THE RETURN OF OUR ANDALUSIAN JOURNEY - NOW EXTENDED TO PORTUGAL

Madrid • Toledo • Badajoz • Elvas • Évora • Lisbon • Algarve • Seville • Mijas Pueblo • Granada • Córdoba

Sebuah perjalanan merentasi Sepanyol dan Portugal, menelusuri kota-kota bersejarah Al-Andalus, seni bina yang masih berdiri hingga hari ini serta sisi Iberia yang lebih santai — daripada Lisbon dan pesisir Algarve hingga ke perkampungan putih Andalucía.

TARIKH MUSIM HARGA SEORANG (RM) SINGLE SUPP SIZE KUMPULAN (PAX)
SPECIAL! EARLY BIRD BERDUA/ BERTIGA
2027
20 Jan - 29 Jan Winter 11,990 12,490 2,000 12 - 15 pax
23 Mac - 01 Apr Spring 11,990 12,490 2,000
21 Apr - 30 Apr Spring 11,990 12,490 2,000
05 Mei - 14 Mei Spring 11,990 12,490 2,000
02 Jun - 11 Jun Summer 11,990 12,490 2,000
15 Sep - 24 Sep Autumn 11,990 12,490 2,000
12 Okt - 21 Okt Autumn 11,990 12,490 2,000
17 Nov - 26 Nov Autumn 11,990 12,490 2,000
PROMOSI EARLY BIRD TERHAD KEPADA 10 PENDAFTAR PERTAMA!
Surcaj RM700 /seorang untuk saiz kumpulan 9 - 11 pax
SENIOR CITIZEN – RM150 / PAX (58 TAHUN KE ATAS) INSTANT CASHBACK REWARDS UP TO RM120 / PAX LOYALTY DISCOUNT - RM200 / PAX

Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas, daftar masuk dan berlepas.

Setibanya di Madrid, lawatan panorama bandar bersama local guide dimulakan untuk mengenali ibu kota Sepanyol yang kaya dengan sejarah, seni bina dan budaya.

Perjalanan membawa ke Las Ventas, arena bullfighting terkenal yang dibuka pada tahun 1931, sebelum melalui Santiago Bernabéu, stadium ikonik milik Real Madrid.

Seterusnya, singgah di Plaza de Cibeles sebelum menyusuri Gran Vía, jalan utama yang terkenal dengan seni bina klasik, teater dan deretan kedai. Lawatan diteruskan melalui Plaza de España dan kawasan Royal Palace, antara mercu tanda bersejarah utama Madrid.

Nikmati suasana ibu kota Sepanyol sambil melihat keindahan seni bina dan kehidupan bandar tempatan.

Selesai lawatan, perjalanan diteruskan ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.

Bermalam di Madrid / Getafe.

Selepas sarapan, perjalanan diteruskan meninggalkan Madrid menuju ke Toledo, sebuah kota bersejarah yang terkenal dengan warisan Islam, Kristian dan Yahudi.

Setibanya di Toledo, singgah di Mirador del Valle untuk menikmati panorama kota lama yang indah, terletak di atas bukit dengan Sungai Tagus mengalir di sekitarnya. Lawatan diteruskan ke kawasan Old Town Toledo bersama local guide, menyusuri lorong-lorong batu yang klasik serta melihat bangunan bersejarah dan seni bina lama yang mencerminkan keunikan kota ini sejak zaman pertengahan.

Selesai lawatan, perjalanan diteruskan menuju ke Badajoz melalui wilayah Extremadura. Nikmati pemandangan desa, ladang dan dataran luas sepanjang perjalanan merentasi pedalaman Sepanyol.

Setibanya di Badajoz, daftar masuk hotel dan nikmati masa rehat.

Bermalam di Badajoz.

Selepas sarapan, bertolak meninggalkan Badajoz dan meneruskan perjalanan ke Portugal, merentasi kawasan Alentejo yang terkenal dengan bandar-bandar klasik, rumah bercat putih dan landskap desa yang menghiasi perjalanan.

Persinggahan pertama ialah Elvas, sebuah kota berkubu berhampiran sempadan Sepanyol–Portugal. Terokai kawasan bandar lama yang dikelilingi tembok pertahanan bersejarah, dengan seni bina klasik yang mencerminkan kepentingan Elvas sebagai kota pertahanan Portugal pada masa dahulu.

Perjalanan diteruskan ke Évora, sebuah kota bersejarah yang menyimpan peninggalan tamadun Rom. Singgah di Roman Temple, antara mercu tanda paling ikonik di bandar ini, sebelum menikmati masa santai di Old Town Évora yang mengekalkan tradisional Portugal.

Selesai lawatan, perjalanan diteruskan ke Lisbon, ibu negara Portugal. Setibanya di sana, lawatan sekitar kawasan Belém menawarkan pemandangan Sungai Tagus serta suasana kawasan bersejarah yang sinonim dengan Zaman Penjelajahan Portugal pada abad ke-15 dan ke-16.

Selesai lawatan, bertolak ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.

Bermalam di Lisbon.

Selepas sarapan, nikmati masa santai di Lisbon atau sertai lawatan pilihan ke Sintra untuk mengunjungi Pena Palace & Park (tiket masuk tidak termasuk), antara mercu tanda paling terkenal di Portugal. (Tertakluk kepada ketersediaan tiket dan slot kemasukan).

Sintra terkenal dengan keindahan landskap berbukit, istana bersejarah dan seni bina romantik yang unik. Pena Palace, yang mula dibangunkan pada tahun 1838 atas arahan Raja Ferdinand II, menampilkan gabungan gaya seni bina serta warna-warna menarik yang menjadikannya antara istana paling ikonik di Portugal.

Bagi yang memilih lawatan ini, perjalanan ke Sintra menggunakan pengangkutan yang disediakan. Nikmati peluang menerokai kawasan istana dan taman sambil menghayati keindahan seni bina serta pemandangan sekitar Sintra.

Pada sebelah petang, lawatan diteruskan dengan lawatan panorama sekitar Lisbon, meliputi kawasan bersejarah Alfama dan Mouraria, yang terkenal dengan lorong-lorong sempit serta pengaruh warisan Moor, diikuti kawasan Baixa, Rossio dan Praça do Comércio, antara kawasan utama yang mencerminkan sejarah dan seni bina klasik Lisbon.

Nikmati masa santai untuk bersiar-siar, membeli-belah cenderamata atau menikmati suasana bandar Lisbon mengikut keselesaan masing-masing.

Selesai lawatan, kembali ke hotel dan berehat.

Bermalam di Lisbon.

Selepas sarapan, perjalanan diteruskan meninggalkan Lisbon menuju ke selatan Portugal, ke wilayah Algarve yang terkenal dengan pesisir pantai dan keindahan alam semula jadinya.

Setibanya di kawasan Faro, nikmati pelayaran santai ini menyusuri lagun semula jadi yang terdiri daripada saluran air, pulau-pulau kecil, kawasan paya air masin dan pantai berpasir.

Perjalanan diteruskan merentasi sempadan Portugal–Sepanyol menuju ke Seville, ibu kota Andalucía yang terkenal dengan seni bina bersejarah dan budaya Flamenco.

Setibanya di Seville, singgah di Plaza de España, dataran ikonik yang dibina untuk Pameran Ibero-Amerika 1929. Lawatan diteruskan ke kawasan María Luisa Park untuk menikmati suasana taman yang menghijau. Seterusnya, melihat Torre del Oro dan kawasan Sungai Guadalquivir yang memainkan peranan penting dalam sejarah perdagangan serta pelayaran Seville.

Pada sebelah malam, bagi yang berminat, boleh menyertai persembahan Flamenco Show (tidak termasuk kos) yang menampilkan tarian, muzik dan nyanyian tradisional Andalucía yang penuh ekspresi. (Tertakluk kepada ketersediaan).

Selesai lawatan, perjalanan diteruskan ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.

Bermalam di Seville.

Selepas sarapan, nikmati lawatan panorama sekitar Seville, dengan pemandangan kawasan bersejarah Santa Cruz, yang terkenal dengan lorong-lorong sempit dan seni bina tradisional Andalucía, serta Seville Cathedral dan Giralda, antara mercu tanda ikonik yang mencerminkan warisan Islam dan Kristian di bandar ini.

Perjalanan diteruskan ke Mijas Pueblo, sebuah perkampungan tradisional Andalucía yang terkenal dengan deretan rumah bercat putih di lereng bukit. Nikmati suasana perkampungan yang indah serta pemandangan Laut Mediterranean. Masa santai diberikan untuk bersiar-siar.

Seterusnya, bertolak ke Granada, kota bersejarah yang pernah menjadi pusat pemerintahan Dinasti Nasrid, kerajaan Islam terakhir di Semenanjung Iberia.

Kemuncak lawatan hari ini ialah Alhambra & Nasrid Palaces, kompleks istana dan kubu bersejarah yang menjadi antara peninggalan terpenting tamadun Islam di Sepanyol. Kagumi kehalusan seni bina Islam melalui ukiran geometri, seni kaligrafi, halaman istana serta taman-taman yang indah.

Lawatan ke kawasan Albaicín, penempatan bersejarah dengan pengaruh seni bina Moor, turut dirancang, termasuk singgah di Mirador de San Nicolás untuk menikmati panorama Alhambra berlatarbelakangkan pergunungan Sierra Nevada, bergantung pada masa dan susunan lawatan.

Selesai lawatan, daftar masuk hotel dan berehat.

Bermalam di Granada.

Nota: Tiket masuk Alhambra & Nasrid Palaces termasuk dalam pakej, tertakluk kepada pengesahan tiket dan slot kemasukan rasmi. Susunan lawatan di Granada boleh berubah mengikut slot yang diperoleh.

Selepas sarapan, perjalanan diteruskan ke Córdoba, sebuah kota bersejarah yang pernah menjadi pusat pemerintahan Khilafah Córdoba dan mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke-10.

Dalam perjalanan, singgah di Madinat al-Zahra (kos lawatan tidak termasuk), sebuah kompleks kota istana yang diasaskan oleh Khalifah Abd al-Rahman III pada tahun 936 Masihi. Tapak Warisan Dunia UNESCO ini menampilkan tinggalan istana dan seni bina yang mencerminkan kegemilangan tamadun Islam di Al-Andalus. Lawatan tertakluk kepada waktu operasi dan ketersediaan.

Nikmati special lunch dengan hidangan Spanish Paella, nasi tradisional Sepanyol yang terkenal dengan warna keemasan, aroma saffron serta gabungan bahan pilihan yang dimasak bersama. Hidangan ikonik ini memberikan peluang untuk merasai cita rasa autentik Sepanyol.

Setibanya di Córdoba, nikmati masa santai untuk menerokai kawasan bandar lama sebelum menuju ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.

Bermalam di Córdoba.

Selepas sarapan, lawatan diteruskan ke Mezquita-Catedral de Córdoba, antara monumen bersejarah paling ikonik di Sepanyol dan simbol kegemilangan tamadun Islam di Al-Andalus.

Pembinaan masjid asal bermula pada tahun 785–786 Masihi di bawah pemerintahan Abd al-Rahman I dan diperluaskan sepanjang era pemerintahan Islam. Selepas Córdoba jatuh ke tangan kerajaan Kristian pada tahun 1236, bangunan ini dijadikan gereja. Hari ini, kompleks bersejarah ini menampilkan gabungan seni bina Islam dan Kristian yang unik, termasuk deretan gerbang merah putih serta ukiran seni bina yang mengagumkan.

Seterusnya, nikmati suasana Old Town Córdoba, dengan lorong-lorong sempit, rumah tradisional dan bangunan bersejarah yang mencerminkan kepelbagaian warisan budaya kota ini.

Perjalanan diteruskan menuju ke Madrid dengan persinggahan di Las Rozas Village, destinasi membeli-belah yang menempatkan pelbagai butik dan jenama antarabangsa. Nikmati masa bebas untuk membeli-belah sebelum meneruskan perjalanan ke lapangan terbang.

Pada waktu yang ditetapkan, bertolak ke Lapangan Terbang Madrid untuk urusan daftar masuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Bermalam dalam penerbangan.

Tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur dengan kenangan indah. Alhamdulillah.

SENARAI PENGINAPAN:

BANDAR HOTEL BILANGAN MALAM
Madrid Ramada Wyndham Madrid Getafe / setaraf 1
Badajoz- Sercotel Gran Hotel Zurbaran / setaraf 1
Lisbon Ibis Styles Centro Liberdade / setaraf 2
Sevilla Ibis Sevilla / setaraf 1
Granada Hotel Macia Real de La Alhambra / setaraf 1
Cordoba Hisperia Cordoba / setaraf 1

Jadual perjalanan ini disediakan sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.

Tertakluk kepada terma & syarat.

MAKLUMAT PENERBANGAN: QATAR AIRWAYS (QR)

QR4990 KULDOH    2045 2340

QR147   DOHMAD   0115+1 0645

QR152   MADDOH   2215 0640+1

QR848  DOHKUL   0900 2120

PROGRAM HIGHLIGHTS:

  • Madrid City Experience
  • Toledo & Mirador del Valle
  • Badajoz & Elvas
    Évora & Roman City
  • Lisbon Old Town
  • Optional Sintra & Pena Palace
  • Faro Cruise
  • Seville City Tour
  • Optional Flamenco Show
  • Mijas Pueblo
  • Alhambra & Nasrid Palaces
  • Albaicín & Mirador de San Nicolás
  • Optional Madinat al-Zahra 
  • Córdoba Old Town & Mezquita-Catedral de Córdoba
  • Las Rozas Village Outlet Shopping

NON - REFUNDABLE DEPOSIT

RM3,000 / PER PERSON