Ge Tower dan Hall of Benevolence and Longevity.
•Bersolat di masjid yang tertua di Beijing, Niujie Mosque yang dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Senibina masjid ini merupakan seni campuran ukiran Islam dan kaum Han, dan disini ada disimpan kitab Al-Quran yang berusia lebih 300 tahun. Masjid ini hampir musnah di serang tentera Genghis Khan pada 1215 tetapi telah dibaik pulih pada 1443 ketika Dinasti Ming.
• Membeli-belah di Muslim Supermarket, dimana tetamu boleh mendapat barangan yang halal seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, produk tenusu, roti dan juga kacang-kacang seperti buah berangan, almond dan lain-lain.
• Membeli-belah di Silk Street. Sesuai namanya, kawasan ini terkenal menjual kain pakaian sutera dan di sini terdapat Silk Market yang setinggi 6 tingkat dengan lebih 1,000 buah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan cenderamata selain sutera.
• Melawat The Place, bangunan yang cukup terkenal dengan World’s Largest LED Screen. Layar skrin LED ini digunakan untuk memaparkan pelbagai animasi termasuk berita, iklan dan visual artistik.
- HARI 5: BEIJING - SUZHOU (SP/MT/MM)
• Merasai pengalaman menaiki Bullet train dari bandar Beijing menuju ke Suzhou. Jika menaiki keretapi biasa perjalanan mengambil masa sehingga 17 jam berbanding Bullet Train hanya 4-6 jam sahaja.
• Couple Retreat Garden: Sebuah halaman yang dipenuhi dengan pelbagai landskap yang disusun indah, merentasi setiap taman yang mempunyai identiti tersendiri. Tersenarai sebagai tapak warisan UNESCO, ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Eastern, Middle Mansion dan Western Garden. Tetamu juga diberi kesempatan menaiki bot untuk keluar dari kawasan halaman ini.
• Jinji Lake: Sebuah taman terbuka yang terletak di Suzhou, terdapat beberapa kawasan yang terdapat di sini seperti Li’s Causeway, dimana terdapat beberapa jambatan seperti jambatan antik dan batu serta Moonlight Dock, dimana tetamu dapat melihat pemandangan seperti berada di Eropah.
• Berhenti bergambar di mercu tanda baharu disini iaitu Oriental Gate, sebuah bangunan pencakar langit menyerupai bangunan Marina Bay Sands di Singapura, menandakan persahabatan antara Singapura dan China.
• Bersiar-siar di Yuanrong Times Square yang terletak di Suzhou. LED skin sepanjang 500 meter di atas laluan pejalan kaki menjadikan tempat ini daya tarikan ramai pelancong selain menyediakan kompleks perniagaan serta dataran yang menjadi mercu tanda di Suzhou.
- HARI 6: SHANGHAI - SUZHOU (SP/MT/MM)
•Singgah sebentar untuk solat di Taiping Fang Mosque, yang merupakann masjid utama disini yang telah dibina pada tahun 1928.
• 7-mile Shantang Ancient Street: Sebuah perkampungan yang wujud dari dinasti Tang, ia pada asalnya adalah sebuah kawasan empangandan di sambung dengan membina beberapabatang jalan yang berhubung dengan jambatandari batu dan ia berkembang hingga menjadisebuah penempatan. Kini ia telah disenarai antara sejarah penting buat negara China. Banyak bangunan dengan senibina kuno dan jambatan dapat dilihat sini.
• Membeli-belah di Silk Factory dengan pelbagai rekabentuk yang disediakan di sini, dari sarung bantal, alas katil, pakaian dan banyak lagi.
• Melawat Zhujiajiao Ancient Town, sebuah bandar berusia 1700 tahun yang terkenal sebagai Venice of Shanghai’. Bandar ini adalah di antara empat bandar purba yang teratas di Shanghai. Bahagian utara dan selatan tempat ini dihubungkan oleh Fangshengqiao Bridge. Jambatan ini telah dibina pada tahun 1571 dan mendapat gelaran jambatan no.1 di Shanghai kerana anya adalah jambatan lima lubang terpanjang, terbesar dan tertinggi.
• Bermalam di Beijing.
- HARI 7: SHANGHAI (SP/MT/MM)
• Jinmao Tower: tetamu diberi peluang melihat Oriental Pearl Tower yang terletak seberang bangunan ini dari tingkat 88. Disamping itu, menikmati pemandangan indah kota yang penuh dengan bangunan pencakar langit ini. Dengan atrium yang kelihatan seperti berputar dengan warna keemasan tanpa ruang dan masa.
•Bersiar-siar di Circular Air Corridor, sebuah jejantas yang menghubungkan ke beberapa tempat untuk membeli-belah di sekitar Xujiahui.
•Berhenti solat di Pudong Mosque, masjid yang mula dibina pada tahun 1935 ini dan telah diubah suai pada tahun 1984 dan 1995. Masjid ini boleh memuatkan 500 jemaah pada satu masa. Masjid ini mempunyai tiga tingkat, satu menara setinggi 40 meter dan tiga kubah kecil.
• Melawat bandar Shikumen New World, iaitu bangunan gaya seni bina Shanghai tradisional yang menggabungkan unsur-unsur budaya cina dan barat. Senibina ini mula muncul pada 1860-an.
• Membeli-belah di Nanjing Pedestarian Street untuk membeli cenderamata atau pakaian dari kedai yang terdapat disini termasuk butik-butik terkenal.
• The Bund: sebuah kawasan dermaga yang telah wujud sejak awal abad ke-20, kini ia telah digazet sebagai tempat bersejarah di Shanghai. Terdapat banyak bangunan berbentuk gothik, baroque, neoclassical serta renaissance yang masih dapat dilihat dikawasan ini seperti bangunan HSBC, Bank of Taiwan dan banyak lagi.
- HARI 8: SHANGHAI (SP/MT/MM)
• Berjalan kembali ke masa silam di Chenghuang Miao Business District, dimana bangunan lama dihiasi pelbagai warna-warni dengan pelbagai barangan antik, cenderahati, kraftangan dan banyak lagi boleh didapati disini. Kemudian meneruskan perjalanan menyelusuri ke Zigzag Bridge, sebuah jambatan yang berbentuk zigzag merentasi permukaan tasik.
• Dibina pada tahun 1917, singgah solat di Little Peach Garden Mosque, masjid terbesar di Shanghai yang dapat memuatkan sehingga 500 orang pada satu masa.
• Starbucks Roastery: pernah dinobatkan sebagai cawangan terbesar di dunia pada tahun 2017, singgah sebentar untuk menikmati kopi dengan sedikit bayaran tambahan, ia menyediakan 3 bar kopi sepanjang 88 kaki, menjadikan ia bar kopi Starbuck terpanjang di dunia.
• Melihat dan mengenali budaya Cina yang dikumpulkan di Treasure Hall of Intangible Cultural Heritage.
• 1000 Tree Mall: keunikan bangunan ini digambarkan seperti sebuah gunung yang diliputi hutan rimba, ia merupakan bangunan yang terdiri dari kedai, café, restoran dan banyak lagi ruangan serta taman-taman terdapat disini.
• Melawat Moganshan Road M50 Creative Park, tempat ini dikenali sebagai daerah seni kerang mempunyai lebih 140 studio, galeri dan pelbagai kebudayaan dan kreatif dari 20 negara dan wilayah. Dilabelkan sebagai mercu tanda fesyen Shanghai dan menjadi tempat yang disyorkan jika mengunjungi ke Shanghai.
- HARI 9: SHANGHAI - KUALA LUMPUR
• Melawat Expo China Pavilion (China Art Palace) yang dibina pada tahun 2010. Muzium seni ini merupakan muzium seni terbesar di Asia. Muzium yang berkeluasan 64,000 meter persegi ini mempunyai sebanyak 27 dewan pameran dan memaparkan lebih daripada 1,400 karya seni.
Bertolak ke Kuala Lumpur
PENGINAPAN:
BANDAR | HOTEL |
---|---|
Beijing | Bright Culture Hotel |
Suzhou | Suzhou Graze Hotel |
Shanghai | Shanghai Holiday Inn Express Hotel |
Jadual perjalanan di atas adalah sebagai panduan, mungkin berubah sedikit.
TERMA & SYARAT BERLAKU!
BUTIRAN PENERBANGAN (MH)
MH318 KUL PKX 2340 0600 + 1
MH389 PVG KUL 1525 2100